Semua yang berada di dalam dewan besar itu terus berdiri dan menundukkan kepala sebaik sahaja kelibat Ashrell dan Dheya masuk ke dalam dewan .
Mereka berjalan beriringan sambil diekori oleh Faliq dan yang lain sebagai orang kanan Keluarga Carlos Lee . Kebanyakan penghuni yang berada di dalam dewan adalah orang - orang Keluarga Carlos Lee sendiri .
Tidak lupa juga Grandpa , Daddy , Mammy , dan ibu bapa Faliq yang nerupakan keturunan tulen Keluarga Carlos Lee .
Dheya mengukir senyuman nipis sebaik sahaja matanya menangkap kelibat orang - orang di dalam dewan menunduk hormat kepada Ashrell dan dirinya .
Melihat orang yang sebegitu ramai membuatkan Dheya berasa sedikit gelisah dan resah . Dia takut . Takut untuk bersua dengan keluarga besar suaminya .
Tiara ada juga memberitahunya yang kebanyakan orang yang hadir pada majlis malam ini adalah daripada keluarga - keluarga jauh Carlos Lee dan selebihnya adalah anak buah yang terdiri daripada 5000 orang .
Dheya mengukir senyuman nipis apabila matanya bertembung dengan beberapa orang ketua yang sedang menunggu mereka di tempat takhta .
Mata Dheya juga sempat menangkap beberapa anak buah Ashrell sedang berjaga di beberapa tempat yang membolehkan musuh untuk menceroboh masuk .
Setibanya di hadapan Grandpa dan ketua yang lain , Dheya terus menundukkan wajah memandang lantai . Perasaan gelisah dan takut semakin melonjak naik apabila memandang wajah tegang Grandpa dan yang lain .
Mereka semua bagaikan orang yang mahu berperang . Tiada secalit senyuman yang terlakar di wajah masing - masing .
Tiba - tiba kedengaran bunyi sesuatu benda yang tajam sedang bergesel di lantai dewan . Bunyi yang sangat membingitkan hawa telinga .
Streeettt....
Streeeettt....
Streeeett...
Beberapa orang anak buah Ashrell sedang mengheret pedang samurai seraya membuatkan pedang itu bergesel dengan lantai . Bunyi nyaring itu datang daripada pedang yang diseret ke lantai .
Terdengar juga beberapa laungan yanh tidak difahami oleh Dheya kerana mereka menggunakan bahasa Itali .
Ashrell bergerak meleraikan pegangan di pinggang Dheya dan terus melutut di depan ketua Carlos Lee dan Grandpa .
Grandpa pula mengarahkan anak buahnya untuk mengheret Dheya menjauhi Ashrell . Dheya terpinga - pinga .
Dia cuba meleraikan pegangan anak buah suaminya itu tetapi tidak berjaya . Kudratnya terlalu lemah untuk berlawan tenaga dengan mereka .
Ashrell menunduk . Dia tidak mengendahkan jeritan isterinya itu . Dia tidak mampu berbuat apa - apa memandangkan dia tidak mahu melihat isterinya itu menangis .
“ Il nuovo re dell'impero Carlos Lee . ”
Suara Grandpa mula bergema di seluruh pelusuk dewan . Pedang samurai yang berwarna silver itu dikeluarkan daripada sarung dan diletakkan di bahu Ashrell .
Semua orang mula bangun daripada kerusi dan menundukkan kepala . Mereka seakan - akan memberikan penghormatan buat Ashrell itu .
Dheya yang sedari tadi menjerit mula terdiam apabila melihat semua orang di dalam dewan menundukkan kepala kepada suaminya . Dia tersentak .
Perlahan - lahan pedang itu diangkat daripada bahu Ashrell . Ashrell dengan segera berdiri dan menghulurnan kedua - dua belah tangan kepada Grandpa .
Pedang itu sudah mula bertukar tangan . Ashrell menerima pedang itu dengan besar hati sebagai simbol kepada pelantikan kuasa yang diterimanya .
Sejurus selepas itu , batang tubuh Dheya dibawa mendekati suaminya . Dia sedikit teragak - agak memandangkan dia masih terkejut dengan kejadian tadi .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__