Pagi - pagi lagi , Ashrell sudah bangun dan bersiap untuk pergi bekerja . Tali leher berwarna biru gelap diambil dan dipakaikan dengan kemeja putihnya .
Perfume dicapai dan disembur ke badan . Tidak lupa juga dengan kot yang terletak di kepala kerusi . Langkah kaki diatur menuju ke tingkat bawah .
Lagi beberapa minit , Faliq akan tiba di rumah untuk mengambilnya . Mereka perlu berjumpa dengan klien untuk yang kedua kalinya bagi membincangkan hal bisnes .
Bahagian dapur dimasuk dan peti sejuk dibuka . Sekotak susu segar diambil dan dituang ke dalam gelas .
Air susu diteguk perlahan . Dia termenung di meja bar . Memikirkan tentang beberapa perkara yang masih bersarang di otaknya .
Masih terlalu awal untuk dia pulang ke Malaysia memandangkan baru dua hari dia berada di sini . Hal bisnes dan organisasi Mafianya masih belum selesai .
“ Aku tahu kau tengah berserabut . Tapi kau kena ingat , nyawa isteri kau lagi penting sekarang ini . ” ujar satu suara dari arah belakang .
Ashrell menoleh . Wajah kacak Faliq dipandang dengan riak terkejut . Tangan automatik dilekapkan ke dada . Terkejut .
“ Shit ! Terkejut aku . Cuba masuk tu bagi salam dulu . Nasib baik peluru pistol ni tak mendarat tepat dekat kepala kau ! ” marah Ashrell sambil mengerling tajam Faliq .
Faliq tersengih menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun kemas . Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan di sisi Ashrell .
“ Relax , Bro ! Aku cakap benda yang betul ! Kau tak kesian ke dengan Suha ? She need to know the truth ! ” ujar Faliq lagi .
Gelas Ashrell diambil dan air susu yang masih berbaki setengah cawan diteguk selamba . Bukan apa , tidak baik membazir .
Ashrell hanya membiarkan . Dia juga turut menghadam tentang perkara yang diberitahu oleh Faliq tentang isterinya .
Dheya perlu tahu tentang satu - satunya rahsia terpenting dalam hidupnya . Tetapi bagaimana dia mahu berterus terang ?
Takut ? Gelisah ? Dua rasa itu sering menjengah tangkal hatinya . Tetapi , dia akan cuba untuk berterus terang . Dia tidak mahu Dheya tahu tentang perkara itu daripada mulut orang lain .
“ Aku tahu tentang tu . Kau tak perlu risau . ” jawab Ashrell .
Faliq menjeling . Gelas diletakkan ke dalam sinki . Bahu Ashrell ditepuk , mengajak lelaki itu untuk bergerak .
Mereka berdua keluar daripada rumah Ashrell dan masuk ke dalam perut kereta . Mereka perlu berjumpa dengan klien di Bernard Holdings .
♣️ ♣️ ♣️
Tepat pukul 12 : 30 tengah hari , perbincangan antara dia dan juga wakil daripada Bernard Holdings selesai .
Mereka bersalamam dan mengucapkan terima atas kesudian masing - masing untuk berjumpa dan berbincang .
Ashrell tersenyum nipis . Jam di pergelangan tangan di tilik . Briefcase dicapai dan kaki diatur menuju ke kereta .
Faliq di sebelah dijeling memberi isyarat supaya bertolak . Dia tidak mahu lambat untuk berjumpa dengan Grandpanya .
Entah kenapa tiada angin tiada ribut , Grandpa telah mengarahkan semua ahli organisasi Carlos ' s Mafia untuk berkumpul di mansion .
Dalam beberapa minit sahaja , mereka sudah sampai di sebuah rumah mewah berdekatan dengan pinggir laut . Tempat yang paling sesuai dan eklusif .
Terdapat beberapa buah kereta berjenama tinggi sudah terpakir elok di perkarangan rumah . Ashrell keluar daripada kereta diikuti dengan Faliq .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__