Sudah seminggu Ashrell berada di Barcelona . Dan hanya beberapa kali sahaja , Dheya menerima mesej atau panggilan daripada suaminya .
Dheya tersenyum gembira apabila Faliq memberitahunya yang mungkin malam ini mereka akan sampai ke Malaysia .
Kerana terlampau gembira untuk menyambut kepulangan suaminya , Dheya merancang untuk memasak menu yang istimewa . Sekarang , mereka berada di pasar raya untuk membeli bahan masak .
“ Kak , Hany nak pergi toilet kejap . Akak tunggu sini tau . ” pamit Stephany seketika untuk ke tandas .
Dheya mengangguk . Dia masih ralit memilih bahan masak berdasarkan resepi yang dicari bersama MakCik Google .
Daripada ekoran mata , Dheya dapat merasakan seperti ada seseorang yang memerhatinya dari jauh . Kepala didongak dan mata melilau ke sekeliling .
Mencari - cari sosok atau sesuatu yang ganjil di matanya . Namun hampa . Tiada apa yang mencurigakam . Semua orang sedang ralit membeli barang bersama keluarga .
Kadang - kadang , timbul rasa cemburu dan sedih pabila melihat semua orang membeli barang rumah bersama keluarga . Tapi dia ? No comment .
Keluhan lembut dilepaskan . Dia malas mahu memikirkannya . Lebih baik , dia cepat - cepat memilih barang sebelum terlewat .
Selepas siap membuat pembayaran , Dheya menolak troli dan menunggu kedatangan Stephany di bangku berdekatan dengan pintu masuk .
Telefon di dalam beg diambil dan dibuka . Satu pesanan daripada Shuben💞 menarik perhatiannya .
Shuben💞 ;
Aku baru on the way nak pergi airpot . Kau tengah buat apa ? Kenapa aku call , kau tak angkat ?Mi Amore❤ ;
Awak ada call saya ke ? Sorry tak perasan . Saya tengah tunggu Hany sebab dia pergi toilet . Kitaorang dekat pasar raya .Shuben💞 ;
Hmmm...Okay . Mi Amore , Kau marahkan aku ke sebab tak selalu call kau ?Mi Amore❤ ;
Taklah . Saya tak marah pun . Buat apa nak marah . Awak kan sibuk.... Saya faham .Shuben💞 ;
Aku tahu aku salah . Aku minta maaf eh..Mi Amore❤;
No comment . Bye !Aplikasi mesej ditutup dan telefon di simpan semula ke dalam beg . Sakit hati yang dirasakan semakin menjadi - jadi apabila membaca mesej yang dihantar oleh Ashrell .
Bahu kanannya disentuh oleh seseorang . Dheya menoleh dan tersenyum . Stephany melabuhkan punggung di sisi Dheya .
“ Sorry akak , lambat sikit . Toilet tu ramai orang . Akak dah habis bayar ? Jom ! Kita balik . ” ujar Stephany . Troli diambil .
Dheya mengangguk dan membontoti langkah Stephany . Mereka sekarang bergerak ke tempat parking kereta .
Kerana tidak mahu bersesak dengan orang , mereka memakir kereta di tempat letak kereta yang jauh sedikit daripada orang .
Dengan baik hatinya , Dheya menawarkan diri untuk meletakkan barang di bonet kereta . Stephany mengangguk dan berlalu ke tempat pemandu .
Baru sahaja , Dheya mahu memasukkan barang ke dalam bonet , tiba - tiba sahaja ada tangan yang menutup mulutnya menggunakan tisu .
Dheya terkejut dan menoleh ke belakang . Wajah seorang lelaki yang bengis menyapa pandangannya . Dia cuba melepaskan diri dan meminta tolong .
Stephany yang mendengar sayup - sayup teriakkan seseorang dari arah belakang kereta , dengan segera keluar daripada kereta .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__