Ashrell bersembunyi di sebalik semak samun yang berdekatan dengan markas Chris. Begitu juga dengan yang lain.
Dia membuat isyarat tangan, menyuruh semua anak-anak buahnya bersedia dan mengambil posisi masing-masing.
Victor dan Ricky sudah mengambil posisi mereka sebagai headshooter bersama dengan tiga orang lagi anak didiknya.
Ashrell, Faliq dan juga beberapa orang anak buahnya lagi sudah masuk ke dalam. Earphone yang ditekapkan di cuping telinga di on kan.
"Victor, Ricky. Kalau aku lost, kau backup. Suruh mereka standby." arah Ashrell melalui alat itu.
"Baik, Ryden." balas Victor dalam talian.
Faliq mara ke depan, melihat jika ada pihak musuh yang sedang berada di hadapan mereka. Langkah mereka terhenti.
Faliq mengangkat tangan dan membuat isyarat empat jari menandakan empat orang anak buah Chris berada di hadapan mereka.
Ashrell mengangguk.
Riffle diselaraskan dan
Bam!
Bam!
Bam!
Bam!
Dua das tembakan dilepaskan oleh Ashrell manakala dua lagi dilepaskan oleh anak buahnya. Mereka menapak ke depan.
Chris yang sedang lena di dalam bilik terjaga apabila mendengar bunyi tembakan di tingkat bawah. Dia terus bangun daripada tidur dan menuju ke bawah.
Riffle tidak lupa diambil dan diselitkan di pinggang. Dia berjalan meniti anak tangga turun ke tingkat bawah. Ashrell pula mengarahkan anak buahnya untuk menyorok dan
Bam!
Bam!
Dua das tembakan dilepaskan ke arah Chris dan terkena pada bahagian Bahu dan kakinya. Chris mengerang kesakitan.
Ashrell tersenyum. Suasana markas yang gelap itu membantunya untuk menembak Chris.
Dia tidak nampak siapa yang menembaknya kerana suasana dalam markas itu sedikit suram dan gelap . Chris berang . Dia bergerak dalam keadaan terhinjut - hinjut ke ruang yang sedikit cerah .
Ashrell keluar daripada tempat persembunyiannya dan mengikut Chris dari belakang . Tangan diselutkan ke dalam kocek seluar . Langsung tidak gentar mahupun takut berhadapan dengan Chris .
" Miss me , Chris ? " soal Ashrell tersenyum sinis . Dia memandang Chris dengan wajah yang cukup tegang dan dingin . Chris berpaling .
" Binatang kau Ryden . Kau serang hendap . " marah Chris . Riffle yang diletakkan di pinggang diambil dan dilaraskan ke depan .
Bila - bila masa sahaja , dia boleh menghabiskan nyawa ketua Mafia itu dan mengambil kedudukannya . Chris menerewang matanya mencari kelibat - kelibat anak buah musuhnya itu .
" Kau cari apa Chris ? Aku datang sini seorang diri . Aku bukan pengecut nak guna orang suruhan aku untuk hapuskan kau . Get it , ? " sengaja Ashrell memprovok Chris .
" Setan ! Kau tu sebenarnya yang pengecut . Dasar lelaki gila kuasa ! " jerkah Chris lagi . Darah yang mengalir keluar daripada kesan tembakan tidak dihiraukan .
Yang penting sekarang , lelaki dihadapannya ini perlu mati . Chris melayangkan penumbuk di wajah Ashrell namun Ashrell sempat mengelak .
Kaki Chris yang ditembak disepak kuat oleh Ashrell sehingga menghasilkan bunyi Krak . Chris meraung . Kakinya sudah patah .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__