SPECIAL CHAPTER

53.9K 1.6K 45
                                    

"Ammara, jangan sentuh benda alah tu. Bahaya sayang!" marah Dheya sambil mempincingkan mata ke arah anak perempuannya yang sedang bermain-main dengan pistol milik suaminya yang ditinggal sebentar di atas meja.

Anak gadisnya itu hanya tersengih tidak bersalah apabila dimarahi oleh mamanya. Suka benar dia melihat mama kesayangannya itu melenting. Tanpa menghiraukan amarah mamanya, Ammara dengan pantas mengambil pistol Beretta 92 milik papanya dan melaraskannya pada sebatang pokok.

Bam! Bam!

"Ya Allah! Anak aku."

Dheya yang sedang menghidangkan dessert di atas meja di ruang berehat, dengan segera berlari untuk mendapatkan anak perempuannya yang berada di laman. Cemas dia apabila mendengar bunyi tembakan yang kuat itu.

Ashrell yang sedang membancuh susu untuk anak keduanya, Zeeya Andara juga berlari ke laman untuk melihat apa yang berlaku selepas telinganya mendengar bunyi tembakan yang agak kuat. Dia takut sekiranya musuhnya menyerang anak dan isterinya.

Terbuntang mata suami isteri itu apabila melihat kejadian yang berlaku di depan mata mereka. Terasa mahu pitam Dheya dibuatnya, melihat batang pokok yang ditembak oleh Ammara sudah terpatah dua akibat tembakan anak sulungnya itu. Dan yang paling mengejutkan Ashrell pula adalah jarak antara Ammara dan pokok itu sangat mustahil untuk seorang kanak-kanak seperti Ammara melepaskan tembakan yang sedemikian, tetapi Ammara berjaya melakukannya.

"Bertuah punya anak! Kamu dah lama hidup ke?" marah Dheya geram sambil membelek-belek badan Ammara, mencari jika ada kecederaan di badan anaknya itu. Sumpah! Perangai Ammara benar-benar membuatnya jantungnya hampir luruh.

Ashrell juga turut mendekati Ammara lalu satu ciuman dilabuhkan di dahi anak perempuannya itu. Terbit rasa bangga di hati apabila Ammara berjaya membuat tembakan tepat pada sasarannya. Tidak sia-sia dia menyuruh Faliq dan yang lain mengajar anak perempuannya tentang ilmu pertahanan diri.

"Ara sayang, kamu okay?" Ashrell menyoal. Andara yang berada di dalam dukungan bertukar tangan dengan isterinya.

"I'm okay, Papa. Pandai tak Ara tembak pokok tu?" soal Ammara bangga sambil jari telunjuk ditunjuk ke arah tempat yang ditembak.

Ashrell mengangguk laju.

"You did a good job, princess. Papa bangga dengan Ara." puji Ashrell sambil mengusap penuh kasih sayang ubun-ubun anak perempuannya itu. Kepala ditoleh melihat reaksi wajah isteri kesayangan.

Nampak sangat Dheya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Yelah, siapa tidak takut melihat anak kecil seusia 6 tahun seperti Ammara sudah boleh menggunakan senjata tanpa gentar. Dahtu, tanpq pengawasan orang dewasa pulak tu!

"Sayang, are you alright?"

Dheya tersentak. Lama-lama, Dheya mengangguk juga mengiyakan soalan suaminya. Pipi Ammara dicium mesra dan dipeluk kemas tubuh itu seperti tidak mahu lepas.

"Oh god, Ara. You scared me! Siapa yang ajar Ara main benda alah ni semua?" soal Dheya ingin tahu.

Ammara tersenyum kecil. Baru sahaja dia mahu menjawab, Ashrell sudah memintas terlebih dahulu. Sudah sampai masanya untuk dia berterus terang.

"Abang yang suruh Faliq dengan yang lain ajarkan Ara ilmu pertahankan diri. Ini untuk kepentingan diri dia jugak." Ashrell menjawab selamba.

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now