Caleb memandang penuh teliti segala maklumat berkenaan dengan orang yang berurusan dengan dirinya .
Sebagai pembekal dan penjual dadah terbesar di Malaysia menggantikan abangnya Chris , dia harus lebih berwaspada .Nama - nama yang berurusan dengannya bukanlah terdiri daripada golongan biasa malah golongan - golongan berpengaruh juga terlibat sama .
Alex yang baru sahaja selesai menghantar pesanan bekalan dadah kepada pembeli dengan segera masuk ke dalam bilik Caleb . Lelaki itu ingin berjumpa dengan dirinya .
Gambar seorang perempuan yang dijumpai olehnya di dalam laci meja arwah abangnya dilempar ke atas meja . Alex menjeling sebelum kembali menatap wajah bosnya itu .
“ Who is she ? ”
“ Chris's mistress , bos ! ”
“ Mana dia ? ”
“ She's in Barcelona . Dia menyamar jadi pembantu rumah dekat dalam rumah Tan Sri Adam Lee , Ryden's grandpa . Her name is Alessa . ”
Caleb tersenyum sinis mendengar jawapan yang keluar daripada mulut orang kanannya berkenaan perempuan yang bernama Alessa itu . Interesting !
“ Berapa lama dah perempuan tu buat kerja tu ? ”
“ Almost 5 months , Bos ! ” jawab Alex .
Caleb mengangguk sebelum menekan papan kekunci menghantar segala data penjualannya ke satu akaun yang sudah tersedia . Butang access ditekan dan complete .
“ Tell him to meet me in a week . ” arah Caleb dingin sebelum mengambil kot yang tersangkut di kepala kerusi seraya melangkah keluar dari bilik pejabatnya .
Sudah dua minggu dia berada di Malaysia menguruskan hal perniagaan dadahnya di sini memandangkan dia juga ingin melarikan diri daripada menjadi buruan polis di Barcelona .
Alex setia membontoti segala gerak geri Caleb tanpa mengeluh . Dia tidak akan sesekali mengingkari arahan bos keduanya itu .
“ And I want a few information about that worst Mafia 's family from her .. If not , I will kill her ... ” sempat Caleb memberi pesanan 'maut' nya sebelum menyambung langkahnya .
Alex tidak bersuara malah dengan segera mengambil telefon di dalam kocek seluar sebelum nombor perempuan simpanan Chris dihubungi .
“ Buenas noches , Lessa . ¿Como está?” (Selamat Malam)(Apa khabar?) Soal Alex dengan bahasa sepanyol . Alessa yang berada di hujung talian hanya tergelak sinis mendengar pertanyaan lelaki itu .
Huh ! Just a b*tch !
“ Bien , b*tch ! . Apahal kau telefon aku ? Nak mati ke ? Aku tengah cepat ni ... Takut orang tua tahu pulak ... ” (Baik) Alessa menjawab perlahan .
Dia kini berada di bilik yang telah disediakan oleh majikannya itu dengan dua orang lagi pembantu rumah sama sepertinya .
Kalau diikutkan hati , tidak rela dia berkongsi bilik dengan dua manusia yang jijik dan kotor itu . Malah seluruh hidupnya juga hampir musnah pabila tiba - tiba diarahkan untuk menyamar menjadi maid .
Maid ? Can you imagine it ?
Tapi dia semua itu bersebab . Dia terhutang budi sekaligus hatinya juga turut memainkan peranan . Entah mengapa dia rela menjadi perempuan simpanan kepada Chris Alley .
Sekarang , lelaki itu sudah tiada . Tetapi dia tetap dengan penyamarannya kerana kalau dia melarikan diri atau berhenti kerja serta - merta , pasti akan menimbulkan perasaan curiga majikannya .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Storie d'amore"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__