Bab 40

50.1K 2K 57
                                    

“ Shhh... Sweetheart . Kau tak perlu takut . ” suara lelaki itu berbunyi . Dheya hanya menunduk . Tidak mahu merenung wajah manusia yang telah menculiknya itu .

Makin dekat lelaki itu makin cepat dia berundur ke belakang . Tangan asyik menarik - narik selimut nipis itu agar tidak melorot jatuh .

Bukan kerana sejuk tetapi kerana bajunya yang sedikit terdedah dan koyak akibat kuat bergelut dengan lelaki yang menjaga pintu biliknya itu .

Lelaki itu mengeluh perlahan sebelum mengorak langkah menghampiri Dheya . Dheya yang terkejut dengan cepat berdiri dan cuba untuk melarikan diri . Tetapi sempat ditahan oleh lelaki itu .

Where you want to go , Baby ? ” Suara garau itu membuatkan jantung Dheya berhenti berdegup . Kepala dipusing lalu mata merenung wajah kacak yang hanya beberapa inci sahaja daripada wajahnya .

Dia seakan pernah dengar suara garau itu . Suara garau yang selalu menjadi peneman dan juga pendengar  ketika dia ditimpa masalah .

“ Edward.... ”

Dheya cuba memanggil . Dia dapat rasakan yang lelaki di depannya ini adalah lelaki yang merawat suaminya ketika dahulu . Edward Kaleef . Lelaki yang dianggap sebagai kawan baik itu .

Yes , I am Baby ! Kau cam suara aku ? ” Edward menyoal lagi sambil tangannya memeluk pinggan ramping Dheya agar semakin rapat dengannya .

Dheya diam . Dia masih kelu dan tidak boleh memproses apa yang tengah berlaku sekarang . Dia bingung . Apa Edward buat apa dekat sini ? Macam mana lelaki itu boleh tahu dia ada di sini ?

Miss me ? ”

Ergh . Macam mana awak boleh tahu saya ada dekat sini ? ”

Dheya meleraikan pelukan tangan Edward dipinggannya dan bergerak menjauhi badan mereka daripada bersentuh . Entah mengapa , dia berasa tidak sedap hati apabila melihat wajah selamba Edward .

“ Aku berkuasa dekat sini , Suha . Semua orang patuh dengan arahan aku termasuk orang yang tengah jaga kau sekarang . Aku Tuan Kaleef bukan Doktor Edward yang rawat suami kau . Ingat tu ! ” jawab Edward .

Suara Edward juga sudah berubah . Daripada lembut kepada tegang . Edward tidak lepas merenung wajah sembap perempuan yang dicintai itu .

“ Hah ?! Apa yang awak cuba cakap ni ? Saya tak faham.. ”

Edward tergelak kecil .

I am not fool anymore . Dan aku tahu kau boleh faham apa yang aku maksudkan Suha . Sesiapa pun yang cuba rampas kau daripada aku , dia takkan boleh hidup lama . Termasuk suami kau , Ashrell . ”

Dheya menggelengkan kepala apabila mendengar ayat yang terpancul keluar daripada mulut Edward . Dia tidak menyangka yang Edward adalah dalang dalam semua ini . Lelaki itu yang telah merancang untuk menculiknya .

“ Awak dah gila ke apa , Edward ? Saya bukan milik awak . Saya isteri Ashrell yang sah . Jadi , Lepaskan saya sekarang . ” bentak Dheya kasar .

Dia meronta lalu cuba untuk melarikan diri . Terus batang tubuh Edward itu ditolak dan satu sepakan padu dihadiahkan di celah kangkang Edward .

Dia berlari keluar daripada bilik itu dengan sepantas kilat . Habis kotak - kotak kosong yang bersepah di lantai disepak ke belakang . Baru sahaja dia mahu meniti tangga turun ke bawah , tiba - tiba sahaja tubuhnya didorong ke belakang .

“ Arghh ! Lepas ! Lepaskan saya . Saya nak balik ! ” Sendu sahaja suara Dheya apabila mendapati dia gagal untuk melarikan diri . Tubuh badannya dipeluk dari arah belakang dan ditarik masuk ke dalam bilik .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now