Bab 19

60.4K 2.3K 127
                                    

Ashrell bangun daripada katil . Dahi Dheya dikucup sekilas sebelum berlalu keluar daripada biliknya . Kaki bergerak ke lif dan butang G ditekan . Tempat dimana dia melakukan perbincangan .

Dyan , Ricky dan Victor telah diarahkan untuk berkumpul di situ . Pintu besi yang terdapat sedikit lubang berbentuk kotak dijeling sekilas sebelum memasukkan nombor kod .

Klak !

Daun pintu terbuka sendiri . Ashrell menapak masuk dan melabuhkan duduk di kerusi . Ashrell memandang tajam ketiga - tiga orang kanannya .

Speak ! ” ujar Ashrell dengan suara celah gigi tetapi bernada dingin .

Ricky mengangguk .

“ 'Dia' dah mula tonjolkan diri . Aku tak tahu dia bekerja untuk siapa . Tapi , pada pengamatan aku , he's alone .

Rahang Ashrell bergerak - gerak menandakan dia sedang menahan amarah . Daripada dulu lagi , dia dapat mengagak yang lelaki itu mendekati Dheya hanya untuk membalas dendam terhadapnya .

Such a bastard !

“ Ketatkan kawalan . Aku tak nak 'Dia' apa - apakan Dheya . Hujung minggu ni , kita balik Malaysia .ujar Ashrell tanpa nada .

Mereka bertiga mengangguk .

“ Dyan ! Watching him and let me know everything . ”

Dyan tersenyum sinis . Itu kerja mudah baginya . Semua arahan yang diberikan oleh Ashrell akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin .

Tiba - tiba ,

“ Awak ?! Awak ada dekat dalam ke ?” suara merdu Dheya memanggil . Ashrell berpaling dan memberi isyarat agar mereka semua diam . Dia tidak mahu Dheya tahu tentang kewujudan bilik itu .

Ashrell melangkah mendekati pintu sebelum butang hijau ditekan dan pintu terbuka . Ashrell menjulurkan kepala keluar .

What ? Bukan aku suruh kau duduk dekat dalam bilik ? Asal gatal sangat turun bawah ? ” soal Ashrell dingin .

Dheya mencebik bibir . Kepala yang tidak gatal digaru perlahan . Mata menunduk ke bawah . Takut untuk memandang wajah dingin Ashrell .

“ Mana ada gatal ! Cuma bosan ja . Ingat nak ajak awak dengan yang lain makan dekat luar . Sebab barang dapur semuanya dah habis . Jadi , saya tak boleh nak masak ...”

Dheya menjawab sambil menunduk ke bawah . Ashrell tersenyum nipis  sebelum tangan naik menggosok rambut coklat cair milik Dheya .

“ Kau pergi siap dulu . Nanti aku dengan yang lain follow . Tunggu kitaorang semua dekat ruang tamu . ”

Dheya terjerit keriangan sebelum berlari anak ke dalam lif . Ashrell hanya menggeleng sebelum memberi isyarat kepada orang kanannya .

“ Korang dah dengarkan so siap sekarang . Lambat aku tinggal ! ” balas Ashrell lalu berlalu membontoti langkah Dheya .

Ricky , Dyan dan Victor yang mendengar terus berlari seperti lipas kudung mengikuti Ashrell . First time kut Ashrell nak belanja ! Siapa tak nak ?

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now