Malam itu, Dheya menjamu mereka makan seperti yang telah dia rancang. Kejadian yang berlaku petang tadi dibuang jauh dari fikiran.
Ashrell yang baru selesai mandi berlalu turun ke bawah. Dari tingkat atas, dia dapat menghidu aroma masakan yang menyelerakan dari dapur. Sesekali terdengar hilai tawa Faliq dan Dheya.
Sampai sahaja di tingkat bawah, kakinya diarak mendekati meja makan. Terhidang beberapa juadah yang menyelerakan di atas meja. Apa yang menariknya, semua makanan itu adalah makanan kesukaannya.
"Eh, Rell dah turun. Cik Gayah baru nak ajak Rell makan tadi." ujar Cik Gayah yang baru datang dari dapur dan diikuti oleh Dheya dan Faliq.
"Malam ni ada apa-apa ke Cik Gayah? Kenapa Rell tak tahu pun?" tanya Ashrell pelik.
Cik Gayah menggelengkan kepala. "Tak ada apa-apa pun Rell. Saje je Dheya ni masak untuk kita semua makan." jawab Cik Gayah sambil menuangkan air ke dalam gelas.
Dheya melorekkan senyuman nipis apabila menangkap renungan Ashrell kepadanya. Reaksi wajah yang tenang dipamerkan.
Faliq yang terlalu lapar segera mencapai pinggang yang berisi lauk sebelum ditegah oleh Cik Gayah. Tersentak lelaki itu dibuatnya sambil menayang wajah cemberut.
Orang lapar ni!
"Faliq Aryan, baca doa makan dulu. Jangan menonong je nak makan. Tak menyempat betul kamu ni!" marah Cik Gayah sambil menjeling sekilas ke arah Faliq.
Faliq tersengih malu sebelum menadah tangan, mengaminkan doa yang dibaca oleh Ashrell.
Pinggang berisi lauk Ikan siakap yang berada di tangan Ashrell, Faliq sambar selamba. Tergopoh-gopoh lelaki itu mencedokkan lauk ke dalam pinggannya.
"Lambat lah kau ni!" rungut Faliq.
Jelingan tajam daripada Ashrell tidak dia hiraukan. Tak takut pun! Apa yang penting, perut dia yang kosong tu mesti diisi segera.
Ashrell menggelengkan kepalanya. Nak di halau, sepupu sendiri. Kang tak pasal-pasal, esok pagi dia kena tadah telinga dengar Mommy membebel. Bukannya dia tak biasa dengan perangai mengada Faliq.
"Rell, sedap tak Dheya masak? Dari tadi Cik Gayah tengok Rell senyap je." soal Cik Gayah sambil memandang ke arah Ashrell.
Ashrell tersentak seketika sebelum lambat-lambat menganggukkan kepala. Bibirnya melorekkan senyuman nipis.
"Kau dah bisu ke? Asyik terangguk-angguk. Dah macam burung belatuk aku tengok." perli Faliq selamba sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Diamlah!" marah Ashrell sambil menjeling tajam wajah tak beriak Faliq. Ada juga yang makan penumpuk malam ni!
Selepas siap mengemas, Dheya membawa diri ke luar rumah. Dia ingin bersantai sambil menikmati angin malam. Kawasan kolam ikan dituju. Dia menghenyakkan punggung nya di atas buaian berhadapan dengan kolam.
Pandangan dilemparkan ke dada langit yang sedang membiru gelap yang dihiasi dengan bintang-bintang kecil. Dheya tersenyum sendiri. Tiba-tiba dia teringat tentang kenangan dia bersama arwah ayahnya.
Dulu sewaktu Dheya masih kecil, arwah ayah selalu mengajaknya untuk berehat di anak tangga rumah sambil memandang ke langit pada waktu malam. Dia masih ingat lagi perbualan dia bersama arwah ayah.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__