Bab 39

47.2K 1.9K 45
                                    

Dheya meronta - ronta ingin melepaskan diri dari cengkaman lelaki yang telah menculiknya itu . Apa sahaja benda yang berada di sekitarnya , disepak dan ditendang sesuka hati .

“ Lepaskan akulah ! Korang nak apa dengan aku ? ” jerit Dheya kuat . Dia hanya mampu menggerakkan kakinya kerana tangannya sudah diikat pada besi yang terpacak di belakangnya .

Seorang anak buah Caleb yang sedang tidur pulas itu terpisat - pisat bangun apabila mendengar jeritan nyaring daripada Dheya . Dia membuka pintu tahanan dan menapak mendekati Dheya .

“ Apahal kau melalak macam orang mati laki ni ? Sakit telinga aku . Kau tahu tak ? Menyusahkan orang betullah betina ni . ” rungut lelaki itu lalu berjalan keluar .

Selang beberapa minit , dia kembali semula dengan tangan yang memegang tape . Dheya meronta . Tangan ditarik - tarik ke kiri dan ke kanan .

Lelaki itu mendengus geram . Tape ditarik panjang dan digunting lalu ditampalkan pada mulut becok Dheya yang tidak henti - henti menjerit .

“ Haa , senyap pun kau ! Aman hidup aku... Tak perlu dengar kau memekak melalak macam orang nak mati . ” ujar lelaki itu sambil tersengeh menampakkan sebaris giginya yang kuning .

Dheya menjeling . Walaupun mulutnya ditapekan tapi itu tidak membuatkan Dheya untuk tidak bercakap .

“ Ummphh... Umphh...”

Dheya cuba bersuara walaupun mulutnya ditampal . Lelaki itu memandang Dheya dengan renungan yang tajam sebelum membuka tape itu .

“ Apa kau nak cakap ? ”

“ Saya dekat mana ? Dan korang senua ni siapa ? Apa tujuan korang semua culik aku ? ”

Bertubi - tubi Dheya menyoal seperi machine gun . Sudah lama dia ingin mengutarakan soalan itu . Untuk apa mereka menculik dia pun , dia tidak tahu .

Lelaki itu sekali lagi tersengeh sambil  menggeleng - gelengkan kepala . Perempuan dihadapannya ini tersangatlah polos dan blur . Patutlah senang terpedaya dengan Tuan Kaleef   .

“ Aku tak boleh beritahu kau kita dekat mana . Tapi yang pastinya , tempat ni jauh daripada orang . Dan soalan yang ketiga tu , aku tak mampu nak jawab . Kau tunggu nanti Tuan aku datang dan kau tengok sendiri . ” jawab lelaki itu lalu menampal semula tape itu .

Dia berjalan keluar daripada bilik itu . Dheya mendengus dan mengeluh dalam pada masa yang sama . Sudah dua hari , dia dikurung dan ditahan di dalam bilik yang usang itu .

Bilik itu tidak ubah seperti bilik seorang banduan . Tilam , bantal dan selimut sahaja yang menjadi temannya .

Dan selama itu juga , dia tidak pernah bertentang mata dengan orang yang telah merancang untuk menculiknya . Mengikut kata lelaki tadi , dia telah diarahkan untuk menculik Dheya atas arahan ketuanya .

Air mata Dheya mula bertakung di tubir mata . Dia takut . Takut jika dia tidak mampu untuk bertahan lagi . Perut yang sedikit membuncit itu ditatap dengan perasaan sayu .

“ Maafkan Mama sayang... ”

♣ ️♣️ ♣️

Segala fail dan dokumen yang berada di atas meja ditolak kasar sehingga ada yang jatuh ke lantai . Dia langsung tidak boleh fokus untuk melakukan kerjanya .

Bagaimana dia mahu fokus kalau nyawa isteri dan anaknya sedang berada dalam bahaya ? Dia tahu Caleb akan lakukan apa saja untuk menumpaskannya .

Dan lelaki itu juga tahu kelemahan dia adalah anak dan isterinya . Sebab itu lelaki itu menculik Dheya dan mentembunyikan isterinya .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now