Bab 24

60.2K 2.4K 183
                                    

Senyuman manis terlakar elok di bibir comel Dheya . Anak tangga terakhir dipijak perlahan sebelum menapak ke dapur .

Batang tubuh Puan Sri Maira yang sedang membasuh pinggan mangkuk dipandang dengan rasa bersalah .

Mata menjeling ke atas meja yang sudah terhidang dengan makanan sarapan pagi . Terbit rasa bersalah dalam hati .

Sepatutnya , dia yang perlu menyediakan makanan dan membuat segala kerja rumah . Silapnya kerana bangun lewat .

“ Eh ! Dheya , buat apa tercongok dekat situ ? Mari masuk .. Mammy dah buat Nasi Lemak special punya . ” tegur Puan Sri Maira .

Dheya mengukir senyuman kelat . Lantas dengan segera dia merapati Puan Sri Maira dan tangan wanita itu digenggam lembut .

Mammy ,  Dheya minta maaf sebab susahkan Mammy buat breakfast semua ni . Sepatutnya , Dheya yang buat kan ... ”

Puan Sri Maira yang mendengar luahan menantu kesayangannya itu tergelak kecil . Bahu Dheya diusap lembut .

Small matter , Dheya . Lagipun , Mammy saja nak manjakan anak menantu Mammy cause after this , Mammy dengan Daddy dah nak fly ke Jakarta . I will miss both of you . ”

Badan Puan Sri Maira dipeluk kemas oleh Dheya . Sungguh dia sangat sayangkan ibu mertuanya itu . Sosok yang persis ibunya .

“ Okay , kalau macam Let's spent time together . Dheya pun nak juga chit-chat dengan Mammy tentang anak teruna Mammy tu ! Apa dia suka , apa dia tak suka . ” ujar Dheya lagi .

Puan Sri Maira mengangguk teruja . Dia tiada masalah untuk berkongsi hal Ashrell . Dia tahu luar dan dalam tentang anak lelakinya itu .

Bunyi derapan kaki yang menuju ke dapur membuatkan dua beranak itu menoleh ke laluan masuk .

Kelihatan Ashrell dengan tuala yang tersangkut di leher.  Peluh jernih membasahi T-shirt dan wajah kacak lelaki itu .

Dheya menguntumkan senyuman buat suaminya . Tuala yang masih tersangkut di leher Ashrell diambil dan di lap ke wajah Ashrell .

“ Kenapa awak tak kejut saya ? Saya bangun lewat tau ! Kesian Mammy kena buat breakfast untuk kita . ” marah Dheya sambil berbisik .

Ashrell mengerutkan dahi . Tingkah laku Dheya yang mengelap wajahnya dibiarkan . Wajah cantik Dheya dipandang .

That was not my problem ... Aku nampak kau letih so aku tak nak kejutkan kau . ” jawab Ashrell .

Puan Sri Maira berdehem .

Mammy naik atas dulu ya . Nak kejutkan Daddy dengan Grandpa . Kamu berdua makanlah dulu . ” pamit Puan Sri Maira sambil menayang senyuman penuh makna .

Dheya dan Ashrell bergerak dan melabuhkan punggung di kerusi . Pinggan makan Ashrell diambil dan Nasi Lemak dihidangkan .

Good morning , pengantin baru !! ” ujar satu suara dari arah belakang . Dheya menoleh dan tersenyum kecil pabila melihat gerangan yang menegur .

Siapa lagi kalau bukan Dyan . Ashrell tidak berpaling . Malas mahu memandang wajah 'setan' yang merosakkan moodnya semalam .

Faliq , Ricky dan Victor mengikut langkah Dyan dari belakang . Masing - masing mengambil tempat di meja makan .

How's your first night , bro ? Best kan ? ” soal Dyan berani . Dheya yang mendengar soalan selamba Dyan membutangkan mata .

Wajah putihnya sudah mula memerah . Cepat - cepat dia menunduk . Tidak selesa pabila topik 'first night' menjadi bualan .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now