Bab 31

54.8K 2.3K 54
                                    

Dinding pintu bilik ditumbuk . Melepaskan rasa amarahnya yang menggelegak naik . Dia tidak menyangka hal sedemikian boleh terjadi .

Dan yang paling mengecewakan , dia tidak dapat melindungi Dheya dan menjaga keselamatan isterinya . Dia betul - betul menyesal kerana tidak peka dengan keselamatan Dheya .

Stephany yang duduk di sisi abangnya hanya mampu menunduk kesal sambil tersedu - sedang menahan tangisan .

Sudah dua jam Dheya dimasukkan ke ruang rawatan namun masih tiada khabar berita daripada Doktor . Ashrell juga sejurus sampai di airpot , dengan segera bergerak ke Hospital .

Dyan dan Victor juga telah diarahkan olehnya untuk pergi ke tempat kejadian . Dia ingin melihat rakaman CCTV di kawasan tersebut .

Pintu bilik rawatan dibuka dari dalam . Batang tubuh seorang perempuan yang lengkap berpakaian seorang doktor menyapa pandangannya .

“ Encik ni suami Puan Dheya Nasuha ke ? ” soal Doktor yang memakai nametag Azila . Ashrell yang sedang menunduk dengan segera mengangkat wajah dan bangun daripada kerusi .

It's me . I am her husband . ” jawab Ashrell sambil memaku penglihatannya pada wajah tua doktor yang merawat isterinya itu .

Doktor itu tersenyum .

“ Puan Dheya selamat . Kami dah melakukan CT scan dan tiada kecederaan pada tubuh badan isteri Encik . Cuma mungkin Puan Dheya akan mengalami sedikit trauma . Itu sahaja . Saya pergi dulu . ”

Ashrell terduduk . Wajah diraup perlahan . Melepaskan lelah di dada . Stephany yang mendengar juga turut tersenyum . Terharu .

“ Kami boleh masuk doktor ? ” soal Stephany . Doktor Azila itu tersenyum dan mengangguk .

But , make sure Puan Dheya berehat secukupnya . Badan dia masih lemah dan kalau tidak ada apa - apa masalah , mungkin lagi dua hari , Puan Dheya boleh keluar . ”

Doktor itu terus melangkah sejurus berkata tentang tahap kesihatan Dheya .  Ashrell bangun dan terus melulu masuk ke bilik wad . Batang tubuh isterinya dicari .

Dheya mengukir senyuman nipis pabila ekor matanya dapat menangkap badan sasa suaminya . Dia tahu tentang kedatangan Ashrell itupun dek kerana terdengar perbualan antara Doktor dan suaminya .

“ Awak.... Bila sampai ? Macam mana kerja ? Dah selesai ? ” soal Dheya sambil mengamit tangan suaminya agar duduk di sisinya . Dia mengesot sedikit memberi ruang untuk Ashrell duduk .

Ashrell menghela nafas berat . Diturut sahaja tindakan isterinya yang menariknya agar duduk di sisi katil . Anak mata hitam pekat Dheya direnung dengan pandangan redup .

“ Kerja aku okay . Yang tak okay sekarang ini , kau ? Kenapa kau biarkan orang kacau kau ? ” soal Ashrell dengan nada yang lembut .

Bahu Dheya dipegang dan dibawa mengadap kearahnya . Dheya hanya menunduk . Tidak mahu beradu mata dengan mata Hazel suaminya .

Soalan suaminya dibiarkan tidak berjawab . Biarlah . Dia tidak mahu memperbesarkan masalah . Yang penting sekarang ini , dia gembira kerana suami kesayangan sudah pulang .

“ Jawab soalan aku Mi amore . ” balas Ashrell sambil menarik kedua - dua belah tangan Dheya . Kekura tangan isterinya dibawa ke mulut dan dicium .

Dheya tersentak .  Seluruh sel otaknya tidak berfungsi seketika apabila melihat tingkah laku suaminya yang ganjil . 

“ Aw-aw-awak... ” Jawapan yang ingin diberitahu kepada suaminya tidak terkeluar dek lidah yang tiba - tiba menjadi kelu . Dheya memejamkan mata .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now