Bab 37

53.7K 2.4K 104
                                    

Dheya menayang wajah terkejut apabila mendengar cerita yang disampaikan oleh Tiara kepadanya . Sungguh dia tidak sangka yang dua manusia itu sudah lama ada hubungan hati .

" Alah ! I bukan sengaja nak rahsiakan daripada semua orang tapi tadi you tengoklah macam mana Liq tu layan I . Tak romantik langsung . " adu Tiara sambil menghirup air kopi yang dibancuhnya .

Dheya ketawa kecil .

" Ish ! Awak ni . Awak patut bersyukur tau yang Faliq tu masih setia dengan awak walaupun dah bertahun terpisah . Hubungan saya dengan Ashrell pun baru saja elok . " ujar Dheya .

Tiara mengangguk dan mengiyakan apa yang dicakapkan oleh Dheya . Dia tahu tentang itu . Dia juga turut terharu dengan Faliq yang masih setia menunggunya walaupun sudah 6 Tahun mereka terpisah disebabkan kesibukkan dirinya yang sedang menyambung pelajaran .

Baru beberapa bulan sahaja dia pulang daripada Ireland sekaligus menamatkan zaman belajarnya dalam bidang perubatan . Selepas sahaja tamat belajar , Tuan Ashraff menawarkan dia kerja sebagai Doktor Peribadi keluarga Carlos Lee .

" I tahulah . I pun okay ja dengan Faliq . Cuma kitaorang tak nak terburu - buru sangat buat keputusan . Ni pun baru beberapa kali ja jumpa selepas 6 Tahun tak jumpa . " beritahu Tiara lagi .

Dheya berasa sungguh gembira kerana hari ini dia ada Tiara sebagai peneman harinya yang kosong .
Mereka berdua bagaikan kenalan yang rapat saling berkongsi cerita antara satu sama lain .

Jam yang tersangkut di dinding dijeling sekilas . Jarum jam sudah menginjak ke pukul 5 petang . Tidak sedar yang mereka banyak menghabiskan masa berbual .

" Erm... Tiara . Ashrell ada bagitahu awak tak yang dia balik pukul berapa ? " soal Dheya kepada Tiara .

Telefon yang berada di tangan dibelek - belek seketika jika ada apa - apa mesej daripada suaminya . Tiara tersentak sebelum menggeleng perlahan .

" No ! I tak dapat mesej daripada Ashrell pun . It's okay , I kan ada . Maybe kerja diorang tak settle lagi kut . " jawab Tiara .

Dheya menghela nafas perlahan . Wajah cerianya mula bertukar menjadi murung apabila mendengar jawapan daripada Tiara soal Ashrell .

Dheya berharap sangat yang kali ini Ashrell benar - benar mengotakan janjinya untuk balik ke rumah pada malam ini .

" Takpelah kalau macam tu . Saya naik atas dulu . Nak rehat . Nanti petang sikit , awak kejutkan saya ya . Saya nak sambut Ashrell balik . " sambung Dheya seraya meniti anak tangga naik ke tingkat atas .

Dia ingin berehat sebentar memandangkan kepalanya sedikit pening dan badan yang mulai lenguh .

" Okay . Take a rest , Dheya . You kena banyak berehat . Apa - apa nanti I akan bagitahu you . " balas Tiara pula .

♣️ ♣ ️♣️

Mata yang mula sedikit memberat dek tidur yang lama dibuka dengan perlahan - lahan . Tangan juga naik memicit kepala yang sedikit berdenyut - denyut .

" Pukul berapa sekarang ? " gumam Dheya sambil mata mengerling sekilas jam di pergelangan tangan .

Dheya mengucap panjang apabila melihat jarum jam yang sudah menginjak ke pukul 7 malam . Lama jugalah dia tidur .

" Eh , you dah bangun ? Sorry I tak kejut you . Tak sampai hati , nampak lena sangat you tidur . " ujar Tiara yang tiba - tiba muncul di sebalik pintu .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now