Bab 16

64.7K 2.8K 234
                                    

Sudah seminggu , Ashrell ditempatkan di Hospital . Seminggu jugalah dia terpaksa menahan hati melihat kemesraan Dheya dan Doktor yang merawatnya , Dr . Edward .

Kalau diikutkan hati , mahu sahaja kepala doktor itu dipenggal . Makin dibiar , makin mengada - ngada . Sampaikan dia nak cuba berbual dengan Dheya , pun terbantut .

Pintu bilik ditolak lembut daripada luar . Tersembul wajah Dheya yang sedang membawa bekas makanan . Gadis itu tidak jemu menjaganya .

Ashrell membuang pandangan ke depan . Television itu sedang memaparkan perkembangan terkini syarikatnya yang sedang dalam siasatan polis .

Dheya menapak ke katil . Bekas makanan diletakkan di atas meja sebelum berjalan ke kepala katil . Senyuman manis terukir di bibirnya .

" Awak dah mandi ke belum ? " soal Dheya .

Ashrell diam . Malas nak jawab .

Entah kenapa sekarang dia mula berperangai seperti kebudak - budakkan . Kalau sehari tidak berjumpa dengan Dheya , boleh jadi gila dia dibuatnya .

" Heyy , saya tanya awak ni , awak dah mandi ke belum ? Mana Faliq ? Tadi saya suruh dia datang dulu mandikan awak . " balas Dheya lagi .

Ashrell masih lagi diam . Dheya mengeluh . Pening betul dia melayan perangai lelaki dihadapannya ini . Pelik semacam !

" Takpalah kalau macam tu . Saya keluar dulu . Nak pergi jumpa Dr. Edward . " pamit Dheya . Sengaja sebenarnya dia berkata begitu .

Bukan dia tidak perasan perubahan riak wajah Ashrell apabila dia bersama dengan Doktor lelaki itu . Saja . Dia mahu menyangkat .

Dheya berura - ura mahu keluar daripada bilik itu . Cepat - cepat Ashrell memegang pergelangan Dheya . Menahan gadis itu daripada berganjak .

Dheya berpaling dan menayang wajah pelik .

" Apa ? Cepatlah . Saya nak jumpa Dr. Edaward saya . " sengaja perkataan Dr. Edward saya ditekan .

Riak wajah Ashrell berubah . Terasa berasap saja telinganya sekarang . Wajah dia merenung tajam gadis dihadapannya itu .

" Don't you dare to do that ! If not , I will kill him . Immediatelly ." tegas Ashrell bersuara .

Dheya tersenyum .

" Haaa...tahu takut saya pergi dekat Dr. Edward . Lain kali jangan nak sombong dengan saya . Tak nak bercakap semua . Kalau tak , saya buat apa yang saya nak buat tadi . "

Dheya mula memujuk . Ashrell menjeling . Huh ! Dia prank aku rupanya !

" Jom ! Saya pimpin awak masuk dalam bilik air . Lepas mandi , kita makan sama - sama . Saya tak sarapan pagi lagi nih ! Tunggu awak . " Tutur Dheya lalu menolong Ashrell bangun daripada katil .

Sebelum berlalu masuk ke dalam bilik , sempat lagi Ashrell menyakat Dheya . Pinggang gadis itu diraih , rapat ke badannya . Batang leher Dheya dihidu .

Dheya mengelak . Kepala Ashrell ditolak lembut menjauhi leher jinjangnya . Geli . Lelaki itu sedang menghidu lehernya .

Ashrell tersenyum sinis . Dia tidak berhenti . Malah makin meneruskan aktivitinya .

" Awak ... Tolong jangan buat saya geram dengan awak pagi ni . Awak mandi dulu . Lepas mandi , kita makan . Saya lapar nih . " marah Dheya .

Ashrell mengalah . Pinggang Dheya dileraikan daripada pegangan . Dheya  tersenyum . Perlahan - lahan , Dheya meletakkan Ashrell di dalam bilik air .

Pakaian Ashrell dibuka dan dibawa keluar . Cuma yang lain itu , faham - faham ja lah ! Ashrell yang buat . Dheya menapak keluar .

Terus tangannya bergerak menghidangkan makanan yang sudah di masak oleh dirinya sendiri . Mungkin lagi dua hari , Ashrell akan discharge daripada Hospital .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now