Baju lelaki itu direntap dari arah belakang dan dilayangkan penumbuk sebiji dua di wajah gatalnya. Dheya hanya diam membisu, terkejut dengan apa yang berlaku.
Ashrell menayangkan lagi tumbukan di bahagian perut sebelum menghumban badan lelaki itu diatas meja kaca sehingga pecah. Faliq dengan segera membuka jaket kulitnya dan menyelimuti bahagian badan Dheya dengan jaketnya.
"Rell, enough. Aku tak nak kau buat kecoh dekat sini. Kita dah dapat pun perempuan ni." Faliq memberi amaran kepada Ashrell yang lagaknya ingin menghabiskan riwayat hidup lelaki tersebut. Ashrell menggengam penumbuk.
Ikutkan hati mahu lunyai lelaki itu dikerjakan. Tidak padan dengan usia yang semakin larut, ada hati mahu melampiaskan nafsu dengan perempuan.
Ang Kong yang baru tiba di situ terkejut dengan suasana ruang VVIP yang sudah seperti tongkang pecah. Susuk tubuh pelanggannya yang sudah terbaring di lantai dipandang. Ang Kong mendengus geram.
"Tuan Ashrell? Tuan Faliq? What are you doing to my customer? Kalau you mahu itu perempuan, kasi tahu sama saya. Tak perlu gaduh-gaduh. Saya boleh settle kan perempuan ini untuk you." ujar Ang Kong.
Ashrell tersenyum sinis. Sampul surat yang berisi duit dilempar tepat ke muka Ang Kong. Ang Kong terkejut sebelum menyambut sampul itu.
"Aku nak beli perempuan ni.Aku dah bayar tiga kali ganda daripada lelaki tua tu bayar. Urusan kau dengan perempuan ni kira settle." Tegas Ashrell sebelum berlalu keluar daripada club. Faliq membantu Dheya untuk berdiri seraya membuntuti langkah Ashrell.
Mereka bertiga menuju ke kereta BMW milik Ashrell yang terparking elok di depan pintu masuk kelab paling terkemuka di Kuala Lumpur lalu menerombos masuk ke dalam perut kereta. Dheya diletakkan di bahagian tempat duduk belakang.
"Rell, kita singgah 7eleven dulu lah. Beli air dengan makanan sikit untuk perempuan ni. Aku tengok dia dah macam mayat hidup dah." ujar Faliq mengambil berat.
Ashrell hanya mengangguk sebelum melihat perempuan yang baru mereka selamatkan daripada cermin kereta.
Dheya hanya duduk diam sambil menangis mengenangkan nasib hidupnya yang hampir-hampir ingin menjadi seorang pelacur.
Terbit rasa menyesal di hati kerana mempercayakan Amran bulat-bulat.Rupa-rupanya, Amran jadi kaya bukan dengan pekerjaan yang halal tetapi menjadi kaya dengan menjual perempuan yang masih dara kepada Pengusaha Kelab Malam untuk dijadikan sebagai pelacur.
"Nama kau apa?" soal Ashrell sekadar ingin bertanya. Nada dingin masih ditunjukkan kepada perempuan naif itu. Bukan apa, perasaan marah kepada perempuan itu masih berbaki lagi. Polos sangat!
Dia sudah lihat kejadian yang terjadi sebelum perempuan itu dibawa masuk ke ruangan VVIP.
Bagaimana perempuan itu akur mendengar segala arahan daripada 'Bapak Ayam' terkenal Kuala Lumpur.
"Dheya. Dheya Nasuha." jawab Dheya apabila dia rasa seperti soalan itu ditujukan kepadanya. Ashrell dan Faliq mengangguk.
Kereta mewah itu berhenti di bahu jalan sebelum Ashrell keluar daripada kereta untuk membeli sedikit makanan buat Dheya.
"Bila kau datang KL? Kau duduk dengan siapa? Mak Bapak kau mana?" Bertubi-tubi soalan Faliq tanyakan kepada Dheya.
"Saya sampai KL baru pagi tadi dengan bas. Saya tak ada sesiapa dekat sini. Ibu dan ayah saya dah tak ada." jawab Dheya lagi.
"It's okay. Aku tak nak soal kau banyak-banyak. Nanti kau stress pulak. Nama aku Faliq Aryan, kau boleh panggil aku Faliq. Yang lelaki tadi tu nama dia Ashrell Lee. Kau akan duduk dengan lelaki tu sekarang. Faham?"
Dheya mengangguk sahaja. Otak dan mindanya tidak berapa berfungi sekarang . Jadi dia hanya mengikut. Asalkan dia berada dengan orang selamat dan tidak mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Ashrell kembali dengan bungkusan makanan dan minuman di tangan. Pintu penumpang belakang dibuka sebelum plastik dihulur.
Dheya menyambut plastik. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih pintu itu sudah ditutup.
Dia dapat merasakan aura lelaki ini berbeza dengan kawannya. Lelaki yang dikenali dengan nama Ashrell Lee itu sangat dingin dan misteri.
Daripada tadi dia perasan yang wajah lelaki itu ketat tanpa senyuman. Riak wajahnya juga selamba dan biasa. Tidak seperti Faliq yang nampaknya sedikit ramah berbanding Ashrell.
Ashrell meneruskan pemanduannya ke rumah. Suasana dalam kereta itu kembali senyap seperti sebelumnya.
Selang beberapa minit berada diatas jalan raya, kereta BMW milik Ashrell selamat sampai di perkarangan rumah empat tingkat.Dua orang jejaka itu keluar daripada perut kereta diikuti dengan Dheya. Dheya sungguh terpegun dengan hiasan dan rekaan yang terdapat di rumah besar itu. Sangat besar dan luas.
Ashrell berdehem. Pandangan dilarikan kearah gadis yang sedang meliar matanya melihat isi rumahnya.
"Cik Gayah!" Laung Ashrell memanggil pembantu rumah. Faliq sudah selamat membaringkan badan di sebuah sofa bed yang terletak di ruang tamu.
Terkocoh-kocoh seorang perempuan tua dalam lingkungan 50an berjalan keluar apabila mendengar namanya dipanggil.
Wajah anak lelaki kepada majikannya dipandang silih berganti dengan seorang gadis cantik yang sedang berselubung dengan jaket. Mata gadis itu juga nampak sedikit sembab.
"Rell bawa perempuan ni balik sebab dia hampir kena jual dekat Club. Rell didn't do anythings bad, Cik Gayah. Cik Gayah boleh siapakan bilik tetamu dekat tingkat dua and then suruh dia rehat." Ashrell memberi arahan kepada Cik Gayah.
Faliq sudah bangun daripada pembaringan dan bergerak merapati Cik Gayah dan Dheya. Senyuman nipis terukir di wajahnya. Dia tidaklah kedekut sangat senyuman macam si Ashrell tu.
"Cik Gayah, ada makanan tak? Liq laparlah. Keluar dengan Rell bukan dia nak tanya lapar ke tidak. Main menonong je." soal Faliq bertanya kerana perutnya sudah daripada tadi berkeroncong minta diisi.
Cik Gayah tergelak kecil.
" Ada. Cik Gayah dah panaskan lauk Ayam masak lemak Cili Padi kesukaan Liq. Nasi pun dah siap. Pergi masuk dekat dapur. Cik Gayah nak kemas bilik tetamu dulu." balas Cik Gayah sebelum menarik tangan Dheya mengikutnya.
"Nama anak cantik ni siapa?"
"Dheya Nasuha, makcik."
"Tak payah panggil makcik. Panggil Cik Gayah je. Ni beli Dheya. Depan bilik Dheya ni bilik Rell. Cik Gayah tinggal dulu ya. Dalam almari ada baju Tshirt Rell yang dulu. Dheya pakailah dulu ya."
Dheya mengangguk seraya mengucapkan terima kasih sebelum menghilangkan diri masuk ke dalam bilik. Dia mahu segera membersihkan diri. Dia rasa jijik apabila melihat pakaian yang tersarung di badannya.
TBC
Sorry for the late update . Author busy untuk sebulan dua ni . So, harap you guys boleh faham . Enjoy !😘
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__