Bab 46

60.2K 2.1K 63
                                    

Dheya mengeluh bosan sambil tangan menongkat dagu menonton drama Korea yang dipaparkan di skrin televisyen. Mulutnya tidak henti-henti menguap dan mengeluh.

Entah berapa kali mulut kecilnya mengeluh. Dia sendiri pun tidak pasti. Tangan mencapai remote Tv dan butang 'Off' ditekan. Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu bilik mandi, dia disapa dengan suara riuh-rendah dari luar rumah.

Dia berjalan ke balkoni dan menjeguk ke luar rumah. Sudah ramai ahli keluarga Tan Sri Adam Lee yang datang ke rumah agam Grandpanya itu untuk bersama-sama meraikan majlis perkahwinan antara Tiara dan Faliq.

Dari dalam bilik, dia dapat mendegar gelak-tawa dan suara manusia yang sedang berbual sambil membuat kerja. Timbul rasa cemburu dalam hati apabila mengenangkan nasibnya yang terpaksa berkurung di dalam bilik.

Ikutkan hati mahu sahaja dia turun ke tingkat bawah dan menolong apa yang patut, namun awal-awal lagi dia sudah mendapat amaran daripada Ashrell untuk tidak membenarkannya turun ke bawah dan menolong bersama yang lain.

Katanya, dia tidak mahu jika terjadi apa-apa yang tidak diingini ketika kandungannya yang sudah hampir ke penghujung fasa. Suaminya juga melarangnya untuk membuat kerja rumah malah dia juga tidak boleh turun ke bawah tanpa persetujuan daripada Ashrell.

Ini dah melebih! Siapa pun takkan pernah setuju dengan arahan yang terlampau 'over' daripada suami. Tetapi dia tiada pilihan. Jika dia melawan, dia sudah dikira sebagai isteri yang derhaka.

Dheya masuk semula ke dalam bilik lalu melabuhkan punggung di birai katil. Tangan bergerak mengusap perutnya yang sudah membulat besar sampaikan dia sendiri susah untuk bergerak.

Sedang ralit dia melayan perasaan, tiba-tiba sahaja pintu dikuak dari luar lalu muncul tubuh tegap suaminya yang mungkin baru selesai menolong mengangkat khemah.

“Awal Abang naik. Selalunya dekat nak petang baru naik atas jenguk saya.” ujar Dheya sambil mata langsung tidak memandang wajah suaminya itu.

Rasa geram dan sakit hati masih bersarang dalam hati apabila mengenangkan arahan tidak masuk akal suaminya itu yang langsung tidak memikirkan soal perasaannya.

“Apa kau ni? Aku baru naik dah kena sembur dengan kau. Dahtu tayang muka asam keping kau yang tak berapa nak comel tu.”

“Biarlah! Dah Abang tak layan saya sangat. Saya ni bosan tau! Duduk terperap dalam bilik je.”

Ashrell hanya menggeleng kepala mendengar omelan isterinya itu sambil dia berjalan merapati tubuh tembam Dheya. Belakang kepala Dheya dikucup bagi meredakan amarah isterinya itu.

Dheya diam. Dia tidak melawan mahupun menepis apabila Ashrell menyambung memeluk badannya pula.

“Aku mintak maaf sebab tak layan kau sangat lately ni. But I still love you okay. Dah jangan marah lagi.” pujuk Ashrell dengan suara yang lembut seraya menarik wajah Dheya memandangnya.

Dheya menurut sambil tangan menekup wajah tembamnya yang sudah memerah apabila mendengar ucapan keramat yang diucapkan oleh suaminya itu.

Ahak! Cair hati kita uolls!

“Abang! Janganlah kacau saya. Dah tak jadi dah saya nak marah Abang. Ish! Bencilah.” omel Dheya lagi.

Ashrell hanya tergelak kecil melihat celoteh Dheya yang berjaya mencuit hatinya. Elok sahaja dia mahu memeluk badan bulat Dheya semula, tiba-tiba sahaja Dheya menegah.

“ No hug before you take a bath! Bau badan Abang tu dah boleh bau sampai ke luar tahu tak? Dah. Pergi mandi. ” arah Dheya sambil membuat mimik muka seperti ingin muntah.

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now