Bab 21

65.2K 2.4K 69
                                    

Palang besi yang menjadi penghadang dipegang kemas . Mata ralit merenung pemandangan malam yang sejuk dan tenang . Otaknya masih ralit memikirkan soal kejadian petang tadi .

Bagai nak terputus nyawa pabila mengingati semula kejadian yang berlaku petang tadi . Keliru , buntu , takut . Semua perasaan itu berkecamuk dalam dirinya .

Nafas dihela perlahan . Cuba menenangkan hati yang sudah gusar .
Patutkah dia menerima atau menolak ?

Flashback

Dheya melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan Ashrell . Kantuk yang masih tersisa cuba ditahan . Senyuman nipis sentiasa tersungging dibibir pinknya .

Tan Sri Adam Lee memandang wajah cucu lelakinya dengan pandangan tanda tanya . Faliq menggeleng kepala tanda tidak tahu . Dyan , Ricky dan Victor hanya berdiri sebagai pemerhati .

Ashrell berdehem .

Rambut diperkemaskan seraya mengalihkan kepala sekilas kepada Dheya sebelum dia kembali memandang Tan Sri Adam Lee .

“ I have something to tell you . Rell dah fikir benda ni sebaik - baiknya . Rell nak kahwin dengan Suha ....” tutur Ashrell perlahan tetapi serius .

Dheya yang mendengar membulatkan mata hazelnya . Mulutnya sedikit terlopong dan terbuka .

“ What ??! ” Jerit Dheya kuat . Tangan naik meraup wajah putihnya berkali - kali . Betul ke tidak apa yang dia dengar sekarang ? Atau telinga dia ada masalah ?

Tan Sri Adam Lee ketawa kecil sebelum menepuk perlahan tangannya ke udara . Senyuman manis terukir diwajahnya .

“ Impress , Ryden !! Are you sure with your desicion ? Tak menyesal ? Or kamu cuma nak main - main ja ..heh ! ” sinis Tan Sri Adam Lee membalas .

Faliq dan yang lain juga turut terkejut dan tertunggu - tunggu jawapan daripada ketua mereka dan juga Dheya . Bagaimanakah penerimaan perempuan itu ?

Dheya yang masih terkejut dengan segera bangun daripada duduknya sambil menggeleng - gelengkan kepalanya tanda tidak percaya . Mustahil !

“ Grandpa , you know me very well , right ? Apa benda yang keluar daripada mulut Rell , Rell maksudkan semua tu termasuk benda ni ..”

Ashrell menjawab selamba tanpa gentar . Dheya yang melihat menjenggilkan biji matanya tanda geram .

“ I really meant it ... ”

Dheya berjalan ke hulur ke hilir . Langsung tidak menghiraukan mata - mata yang memandangnya pelik . Dia tidak kisah . Yang dia tahu , apa yang diperkatakan oleh Ashrell adalah tidak masuk akal . Totally nonsense !

“ Stop it ! Are you crazy ? Kenapa awak tak berbincang dengan saya dulu ? Benda ni bukan benda main - main awak !! Saya tak suka !!! ” marah Dheya sambil menyilangkan tangan ke dada .

Ashrell turut bangun daripada duduknya .

“ I don't care . Aku tetap dengan keputusan aku . Titik . ” tegas Ashrell sebelum berlalu keluar daripada rumah agam itu . Dheya tercengang .

“ Eeii ... Faliq ? Please .. Saya tak nak kahwin dengan kawan awak tuu .. Saya tak nak ... Tolonglah faham saya ...” rayu Dheya kepada Faliq .

Faliq menggeleng tanda dia tiada hak untuk ikut masuk campur dalam hal ini . Lagipun , dia tahu Ashrell lakukan itu bersebab .

“ Dheya sayang ... Listen here ! Grandpa tahu kamu rasa terbeban dengan benda ni tapi Grandpa yakin Rell boleh jagakan kamu . 'Dia' akan buat apa sahaja untuk dapatkan kamu .. ” pujuk Tan Sri Adam Lee .

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now