Ashrell tersenyum sinis apabila mengingat kembali kejadian di mana dia sedang 'bermesra' dengan orang kanan kumpulan Black Xander iaitu Zack.
Dia yakin Chris takkan berdiam diri. Lagi-lagi orang kanan lelaki itu berada di dalam genggamannya. Disebabkan itu, dia takkan membunuh Zack dan akan menjadikan lelaki sebagai umpan.
Sedang asyik dia mengelamun, muncul susuk tubuh Faliq sambil menghulurkan kain tuala kecil kepadanya.
Ashrell mengambil kain tuala tersebut dan dibawa ke wajahnya untuk mengelap air peluh.
"Rell, Mark ada telefon aku semalam. Dia kata company kita dekat Barcelona kena serang dengan Black Xander."
Faliq menghulurkan handphone nya yang mengandungi rakaman video Sephora Holdings diserang kepada Ashrell.
Shit! Ashrell mendecit geram.
"Kita pergi sana esok. Cancel kan semua jadual aku untuk seminggu ni. Bagitahu Victor dengan Ricky untuk uruskan apa yang patut." arah Ashrell sebelum berlalu ke ruang latihan yang lain.
"Tapi Rell, esok Mummy dengan Daddy kau dah balik Jakarta. Siapa nak jaga Dheya? Nanti Mummy kau bising kalau dia dapat tahu kita tinggalkan Dheya sorang-sorang dekat sini."
Nasib baik, dia ingat akan perihal itu. Mereka berdua tidak boleh membiarkan Dheya dan Cik Gayah tinggal berdua di rumah dengan keadaan macam ini. Bahaya!
Lagipun, mereka berdua pasti mata-mata anak buah Chris sedang memerhati gerak geri mereka. Mustahil kalau Chris tidak boleh hidu tentang keberadaan Dheya di dalam rumah agam ini.
"Lepas parents aku naik flight, kita gerak. Perempuan tu kita bawa sekali." Tangannya bergerak menghayunkan beberapa tumbukan tepat ke arah dada puching bag.
"Nanti kau suruh Jack hantar Cik Gayah balik kampung dan pastikan ada budak-budak kita jugak dekat sana. In case, diorang cari Cik Gayah." sambung Ashrell lagi.
"Okey, bos!" ujar Faliq meminta diri sambil membuat gaya lelaki lembut. Dia melambai-lambai tangan ke arah Ashrell sambil membuat muka lelaki ulat bulu.
"Pergi mampuslah, setan!" marah Ashrell menyampah Dia mengambil kain tuala di sisi lalu dengan pantas dia campak ke arah Faliq namun Faliq laju mengelak.
"Tak kena! Werk, Padam muka kau. Dahlah, aku cau dulu. Apa-apa, kau roger je aku." pesan Faliq sebelum berlalu keluar dari bilik itu.
Ashrell sambung berlatih. Puching bag itu dia ibaratkan sebagai bayangan musuhnya. Amarah yang selama ini terpendam di dalam hati dilepaskan bersama tumbukan dan tendangan yang dilakukannya.
Baju yang sudah basah bermandikan peluh dibuka dan dilempar ke arah bakul kotor di dalam bilik tersebut. Mansion mewah itu memang dilengkapi dengan 80% kemudahan seperti di rumah biasa.
Cuma kelainan pada mansion ini ialah terdapat bilik bawah tanah yang boleh menempatkan berpuluh-puluh anak buahnya.
Ashrell menjadikan bilik itu sebagai tempat dia menyeksa dan mengurung mangsa-mangsanya. Di bilik bawah tanah juga ada beberapa ruang untuk berlatih berlawan, memanah, menembak, lawan pedang dan bilik bekalan senjata api.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__