Bab 28

51.2K 2.2K 19
                                    

Ashrell menyandarkan badan yang letih di sofa . Tali leher dilonggar dan dicabut . Butang baju kemeja dibuka sehingga habis .

Penat dan letih , itu yang dirasakan sekarang . Baru sahaja sampai di Barcelona , dia terpaksa berjumpa dengan beberapa klien .

Membincangkan tentang projek terbarunya di Kanada . Maklumlah , Sephora Holdings sudah mula melebarkan sayapnya ke negara lain pula .

Sekarang dia harus berulang - alik dan berkerja lebih masa bagi menguruskan syarikatnya di Malaysia , Barcelona , Itali dan juga Kanada .

Sephora - Malayisia
Sephora - Barcelona
Sephora - Itali
Sephora - Kanada
( Nama Syarikat )

Mi amore , tolong buatkan coffee untuk aku . Aku dahaga lah ! ” pinta Ashrell sambil memicit dahi yang berdenyut .

Tiada sahutan .

Kemana pulak pergi isterinya ?

Zzztt.. Zzzzztt..

Telefonnya berdering . Ashrell menghela nafas sebelum dengan malasnya mencapai telefon di atas meja .

Skrin ditolak . Satu mesej yang baru dihantar dibuka . Tertera nama
Mi amore❤ di skrin .

Aikk ? Duduk sebumbung pun bermesej ke ? Asal dia tak panggil aja ?

Mi amore❤ ;
Assalamualaikum , awak . Awak sampai rumah dah ke ? Daripada tadi saya tunggu awak call saya . 😭

Ashrell mengerutkan kening . Oh God ! Macam mana dia boleh lupa yang dia hanya datang ke sini seorang diri ? Dan Dheya ditinggalkan di Malaysia bersama Hany .

Nasib baik tak melalut tadi !

Shuben💞 ;
Aku baru sampai rumah . Sorry cause aku tak call kau . Busy sikit and tadi pun ada meeting dengan client . Kau okay ?

Dalam dia tersengih sendiri apabila mengingati semula nama contactnya yang telah disavekan .

Seriously , ' Shuben ' ?

Mi amore❤ ;
Oh okay.. Saya faham , awakkan pergi sana bekerja . Kalau tentang saya , awak tak perlu risau . Saya okay duduk dengan Hany .

Shuben💞 ;
Good to hear that , Mi amore .

Mi amore❤ ;
Cuma sejak daripada petang tadi , saya perasan yang Hany macam tak senang duduk . Sekejap dia pergi mengintai dekat sliding door . Sekejap dia keluar lepastu masuk dekat muka bengang..

Ashrell terkejut pabila membaca mesej yang baru dikirimkan oleh Dheya . Dheya cakap Hany selalu intai dekat luar ? Ada benda ke ?

Shuben💞 ;
Maybe dia bosan or just nak check kalau ada yang tak kena . Kau tu.. Jangan suka sangat main dekat luar.. Bahaya .

Mi amore❤ ;
Ye lah , husbandku . Saya akan ikut arahan awak... Okaylah..saya nak tidur dulu.. Jangan mengigau suruh saya buatkan kopi untuk awak ya...Saya tak ada dekat situ..Bye!  Sweet dream💋

Shuben💞 ;
Hmmm...

Telefon ditutup dan disimpan di dalam kocek seluar .

' Huh ! Macam tahu - tahu ja aku baru lepas suruh dia buatkan kopi untuk aku ? ' omel Ashrell sekejap .

Tidak lama selepas itu , dia mula meniti tangga ke atas dan masuk ke dalam bilik .

Tidur sorang laa...huhuhu

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now