Pintu sel bilik tahanan yang menempatkan Caleb dibuka oleh pengawal yang berkawal di situ . Ashrell melangkah masuk ke dalam bilik tersebut diikuti dengan Faliq dibelakangnya .
Ashrell hanya mengorak langkah tanpa sebarang kata memandangkan aura lelaki itu yang tidak tenang seperti biasa , malah riak wajah lelaki itu juga bengis dan dingin .
Di penjuru bilik tahanan tersebut , susuk tubuh Caleb yang terbaring tidak sedarkan diri itu dipandang dengan renungan yang cukup menggerunkan .
Wajah lelaki itu penuh dengan lebam kebiruan kesan daripada dikerjakan oleh orang suruhan Ashrell . Pakaian yang tersarung ditubuh lelaki itu juga sudah koyak-robak dan tidak terurus .
Isyarat tangan diberikan kepada Faliq , menyuruhnya untuk mengejutkan Caleb yang sedang terbaring lesu itu . Faliq mengangguk faham seraya mendekati lelaki tersebut .
Tanpa sebarang amaran , Faliq menyepak perut lelaki itu dengan kuat sehingga membuatkan Caleb membuka kelopak matanya . Raungan kesakitan Caleb bergema di sel tersebut .
Caleb berusaha untuk bangun lalu menyandarkan badannya di dada dinding . Nafas berat kedengaran daripada mulut lelaki itu .
Dengan keadaannya yang sangat naif itu , dia gagahkan juga untuk membuka kelopak mata dan membalas renungan tajam Ashrell .
Faliq yang melihat tindak-tanduk Caleb itu hanya mengukir senyuman sinis sambil menyilangkan tangan di dada . Baginya kelakuan Caleb itu langsung tidak melemahkan semangat Ashrell malah menggalakkan lagi lelaki itu untuk meneruskan niatnya .
“ How do you feel bastard ? Suffer ? ” soal Ashrell berbaur tegas dan dingin . Mata helangnya dihalakan tepat pada wajah lebam Caleb .
Caleb ketawa kecil apabila mendengar soalan yang terpancul keluar dari mulut Ashrell itu . Soalan itu benar - benar menggelikan hatinya .
“ Nothing . Aku tak rasa apa - apa . Yang aku rasa sekarang , aku cuma nak tengok kau mampus ! Baru puas hati aku ! ” balas Caleb geram lalu tanpa gentarnya , wajah tampan Ashrell diludah .
Ashrell mengukir senyuman sinis , tangan naik mengelap sisa air liur Caleb di pipinya lalu dilapkan pada wajah Caleb itu semula .
Dan dalam pada masa yang sama , kapak yang tersangkut di dinding dicapai oleh Faliq lalu diberikan kepada Ashrell . Ashrell menyambut dengan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi memegang dagu Caleb .
“ Kau memang cari nahas dengan orang yang salah , Aidan . Aku akan pastikan kau mati ! ” Sejurus berkata sedemikian , kapak besar itu dihayunkan di kedua - dua belah tangan lelaki itu dan ditetak tanpa belas kasihan .
“ Arghhh ! Arghhh !! ”
Caleb menjerit kesakitan apabila kedua - dua belah tangannya dipotong . Darah merah pekat terpancut - pancut keluar daripada dua belah tangan itu dan membanjiri lantai simen .
Tidak cukup dengan itu , gunting yang di atas meja itu dicapainya pula . Isyarat mata diarahkan kepada Faliq lalu dengan segera Faliq mendekati mereka .
Rambut Caleb digenggam dan dicekam kuat . Terangkat kepala Caleb dibuatnya lalu dengan sepantas kilat lidah Caleb dipegang dan ditarik supaya terjelur keluar .
Ashrell pula mengambil tugas dengan membawa gunting itu ke arah lidah Caleb lalu , : Zapp ! Lidah Caleb dipotong menggunakan gunting .
Caleb meronta - ronta kesakitan . Badannya menggelumpur sambil bergerak kesana dan kesini , menahan sakit pada lidahnya .
“ Zzz...zzzss....ssst..” Caleb menggumam sesuatu yang langsung tidak difahami oleh Ashrell dan Faliq . Nampak air mata lelaki itu tumpah kerana kesakitan yang dialaminya .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__