E | BAB 13

65.2K 2.6K 127
                                    

Sepanjang perjalanan, Dheya hanya membuang pandangan ke luar tingkap kereta.

Tidak berani untuk bertentang mata dengan orang di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan mamat muka ketat 24 jam tu, Ashrell.

Lelaki itu tampak sibuk menaip sesuatu di dalam laptop yang terletak di atas ribanya. Sesekali kedengaran suara lelaki itu bercakap dengan seseorang di dalam telefon.

Sedang asyik dia mengelamun, tiba-tiba dia teringat tentang kejadian yang berlaku pada tengah hari tadi.

Flashback

Tok! Tok!

Dheya yang ketika itu sedang lena dibuai mimpi terus terbangun dari tidur apabila mendengar bunyi ketukan di pintu biliknya.

Dalam keadaan mamai, dia bingkas bangun dari katil dan berjalan menuju ke pintu bilik.

Sempat dia mencapai cardigan dan tudung sarung yang sudah sedia tersangkut di atas kerusi sebelum pintu dikuak.

Terpampang susuk tubuh Ashrell yang sedang berdiri dengan separuh badannya terdedah. Dheya yang melihat terus membulatkan matanya sambil menjerit kecil.

"Awak! Apa ni? Kenapa tak pakai baju?" soal Dheya cemas sambil tangannya laju naik menutup kedua belah mata. Arghh, tolong! Mata dia dah tak suci.

Ashrell yang melihat tindakan Dheya itu hanya mengukir senyuman senget.
Dia melihat ke bahagian dada bidangnya yang terdedah sebelum berdeham perlahan.

Beg kertas yang berada dalam pegangannya disua ke arah Dheya yang sudah seperti cacing kepanasan.
Comel!

"Suka hati aku lah nak pakai baju ke tak. Lagipun, aku memang selalu pakai macam ini bila duduk rumah. Dah tak payah nak tutup mata bagai. Bukannya aku bogel pun." jawab Ashrell dengan wajah yang mendatar.

Dheya menjatuhkan tangannya ke sisi badan. Wajah Ashrell direnung sebelum dijelingnya. Tajam. Beg kertas yang disua oleh Ashrell dirampas kasar.

"Aku nak kau pakai baju ni masa kita keluar nanti. Maybe dalam pukul 2 macam tu, kita gerak. Jangan lambat, kalau tak aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat rumah ni."

Dheya hanya menganggukkan kepalanya, tanda faham. Malas nak melayan perangai diktator Ashrell. Lagipun, dia tak kuat nak berdiri dekat-dekat dengan lelaki itu.

Bukan apa, dia takut nanti jantung dia terlompat keluar dari badan sebab kuat sangat berdegup.

End Flashback

"Dheya! Dheya! Awak dengar tak?"

Faliq cuba menyedarkan Dheya yang sedang mengelamun panjang itu. Daripada tadi lagi dia memanggil nama gadis itu, namun tiada sahutan.

Ricky dan Victor yang melihat hat saling berbalas pandangan sebelum menjongketkan bahu.

Pening mereka melihat karenah gadis bernama Dheya itu. Macam mana boleh berangan sampai macam tu sekali?

Ashrell yang sudah keluar dari kereta mengarahkan supaya Ricky, Victor dan Faliq masuk ke dalam rumah terlebih dahulu dan mereka bertiga hanya menurut.

Hilang sahaja kelibat anak-anak buahnya itu, dia terus bergerak merapati Dheya yang masih mengelamun itu. Timbul satu idea nakal untuk mengusik gadis itu.

Dia merapatkan badannya ke arah Dheya dan...

Cupp!

Satu ciuman singgah di pipi mulus Dheya. Terus tersedar Dheya dari lamunan dan memandang ke sebelahnya.

Matanya terkebil-kebil memandang ke arah Ashrell yang sedang tersenyum senget itu. Cuba memproses apa yang berlaku tadi.

Cupp!

Isteri Encik Mafia [C]Where stories live. Discover now