Tangan kecil milik Dheya erat memeluk jari jemari ayahnya yang sedang duduk menyandar di sebuah sofa di ruang tamu.
Pandangan sinis oleh orang sekeliling tidak dihiraukannya. Dia sudah biasa dipandang dengan pandangan yang sebegitu.
Puan Latifah yang sedari tadi hanya memerhati mula bersuara. Wajah sembap Dheya dijelingnya sekilas.
"Amirul, akak tak kira. Akak nak kamu hantar Dheya ni ke rumah anak yatim. Akak tak nak kamu bela budak bawak malang ni. Cukuplah Alia mati sebab budak ni. "
"Sudah-sudah lah kak. Tak payah nak kaitkan kematian Alia dengan Dheya. Budak ni tak ada kena mengena." jawab Encik Amirul sambil merenung tajam wajah kakak iparnya itu.
"Mirul tak akan abaikan Dheya. Dia satu-satunya kenangan Mirul dengan arwah. Kalau akak tak suka, Mirul tak paksa. Lagipun, Mirul mampu jaga Dheya." sambung Encik Amirul lagi. Nadanya juga berubah tegang.
Rambut hitam Dheya dia usap lembut, menyalurkan sejuta kasih sayang yang tidak terhitung. Dia tidak mahu berpisah dengan Dheya. Hanya Dheya yang dia ada sekarang ni.
"Suka hati kamu lah, Mirul. Akak dah cakap apa yang akak rasa betul. Kalau kamu dah sayang sangat dengan budak malang ni, kamu bawak dia keluar dari rumah akak. Akak tak nak jaga dia dan takkan terima dia sampai bila-bila."
Usai berkata begitu, Puan Latifah bingkas bangun dari kerusi dan berlalu masuk ke dalam bilik. Encik Amirul hanya mampu memejamkan mata sambil beristighfar di dalam hati.
"Ayah, Dheya lapar. Dheya nak makan." adu Dheya sambil memeluk manja bahu Encik Amirul. Encik Amirul hanya tersenyum nipis. Pipi tembam Dheya diusap dan dicium lembut.
"Jom, kita pergi makan dekat kedai yang Dheya suka sangat tu. Lepastu kita pergi beli aiskrim. Okay?"
"Yeay! Ayah janji tau bawak Dheya makan aiskrim." Dheya menjerit teruja sambil mengangukkan kepala berkali-kali. Jari kelingking disua dan disambut oleh Encik Amirul.
"Ayah janji sayang."
Kenangan manis yang tiba-tiba terimbas di mindanya itu membuatkan Dheya mengukir senyuman lebar. Dia rindu dengan semua kenangan manis dia bersama Encik Amirul.
Kenangan di mana setiap malam, sebelum dia tidur, ayah selalu bercerita tentang arwah ibu dan mengingatkan dia bahawa kematian arwah ibu bukan berpunca daripada dia.
Bertahun dia cuba kuatkan diri untuk lupa tentang kisah pahit itu. Dan sekarang ni, dia dituduh sebagai perampas pulak.
Hati siapa je yang tak sakit? Dia tahu dia cuma menumpang sahaja di sini. Orang luar. Tapi, dia juga ada hati dengan perasaan.
Dheya yang sedang ralit menangis itu tersentak kecil apabila pintu biliknya diketuk dari arah luar. Cepat-cepat dia menyeka air mata dan membasuh sedikit muka rambut sebelum berjalan untuk membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu dikuak, terpampang wajah tenang Cik Gayah yang sedang menatang dulang berisi makanan dan minuman buatnya.
"Kenapa Cik Gayah bawak makanan naik dekat atas? Susahkan Cik Gayah je. Dheya baru nak turun makan sama-sama." ujar Dheya lembut.
Dheya ambil dulang ditangan Cik Gayah lalu diletakkan di atas meja. Cik Gayah hanya tersenyum nipis sebelum menarik tangan Dheya untuk melabuhkan duduk di birai katil.
Jari jemari Dheya diusap lembut sebelum di sulam bersama jemarinya. Air mata yang masih tersisa di tubir mata Dheya diseka lembut.
"Dheya tak pernah susahkan Cik Gayah. Cik Gayah buat semua ni sebab Cik Gayah dah anggap Dheya macam anak Cik Gayah sendiri. Dah, tak payah fikir pasal Helena tu lagi. Perangai dia memang macam tu sebab tu Rell tak suka dia." pujuk Cik Gayah lembut.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__