Faliq menolak troli mengikut langkah Dheya yang sedang asyik memilih barang. Lincah Dheya bergerak dari satu lorong ke satu lorong sampaikan kadang-kadang dia terlepas pandang dengan gadis itu.
Tergelak kecil Faliq bila teringat balik permintaan Dheya yang beria-beria mengajaknya ke pasaraya. Dia ingat Dheya nak beli barang ke apa, rupa-rupanya nak beli bahan untuk memasak. Katanya, dia nak menjamu mereka semua dengan masakannya.
"Liq, boleh tolong Dheya tak? Tolong ambilkan sotong. Dheya ingat nak buat sotong celup tepung." pinta Dheya meminta Faliq menolongnya.
Faliq menganggukkan kepala sebelum mengambil plastik untuk mengisi sotong. Dheya menolak pula troli ke lorong yang lain. Faliq dibelakang hanya mengikut.
Sesekali ada juga dia melirik nakal kearah beberapa orang gadis di situ.
Dheya menampar lembut bahu Faliq sambil menggelengkan kepalanya. Sempat lagi tu!"Amboi! Jual minyak nampak!" seloroh Dheya mengusik. Faliq tersengeh malu sebelum menggantikan diri menolak troli.
Sebelum pulang, mereka singgah sebentar di kedai makan di tepi jalan untuk menjamu selera. Dheya hanya menurut. Lagipun, mereka berdua belum sarapan lagi.
"Faliq, saya nak tanya boleh?" soal Dheya sambil memandang kearah Faliq. Mereka sekarang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Faliq yang sedang memandu menganggukkan kepalanya.
"Awak rasa Ashrell suka tak saya tinggal dengan dia? Bukan apa, saya rasa dia macam benci dekat saya je. Kadang-kadang dia layan saya baik. kadang-kadang tak." cerita Dheya.
"Ashrell memang perangai macam tu. Tapi, dia tu baik sebenarnya. Kalau dia tak suka dekat awak, takkan dia suruh awak tinggal dekat rumah dia. Betul tak?" jawab Faliq tenang.
Dheya tersenyum mengangguk. Ada betul juga kata-kata Faliq. Mungkin dia salah menilai layanan lelaki itu pada dia. Bila difikirkan balik, Ashrell bukannya jahat cuma kelakuan lelaki itu sahaja yang dingin.
Sejam berada diatas jalan raya, kereta pancuan empat roda milik Faliq akhirnya sampai di rumah. Mereka berdua berjalan keluar daripada perut kereta dan berlalu masuk ke dalam rumah.
Faliq membawa barang-barang yang dibeli ke dapur. Faliq membawa badan ke sofa dan merebahkan badannya di situ manakala Dheya berlalu naik ke atas untuk membersihkan diri.
Cik Gayah yang sedang menyapu sampah di halaman rumah menjenguk sebentar ke dalam sebelum kembali menyambung menyapu. Senang dia melihat layanan Ashrell dan Faliq kepada gadis muda itu.
"Liq, kamu pergi naik atas bersihkan diri dulu. Hilangkan bau hanyir ikan semua tu." laung Cik Gayah dari luar rumah. Faliq yang baru ingin melelapkan mata di atas sofa mendecit halus.
'"Cik Gayah ni macam tahu-tahu je aku nak tidur." gumam Faliq seorang diri.
"Faliq Aryan! Cik Gayah dengar apa yang kamu cakap. Baik kamu pergi naik atas. Kalau tak, siap kamu Cik Gayah pukul dengan batang penyapu." jerit Cik Gayah sekali lagi.
Faliq tarik sengih. "Yelah! Liq naik atas pergi mandi." balas Faliq sebelum berlalu naik ke bilik.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__