Rumah Banglo untuk dijual!
Dibacanya satu persatu patah perkataan yang elok tertulis di papan iklan yang tergantung di pagar rumah mewahnya.
Selepas sahaja dia dipecat dan dihalau keluar dari syarikat, rumah banglonya tiba-tiba diserbu oleh beberapa orang lelaki.
Dia diarahkan untuk keluar daripada rumah itu hari itu juga. Dato' Rashid mendengus geram. Habis semua kekayaan yang dimiliki hilang dalam sekelip mata. Rumah, kereta, duit dan pangkat.
Semuanya habis lesap. Anak dan isterinya juga sudah lari tinggalkan dia sebab tidak mahu hidup susah selepas dia jatuh muflis.
Telefon yang tersimpan di dalam kocek seluar diambil. Nombor telefon Aidan didail dengan segera.
"Hello, Aidan. Aku ni Rashid.
Aku nak jumpa kau sekejap dekat kafe yang selalu kita jumpa."Belum sempat Aidan menjawab, Dato' Rashid terus mematikan panggilan. Dia berjalan masuk ke dalam teksi yang sudah sedia menunggu dia di depan rumah.
Caleb yang baru selesai mandi terus menapak ke almari pakaiannya. T-shirt putih dan seluar jean berwarna hitam diambil dan dipakai sebelum menyarung jacket hitam di badannya.
Kunci kereta Audi TT miliknya dicapai dan dia segera berlalu turun ke bawah tingkat bawah. Di pertengahan jalan, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.
Seseorang yang ada pertalian darah dengan dia.
"Kau nak ke mana?" soal Chris.
Caleb tidak membalas malah dengan selamba berjalan menuju ke pintu rumah. Dia langsung tidak menghiraukan soalan yang ditanya oleh abangnya itu.
"Caleb, aku tanya kau ni. Jawablah. Apahal kau buat bodoh je bila aku tanya?" soal Chris lagi. Matanya mencerlung tajam ke arah Caleb.
Caleb menundukkan kepala sebelum dengan perlahan memusingkan badannya menghadap ke arah Chris.
"Aidan nak keluar. Na... nak jumpa kawan Aidan. Ai... Aidan pergi dulu. Aidan dah siapkan makan malam A... bang. " tergagap-gagap Caleb menjawab.
Chris menghembus nafas berat. Dia tidak mahu menggunakan kekerasan terhadap adiknya itu. Dia tahu Caleb, anak istimewa.
Kelakuan dan pemikiran Caleb seperti kanak-kanak kerana itu dia sangat tegas dengan Caleb. Tapi, dia tahu Caleb juga bijak orangnya.
Bukannya dia tidak tahu yang Caleb bekerja di sebuah syarikat ternama. Sedangkan, dia sepatutnya bekerja di Astana Holdings, syarikat Chris sendiri. Tapi, budak itu lebih memilih untuk bekerja di syarikat lain.
Dia kata,
"Aidan tak nak kerja dekat Astana Holdings. Aidan tak nak makan duit haram."
Huh! Selama ini, dia besarkan adik dia tu pun guna duit daripada situ. Cakap suci konon!
Tak cukup dengan itu, Caleb juga tidak mahu mengikut jejak langkahnya sebagai seorang gangster yang dikenali dengan nama kumpulannya Black Xander.
Ya, Black Xander. Nama kumpulan yang sering menimbulkan kekecohan dan masalah jenayah yang tidak dapat dijangka oleh pihak polis .
Lagipun, dia bukan bodoh untuk melakukan sesuatu jenayah tanpa memikirkan tentang risiko yang dia dapat nanti. Tak pasal-pasal jenayahnya akan terbongkar disebabkan sikap lembab adiknya itu.
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__