Pintu besi yang tertutup rapat itu dibuka dari luar oleh seseorang yang sudah tidak asing lagi buat Dheya . Siapa lagi kalau bukan Helena .
Perempuan itu menapak masuk sambil bibir tersungging senyuman sinis . Beberapa orang lelaki turut mengekori perempuan itu dari belakang .
Dheya memandang dengan hujung mata . Dijeling sekilas batang tubuh itu yang lengkap berpakaian serba hitam . Satu dengusan kasar terpancul keluar .
Entah apa pula yang akan mereka lakukan untuk menyeksanya . Dheya sudah berserah dan membiarkan mereka menyakiti dirinya .
Dia sudah tiada daya dan kekuatan untuk melawan . Jika dia cuba untuk melawan sekalipun , pasti dia akan diseksa dan dipukul lebih teruk daripada itu .
“ Ilmu apa kau pakah hah ? Liat sangat nak mampus . ” omel Helena geram seraya menekan sedikit perut buncit Dheya dengan tapak kasutnya .
Dheya merintih kesakitan . Ditepis - tepisnya kaki Helena yang sedang mendarat di perutnya itu dengan kuat . Helena beriak selamba .
Melihat wajah berkerut Dheya yang menahan kesakitan , Helena melarikan kakinya dari perut Dheya dan menolak badan itu ke lantai .
Dheya terbaring lesu . Perutnya terasa sangat senak dan berdenyut - denyut akibat daripada tekanan yang dibuat oleh Helena .
“ Lembik ! Korang semua akan perempuan ni masuk dalam bilik bawah . Kita selesai perempuan ni hari ini jugak . ” arah Helena kepada anak buah Caleb itu .
Lelaki - lelaki itu hanya mengangguk dan berlalu mendapatkan tubuh lemah Dheya di atas lantai lalu membawa wanita itu ke ruang bawah tanah .
Dheya hanya menurut . Dia sudah berada di tahap nyawa - nyawa ikan dan sekarang dia hanya mampu berdoa agar Allah menyelamatkan dirinya dan juga bayi di dalam perutnya .
Sesampainya di bilik bawah , badan lesu Dheya dibaringkan di atas sebuah meja yang berbentuk segi empat tepat . Meja berukuran besar itu terletak di tengah - tengah bilik .
Ruang di dalam bilik itu juga turut kelam dan hanya ada cahaya yang berbekalkan daripada lampu kalimantang .
Dheya meneguk liur apabila terpandangkan almari bersaiz besar yang diisi dengan pelbagai jenis benda tajam dan juga senjata .
Dan yang membuatkan Dheya meronta ketakutan apabila tangan dan kakinya diikat di setiap penjuru meja .
Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada dirinya . Dheya cuba meronta walaupun susah untuk bergerak .
Air mata tidak henti - henti mengalir apabila mengenangkan nasib yang akan menimpanya sebentar lagi . Dia takut .
“ Korang semua nak buat apa hah ? Lepaskan aku ! Lepaskan aku ! ” jerit Dheya kuat seraya merenung satu persatu wajah yang berada di dalam bilik itu .
Helena yang berada di situ hanya memekakkan telinga dan membiarkan jeritan Dheya memecah kesunyian di dalam bilik itu .
Tidak lama selepas itu , batang tubuh Caleb dan Edward menyapa pandangan mereka di muka pintu . Dheya menoleh .
“ Edward ? Apa semua ni . Kenapa awak buat saya macam ni ? ” soal Dheya kasar sambil melihat wajah Edward yang berdiri memeluk tubuh bersebelahan dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali itu .
Dia tidak menyangka yang Edward boleh terlibat dalam rancangan jahat Helena bersama lelaki itu . Sedangkan Edward banyak menolongnya .
Edward merenung sekilas wajah Dheya sebelum perlahan - lahan bibirnya menguntum senyuman sinis .
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__