" Aku--Syed Ashrell Lee cer..."
Tanpa berkata apa - apa , Dheya terus menyembangkan wajah sembabnya di dada suaminya . Tangan naik memeluk badan tegap suaminya .
" Ja... Jangan... "
Dheya mengetatkan lagi pelukan di badan suaminya . Dia tidak kisah dengan apa yang berlaku antara dia dan Ashrell .
Yang penting dia tidak mahu mendengar lafaz itu . Dia tidak mahu ! Dia masih cintakan suaminya .
Hanya suaminya dapat membahagiakan hidupnya ! Hanya lelaki bernama Syed Ashrell Carlos Lee .
Baru sahaja Dheya mahu menyambung percakapannya , tiba - tiba sahaja dia diserang sakit kepala dan selang beberapa saat penglihatannya mulai gelap .
Ashrell terkejut . Tubuh kaku Dheya didukung . Pipi Dheya ditepuk manja .
“ Suha ! Suha ! Bangun . Kau kenapa ? ” soal Ashrell sambil menggoncang bahu Dheya .
Pergelangan tangan Dheya dicari dan disentuh . Dia ingin memeriksa denyutan nadi isterinya .
“ Liq , kau call Tiara sekarang . Nadi Dheya lemah . ” arah Ashrell cemas sebelum mendukung badan kaku Dheya ke bilik .
Faliq pula dengan segera mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor telefon doktor peribadi keluarga mereka .
♣ ️♣️ ♣️
Sinar cahaya yang mencucuk mata membuatkan Dheya dengan perlahan membuka matanya .
Mata dikedip beberapa kali , menyesuaikan mata dengan sinaran Matahari yang memancar disebalik langsir .
Kepala ditoleh ke sebelah . Senyuman yang baru sahaja mahu terukir di bibir mati apabila teringat kembali kejadian yang berlaku semalam .
Kejadian di mana membuatkan hidupnya menjadi sengsara dan terluka dek kesilapan dirinya sendiri .
Salah dia ! Salah dia kerana tidak mahu mendengar penjelasan Ashrell tentang kerjaya keduanya itu .
Dan sekarang semuanya hanya tinggal kenangan . Nasi sudah menjadi bubur . Tiada guna dia menyesal sekalipun .
Mahligainya sudah musnah bersama Ashrell . Buktinya , lelaki itu tiada di sampingnya di saat , dia memerlukan lelaki itu . Mungkin Ashrell sudah lari meninggalkannya .
Pintu ditolak daripada luar . Terpampang wajah seorang perempuan yang tersenyum manis kearahnya .
Dheya mengangkat wajah sambil menyapu air mata yang mengalir membasahi pipinya . Senyuman pahit terukir di bibir .
“ Puan dah bangun ? Alhamdulilah . Lega saya . Semalaman Puan pengsan tak sedarkan diri . How you feel ? ” soal Tiara lembut .
Dulang yang berisi semangkuk bubur dan segelas air suam diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil .
Teleskop yang tersangkut di leher diambil dan dipakai . Degupan jantung dan denyutan nadi Dheya diperiksa .
“ Good . Kesihatan Puan Dheya dah stabil . Puan Dheya kena banyakkan berehat . Kesian dekat baby dalam perut kalau Puan tak jaga kesihatan Puan . ” ujar Tiara sambil mengusap lembut bahu Dheya .
Dheya terkedu . Wajah ditoleh dan mata doktor yang menjaganya direnung dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir .
“ Ba-baby ? ”
YOU ARE READING
Isteri Encik Mafia [C]
Romance"She is my weakness and my beautiful little secret." Syed Ashrell Lee | Dheya Nasuha ⚠️ Dalam proses edit balik ⚠️ Ayat tunggang langgang ALL RIGHT RESERVED BY @Nuristina__