Bab 1

20.8K 480 23
                                    

Laut biru yang terbentang luas pasti mendamaikan jiwa mereka yang sedang dilanda masalah.
Deruan ombak menghempas pantai dan desiran angin menyempurnakan lagi suasana yang nyata tenang dan damai itu.

Kelihatan seorang gadis yang sedang memeluk tubuh duduk  dibawah pohon pokok yang rendang.
Mungkin menahan rasa sejuk udara pagi yang masih dingin.
Tudungnya juga kelihatan beralun-alun mengikut rentak angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Mata gadis itu memandang tepat kearah laut, mungkin sedang menikmati suasana yang begitu mendamaikan ini.

NUR.

Itu namanya.

Seorang gadis biasa.
Anak yatim piatu yang berusaha keras dalam hidupnya.
Dibesarkan di Rumah Anak-anak Yatim Qaseh Umi sejak berumur 7 tahun.
Nur menjadi penghuni tetap disitu sehingga umurnya mencecah 18 tahun.
Kehilangan semua ahli keluarganya dalam sekelip mata membuatkan Nur menjadi yatim piatu diusia yang sangat muda.

Dia, jika dilihat dari mata kasar adalah seorang yang sentiasa mengalah tapi bukan bermakna dia lemah atau kalah.
Dia yang sentiasa tersenyum bukan bermakna hidupnya seindah senyumannya.
Dia gadis yang kuat.
Yang berjuang untuk meneruskan hidupnya di dunia yang penuh pancaroba ini.

Nur gadis polos.











"Nur!"

"Nur...!"

Laungan seseorang dari jauh yang memanggil namanya menyentakkan Nur yang asyik mengelamun sejak tadi. Kerana jeritan itu bahunya terhinjut sedikit. Dengan pantas dia menoleh ke arah suara yang memanggil namanya itu.

"Nur. Sorry, I'm late." Gadis yang memekik kuat memanggil namanya sebentar tadi menegur Nur yang hanya memandangnya sambil tersenyum itu.

"Kau memang... selalu lambat." Balas Nur bersahaja.

"Yeah, I know. But I tak sengaja okay. Sorry la..." Balas gadis itu tersengih-sengih. Arin namanya.

"Sorry naik lorry lah!" Sinis jawapan Nur. Sengaja hendak mengenakan sahabat baiknya itu.

"Eh kau ni... aku betul-betul tak sengaja lah. Jalan sesak kau tahu tak?" Ujar Arin menjelingnya sekilas. Tangannya mengibas-ngibas muka, panas.

"Hahaa okey babe, aku tahu lah jalan sesak kan? So, maaf kau diterima." Ujar Nur kembali bila wajah Arin terlihat masam mencuka. Tertawa kecil dia melihat wajah gadis itu.

"Ishh... kau ni asyik kenakan aku je, aku nangis kang. Penat tau hadap jammed." Jawab Arin. Bibirnya sengaja dimuncungkan.

Nur sekadar tersenyum memandang gelagat sahabatnya itu. Arin masih tak henti-henti mengibas wajahnya. Kelihatan manik-manik peluh muncul di dahinya.

"Kau la ni mimpi apa lah ajak aku dating kat tepi pantai ni? Jauh tau tak? Penat aku drive." Kata Arin sebal.

"Saja."

"Saja?" Arin sudah mula mengerutkan dahinya. Jawapan Nur terlalu ringkas dan tidak kukuh.

Nur sengih. Wajahnya masih selamba.

"Ah! Whateverlah. Malas aku nak tahu." Arin membalas lagi. Dibiarkan soalannya tidak dijawab oleh Nur.

"Eh, kau marah ke?"

"Tak marah pun, pelik je. Kau kenapa ajak aku datang sini?"

"Emm.. saja nak datang sini. Dah lama kan kita tak lepak kat sini?"

Senyuman manis terus terukir dibibir Arin.

"Hehee.. tempat lepak kita dulu ni." Arin menjawab. Tak ada perubahan besar berlaku pada tempat itu. Hanya gerai-gerai kecil yang sudah mula menghiasi di tepi-tepi jalan.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now