Bab 8

6.6K 374 27
                                    

Kyle melangkah laju menuju masuk ke dalam hotel miliknya. Tuxedo yang tersarung di tubuhnya dikemaskan. Pandangan dingin dipamerkan, mata helangnya memandang tepat ke depan.
Semua pekerja yang melewatinya berhenti dan menunduk hormat. Tak kurang juga ada seorang dua pekerja wanita yang mengambil peluang merenung wajah kacaknya.

Setibanya di lobi hotel, kaki diatur tak terlalu perlahan dan tak juga terlalu laju melangkah masuk ke dalam lif. Diiringi beberapa orang pengawal peribadi di belakangnya. Pandangan tetamu hotel dan para pekerja yang memandangnya tak berkelip tidak dihiraukan. Auranya sudah semestinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya ketika itu.

Kyle Andry pewaris Lestary's Hotel. Anak sulung Datuk Sri Kamil siapa tak kenal dia ? Perempuan mana tak terpikat bila melihat dirinya buat pertama kali pasti jatuh cinta pandang pertama.

Tiba di aras 50 Kyle pantas keluar dari lif. Dia meneruskan langkah tanpa diiringi pengawal peribadinya lalau berhenti dimeja kerja Linda. Dengan selamba ditepuknya meja Linda dengan telapak tangannya.

Pap!

"Come to my room, now."

Linda yang ralit mengadap komputer riba pantas bangun berdiri tegak. Terkejut. Tak sedar majikannya sudah nuncul. Kepalanya mengangguk laju.
Cepat-cepat dia mengikuti langkah Kyle daripada belakang.

"Cancel semua appoinment I hari ni. Tak ada appointment yang penting kan hari ni? Kalau ada suruh Encik Fuad yang uruskan meeting dengan client." Ujar Kyle menitip pesan.

"Sekejap saya cek jadual." Linda membalas hormat. Dia meneliti paparan pada skrin tablet yang dipegangnya.

"Hari ni Tuan ada meeting dengan Encik Ramli je, pembekal terbesar bahan mentah untuk hotel kita. Tak apa, saya akan inform Encik Fuad untuk handle meeting tersebut." Ujarnya tersenyum.

Kyle mengangguk.

"Ada apa-apa lagi ke Tuan?" Soal Linda.

"No. You can go now."

Linda jatuhkan kepala. Badannya ditundukkan sedikit tanda hormat. Belum sempat dia menutup pintu tiba-tiba Kyle memanggil dia lagi.

"Wait, Linda. I want to ask you something. Siapa nama pekerja yang bersihkan bilik I hari tu?"

"Oh yang tu, nama dia Nur, tuan." Jawab Linda tanpa mengesyaki apa-apa.

"So dia bekerja dibawah Mrs Helen?"

"Ya tuan."

"Dah lama ke dia kerja kat sini?" Kyle bertanya lagi.

"Baru je tuan. Kenapa ya?" Soal Linda sedikit hairan.

"Nothing. Suruh dia bersihkan suite room I hari ni. Malam ni I nak menginap di hotel."

"Bilik ni pun suruh dia bersihkan juga, saya tak suka habuk. Inform her. Now." Arah Kyle lagi.

"Baik tuan, saya akan segera inform pada Nur." Jawab Linda lalu terus meminta izin keluar.

Kyle pula sudah ukir senyum sinis.

"Nur..." gumamnya perlahan menyebut nama Nur.





**********





Nur meramas-ramas jari-jemarinya kasar. Baru sebentar tadi Helen memberitahu bahawa dia harus naik lagi ke aras 50. Kemaskan bilik suite dan ofis Tuan Kyle. Jantung Nur berdegup laju. Perasaan takut mula hadir.

"Hey Nur! What are you doing here?! cepat buat kerja! Mengelamun je eh kerja kau. Cepat lah buat kerja!" Arah Suzana tiba-tiba. Dia adalah pekerja senior di sini. Perempuan yang membawa Nur berjumpa dengan Mrs Helen semasa hari temuduganya tempoh hari. Mulutnya boleh tahan pedas. Asyik mengarah orang sahaja.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now