Bab 62

10.3K 325 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Selesai mengazankan anak kembarnya. Kyle mencium pipi anak-anaknya silih berganti. Merengek sedikit si adik. Si abang dari tadi masih terlena dan kadang kala menggeliat kecil. Sujud syukur pada Allah kerana mengurniakan anak-anak yang comel dan sihat walaupun anak-anaknya dilahirkan tidak cukup bulan. Walaupun begitu anak-anaknya masih di bawah pemerhatian doktor.

"Comelnya cucu-cucu nenek.." Datin Rebecca memuji perlahan. Pipi cucu kembarnya dikucup.

Kyle tersenyum lebar melihat gelagat wanita itu. Datin Rebecca tak henti-henti memuji anak kembarnya. Sekejap-sekejap di ciumnya. Bahagia dia rasa tapi pasti lebih bahagia jika Nur ada bersama. Wajah Kyle mula mengeruh. Nur masih belum sedar lagi.

"Kyle nak namakan apa anak-anak Kyle ni ?" Tanya Datin Rebecca sambil membelai lembut kepala cucu-cucunya. Tak menang tangan rasanya bila dapat dua orang cucu serentak.

"Tak tahu mummy, Kyle nak tunggu Nur sedar and sembuh dulu." Jawab Kyle perlahan. Wajah anak-anaknya dipandang sayu.

Datin Rebecca mengangguk tanda mengerti.

"Biar I je yang letak nama anak-anak you." Ujar Clara mencelah. Dia tersengih.

"Rosak akhlak anak-anak saudara aku kalau kau yang letakkan nama." Bidas Khyril sinis. Sengaja nak mencari gaduh.

Clara mencebik. Menyampah dengan Khyril. Dibiarkan saja Khyril menyindirnya. Dia lebih menumpukan perhatian kepada si kembar itu. Tangan si kecil yang sedang nyenyak tidur itu di usap, lembut betul kulit baby. Suka betul dia kulit begitu. Clara betul-betul teruja. Asyik ditilik jari-jemari si kecil berdua itu.

Tergelak Kyle dengan jawapan adik lelakinya. Tak pernah kalau tak menyindir Clara. Bukan benci tapi sengaja suka menyakat.

Kyle mengerling ke arah adiknya Kayla. Dari tadi diam sahaja. Hanya matanya memerhati Datin Rebecca.

"Adik abang ni kenapa diam je ?" Soal Kyle yang perasan wajah tegang adiknya. Sebelum ni asyik cakap tak sabar nak tengok anak buah, sekarang dah ada depan mata diam pula.

Kayla menjeling sekilas.

Terangkat kening Kyle. Dah kenapa ?

"Adik you jealous. Takut mummy lebih manjakan anak-anak you dari dia." Jawab Clara tersengih.

Kayla menjegil matanya. Marah. Pecah rahsia.

"Dah besar dah tak payah nak manja lagi, kalau nak manja jugak pergi nikah, manja dengan suami kamu." Ujar Datin Rebecca sekadar bergurau.

Tergelak anak-anaknya yang lain. Hanya Kayla sahaja yang masam mencuka.

"Mummy ni..."

"Betul lah cakap mummy tu, adik tu dah besar, tak payah nak manja-manja lagi. Malu la sikit dekat anak-anak saudara ni. Manja lebih dari diorang." Ujar Kyle seloroh. Bahu adiknya dipeluk. Memang Kayla anak yang manja. Dari kecil dengan dia lah tempat bermanja. Dengan Khyril? Jangan harap.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now