Bab 39

7.5K 279 5
                                    

Tubuh seseorang yang memakai hoodie hitam berdiri disebalik pokok besar yang berhampiran dengan rumah mewah itu. Matanya mencerlung tajam melihat seorang gadis yang sedang berdiri santai di balkoni. Kemudian seorang lelaki pula menghampiri gadis itu. Bahu gadis itu dipeluknya.

Dia pantas merengus geram bila melihat adegan mesra suami isteri itu. Walaupun tiada gelak tawa yang kedengaran, tapi melalui riak wajah pasangan itu, dia pasti mereka sedang bahagia. Dan dia akan pastikan juga bahagia itu berakhir. Dendam harus dilunaskan!

Kelibat pasangan itu diperhati sehingga tiada lagi di balkoni itu. Dia masih setia berdiri disebalik pokok itu lagi. Kemudian, sebuah kereta mewah keluar dari kawasan rumah tersebut. Dia pasti itu pasangan tadi. Sudah lama dia memerhatikan salah seorang daripada penghuni dirumah itu.

"Nur Airis.." gumamnya berserta senyuman misteri.

Sebaik saja kereta itu melewatinya segera dia bersembunyi. Makin menjauh kereta itu pergi dia terus menuju ke keretanya pula. Arah kereta mewah itu pergi diikutinya.













***********












Nur berjalan beriringan dengan Kyle, lelaki itu langsung tak melepaskan tangannya. Sekarang mereka di pasaraya, mahu membeli barangan basah. Selesai makan malam di restoran berdekatan, Kyle terus membawanya ke pasaraya ini.

Tiba di pintu masuk pasaraya besar itu, selamba saja lelaki itu menolak troli dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangannya memegang erat lengan Nur. Sesekali tangannya dilabuhkan dibahu isterinya.

"Awak." Nur berhenti melangkah. Kepala didongak ke atas, mencari wajah si suami.

"Why ?"

"Tak payah la pegang-pegang. Orang tengok tu, malu lah." Ujar Nur perlahan. Dari tadi lagi dia perasan.

"Biarlah. Diorang ada mata, diorang tengok lah." Balas Kyle selamba. Bibirnya melakar senyuman. Dia juga perasan akan hal itu, tapi sengaja dia buat tak tahu sahaja. Tak ada untung kalau ambil tahu sekalipun.

Nur mencebik bibirnya. Geram dengan balasan lelaki itu.

"Lepaslah, saya nak pilih barang pun susah ni. Awak tu asyik pegang saya je." Nur cuba mencipta alasan dan nampaknya lelaki itu percaya. Tangan yang memegang lengannya dilepaskan.

"Pegang sikit pun tak boleh." Gumam Kyle. Dia terus melangkah ke rak yang menempatkan biskut. Beberapa tin biskut dicapai lalu diletakkan ke dalam troli.

Nur mahu tergelak saja melihat kelakuan lelaki itu. Macam budak-budak je. Dia mengambil alih menolak troli itu. Nampak Kyle seperti sudah biasa dengan semua ini. Tak kekok lelaki itu memilih barang dapur.

Nur tiba di rak yang menempatkan makanan segera. Apa lagi, pasti mee segera lah yang dia sambar. Belum sempat dia memasukkan tiga bungkus mee segera ke dalam troli itu, Kyle sudah menahannya.

"Tak bagus makan benda ni." Ujar Kyle, bungkusan mee segera itu diambil dari tangan Nur lalu diletakkan semula ditempat asalnya.

Nur berdecit. Dicapai semula tiga bungkus mee segera itu lalu diletakkan ke dalam troli. Dia melangkah pula ke bahagian keropok-keropok. Rambang mata Nur melihatnya. Beberapa bungkus keropok dicapainya.

Kyle mengerutkan dahinya. Bila Nur sudah melangkah ke arah lain, dia meletakkan kembali mee segera itu ditempat asalnya.

Sampai saja di troli, Nur lihat mee segeranya tiada sebungkus pun yang tinggal. Dia merengus geram. Beberapa bungkus keropok dicampak kasar ke dalam troli. Tangannya mencapai semula mee segera itu.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now