Bab 18

6.5K 295 9
                                    

Flashback 4 tahun lalu...








Nur menyusun kotak-kotak yang bersepah didalam stor. Semua kotak itu diasingkan mengikut saiznya. Selesai sahaja kerjanya, Nur keluar dari stor dan mengambil beg sandangnya yang disimpan di atas rak di luar bilik stor tersebut. Dia sudah bersedia untuk pulang ke rumahnya memandangkan semua kerjanya sudah pun diselesaikan tadi.

"Dah nak balik ke Nur ?" Tegur seseorang.

Nur pantas berpaling. Dia tersenyum nipis.

"Ha'ah. Nak balik dah. Kerja Nur dah selesai."

Mazlan angguk kepala. Matanya memandang tajam gadis belasan tahun itu. Diperhati atas bawah tubuh kecil gadis itu. Senyum sinisnya terukir tiba-tiba. Geram dia dengan tubuh Nur. Walaupun Nur memakai pakaian yang longgar dan bertudung litup tapi Mazlan masih dapat membayangkan tubuh badan Nur yang kecil molek itu.

"Mari abang hantarkan Nur pulang. Dah lewat ni." Pinta Mazlan ramah.

Nur agak ragu-ragu dengan ajakan Mazlan, anak taukey kedainya. Dipandang jam tangan di pergelangan tangannya. Sudah jam 11.00 malam.

"Takpe lah encik, saya balik sendiri je." Ujar Nur sopan.

Laju dia melangkah keluar dari kedai buku itu. Mazlan berdecit. Tak boleh jadi. Walau apa pun dia harus menghantar Nur pulang juga malam ini.

"Kan abang dah cakap abang nak hantar Nur. Bahaya ni Nur, risau abang kalau apa-apa terjadi pada Nur." Mazlan tayang riak wajahnya yang begitu risau. Dengan harapan Nur akan percaya.

Nur pandang sekeliling. Gelap. Memang agak sunyi ketika ini. Hatinya juga mula rasa tak enak.

"Em, baiklah encik." Balas Nur yang masih ragu-ragu.

Mazlan tersenyum kemenangan. Sudah terbayang di fikiran jahatnya apa yang bakal berlaku sebentar lagi. Nur memang gadis naif. Senang sahaja dia memasang umpan. Sengaja dia menyuruh gadis itu mengemas stor tadi. Dia tahu Nur akan patuh arahannya.

"Kan abang dah cakap panggil abang je. Tak perlu ber-encik-encik." Ujar Mazlan lembut.

Nur angguk sahaja. Dalam hatinya mula mengutuk lelaki itu. Sudah acap kali lelaki itu menyuruh dia memanggilnya 'abang'.

"Nur tunggu sini abang tutup kedai dulu ya."

Nur mengangguk lagi. Salakan anjing yang kedengaran membuatkan dia berasa agak berdebar-debar pula. Jam tangannya direnung lagi, 11.10 malam. Nur mengeluh risau. Tak pernah dia pulang lewat sebegini. Walaupun dia tinggal seorang diri tapi dia amat menjaga kelakuannya.

"Jom Nur." Ujar Mazlan ramah. Dia berjalan dahulu diikuti Nur daripada belakang.














*************










Arin berkali-kali cuba mendail nombor Nur tapi hampa semuanya masuk ke peti suara.

"Dapat tak Rin ?" Tanya Zafril. Daripada tadi adiknya mundar mandir sahaja sambil memegang telefon pintarnya.

"Tak dapat la along. Asal Nur ni..off handphone ke apa." Arin mendengus geram. Telefon pintarnya dicampak ke atas sofa.

"Tak kan dah tidur kot masa ni. Esok kan Nur cuti." Omel Arin sebal.

"Esok je lah kita pergi rumah Nur ambil barang Rin tu. Mungkin Nur dah tidur waktu ni." Zafril cuba memujuk adiknya.

"Tak boleh la Along, esok pagi kan kita nak bertolak awal mana sempat nak pergi rumah Nur."

"Itu lah cuai sangat. Benda penting pun senang-senang je tinggal macam tu." Balas Zafril. Pening kepala melihat perangai adiknya. Sekejap bangun, sekejap duduk.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now