Bab 44

8.8K 271 9
                                    

Datin Rebecca tersenyum bila mengingati perbualan di dapur pagi kelmarin bersama Kyle dan Nur. Saja mahu menguji Nur dengan bertanya soalan 'panas' sebegitu. Bukan dia tak nampak kesan merah-merah di leher Nur. Pandai Kyle. Eh!

"Daddy pergi Singapore berapa hari mummy ?" Soal Kyle tiba-tiba.

"Dua minggu kot. Entahlah, kalau cepat siap kerja dia kat sana cepat la daddy kamu tu balik."

"Ooo.. So mummy stay sini sampai daddy balik ke ?"

"Tak tahu lah, tengok lah macam mana.."

Kyle terdiam sebentar. Dia tak kisah Datin Rebecca nak tinggal lama mana pun. Tapi tak ada peluang lah dia nak bermanja-manja dengan Nur. Mummynya asyik berkepit sahaja dengan Nur.

"Esok Kyle kerja. Tak dapat la temankan mummy." Ujar Kyle. Matanya melirik ke arah Nur, khusyuk betul tengok drama. Drama tak ada faedah, drama sampah. Sempat lagi di kutuknya.

"Dah tu pergi jelah.."

"Er..yelah, saja bagitahu mummy." Kyle tersengih.

Datin Rebecca sudah mula membuka mulut bertanya itu ini kepada Kyle. Macam-macam yang dibualkan dua beranak itu. Sesekali mereka tertawa. Nur hanya mengiakan sahaja apa yang dibualkan mereka.

Rapat betul hubungan mereka anak-beranak. Cemburu Nur melihatnya, bukan cemburu dengan ibu mertuanya tapi cemburu akan hubungan baik yang terjalin antara ibu dan anak itu.

Jika ibunya masih ada, pasti dia juga begitu. Dimanjakan ibunya selalu. Nur rindukan ibu dan ayahnya. Adik-adiknya juga. Dia melarikan pandangan ke arah lain bila Kyle seperti perasan dia asyik mencuri pandang ke arah mereka.

Nur teringat abangnya Mikael, sudah agak lama mereka tak berjumpa. Bila dia menghantar kiriman WhatsApp kepada Mikael, jarang sekali abangnya membalas. Jika dibalas pun pasti diberikan alasan sibuk. Nur mengeluh perlahan. Pelipisnya dipicit, rasa macam nak demam pun ada. Dari kelmarin lagi dia rasa begitu.

"Nur tak sihat ke ? " Soal Datin Rebecca risau. Dia perasan muka Nur nampak tak bermaya sahaja.

"Rasa macam nak demam je.." Nur menjawab jujur.

"Pergilah rehat Nur, nanti melarat pulak. Kyle pergi la bawak Nur naik atas. Biasalah tu demam malam pert... eh biasa lah demam malam-malam." Datin Rebecca mengetap bibirnya. Sudah hampir tersebut tentang itu. Nasib baik akalnya cepat bertindak mencipta ayat yang lain.

"Demam malam-malam ? Ada ke demam macam tu mummy ?" Kyle menyoal hairan. Tak pernah pula dia tahu ada demam malam.

"Ada lah, arwah nenek kamu yang bagitahu mummy dulu. Tapi mummy lupa lah sebab kenapa yang boleh demam malam-malam tu." Terang Datin Rebecca.

"Ooo.." Kyle menjawab ringkas.

Pelik juga kenapa Nur tiba-tiba rasa nak demam. Diluar memang lah hujan, tapi setahunya Nur langsung tak keluar dari rumah. Tambah-tambah bila dia dah pasang bodyguard untuk mengawal rumahnya, lagi lah Nur tak keluar. Boleh dikira dengan jari hanya beberapa kali sahaja Nur keluar, itu pun bersamanya.

"Mummy nak tidur dah ni, kamu berdua pun pergilah tidur. Dah lewat ni."

"Okay lah. Good night mummy." Ucap Kyle, dahi wanita itu diciumnya.

"Good night sayang." Balas Datin lalu terus melangkah menuju ke lif. Bilik tidur di tingkat dua ditujunya.

Kyle merapati Nur yang duduk disofa panjang itu. Dahi Nur disentuh. Tak panas sangat.

"Pening ke ?"

"Sikit." Jawab Nur sepatah.

"Sikit tu pening jugak lah kan. Jom lah aku hantar kau naik atas."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now