Bab 6

6.5K 329 5
                                    

Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati Nur menolak troli yang berisi baldi dan mop keluar daripada sebuah bilik. Dia baru saja selesai membersihkan bilik-bilik hotel yang berada di aras 5 tetsebut. Mujurlah tugasnya dibahagikan bersama-sama rakan sekerja yang lain. Nak bersihkan semua bilik dekat tingkat 5 ni seorang diri ? Boleh patah pinggang Nur dibuatnya.

Jam tangan dipergelangan tangan kanannya ditilik. Jarum jam menunjukkan tepat-tepat angka 12 tengahari. Patut lah perut Nur macam ada konsert rock je, dari tadi berbunyi. Lapar sangat!

Pagi tadi dia hanya sempat menjamah sebungkus roti gardenia sahaja. Takut terlewat punya fasal gelojoh betul dia makan. Mujurlah dia sampai tepat jam 8 pagi di hotel itu. Leganya perasaan dia hanya Tuhan yang tahu. Dia sedar sekarang dia bukan bekerja dengan Kak Gee lagi, hotel mewah ini adalah tempat dia mencari rezeki sekarang. Jadi sebolehnya dia tidak mahu terlewat ke tempat kerja seperti mana waktu bekerja di kedai bunga dahulu.

Nur menyimpan dengan cermat troli di tempat yang disediakan, setelah itu kakinya diatur menuju ke bilik rehat untuk pekerja housekeeping. Sambil berjalan jari jemarinya diletupkan. Menghilangkan rasa lenguh. Sedang dia berjalan tiba-tiba disapa oleh seseorang.

"Nur, sini kejap ada benda I mau kasi tau you." Mrs Helen yang kebetulan baru keluar daripada lif menegurnya.

" Kenapa Helen ? " Tanya Nur setelah menghampiri tubuh tinggi lampai Helen.

Dipanggilnya Helen saja kerana wanita itu yang menyuruhnya. Katanya kalau dipanggil Mrs Helen nampak macam tua sangat. Hakikatnya memang tua pun. Sudah mencecah 31 tahun usianya. Huhuu. Apa-apa aje lah.

"Nanti jam 2 petang you naik aras 45 kemas ofis boss besar ya. Cuci-cuci apa yang patut sampai bersih. Spray juga pewangi lavender tu dekat sofa. Satu habuk pun jangan tinggal. Faham?" Agak tegas suara Helen mengarahnya dan menitipkan pesan.

"Er...baiklah."

"Okay, pergi lunch dulu sekarang. Ingat jam 2 petang you naik kemas ofis boss. Jam 3 petang Tuan akan sampai. Make sure sebelum Tuan masuk ofis you dah settle kan semua kerja." Mrs Helen mengingatkannya lagi.

Nur mengangguk laju. Tegas betul Mrs Helen ni. Kecut juga Nur, mungkin ini sikapnya bila waktu bekerja. Fikir Nur.

"Eh jap, tadi Mrs Helen cakap Tuan kan, 'Tuan' tu boss ke.. ?" Nur garu kepala. Ah, biar lah. Malas nak fikir.

Aras 45? Tingginya..tak pernah lagi dia naik kearas setinggi itu.






*********







Nur masuk kedalam lif yang di khaskan untuk pekerja, troli yang berisi baldi, mop dan satu botol spray pewangi lavender juga di bawanya bersama.

'Tuan' suka bau lavender agaknya.

Butang lif ditekan, lif tersebut mula bergerak ke aras 45. Nur mula rasa berdebar, tak pernah dia naik lif untuk ke tingkat setinggi itu. Entah kenapa dia rasa pening. Pelipisnya dipicit-picit bagi menghilangkan peningnya. Nur menarik nafasnya, berharap peningnya akan hilang. Tangan Nur memegang erat pemegang troli, nafasnya terus ditarik dalam-dalam.

"Haih..tiba-tiba je pening ni.." gumam Nur.

"Lambat lagi ke nak sampai tingkat 45 ni.."

Kepalanya didongak, baru tingkat 29.
Nur menjatuhkan kepalanya. Matanya memandang tepat kearah pintu lif. Perutnya terasa bergelodak. Rasa macam nak muntah pun ada! tahan Nur tahan. Nur menggosok perutnya.

Ting!

Pintu lif terbuka, Nur segera keluar dari lif. Dengan perlahan dia menolak troli yang dipegang. Kepalanya yang pening dirasakan berdenyut-denyut pula. Nur berhenti melangkah. Badannya di sandarkan pada dinding disebelah lif. Segera dia menyeluk poket seluarnya. Minyak cap kapak dikeluarkan, lantas di sapu minyak angin itu di pelipisnya. Terasa lega seketika.

Ingin saja Nur meneruskan langkah, satu suara wanita menegurnya.

"Nur ke ni?" Tanya wanita tersebut. Matanya memandang Nur atas bawah.

Linda memerhati gadis yang berpakaian uniform housekeeping itu, gadis ini pasti Nur. Pekerja yang diarahkan oleh Helen untuk membersihkan bilik Tuan Kyle.

"Ha'ah ye. Saya Nur." Senyum manisnya dihadiahkan kepada wanita tersebut.

Linda sekadar tersenyum pendek membalas senyuman manis gadia muda dihadapannya itu.

"Ouh, jom saya tunjukkan bilik boss. Mrs Helen dah beritahu kan Nur kena bersihkan ofis Tuan Kyle?"

"Ha'ah." Jawab Nur sepatah. Kepala yang pening buat Nur malas nak menjawab panjang-panjang.

"Jom ikut saya. By the way nama saya Linda, secretary Tuan." Linda memperkenalkan dirinya, matanya masih lagi memandang tubuh Nur. Kecil je budak ni. Comel!

"Saya Nur Airis, Cik Linda boleh panggil saya Nur je. "

"Eh tak payah la ber-cik-cik dengan saya. Panggil saya Kak Lin pun boleh. Kak Lin lagi tua dari Nur rasanya."

Ujar Linda ramah. Seronok pula dia dapat berkenalan dengan Nur.

"Okay Kak Lin."

"Umur Nur berapa ye ? Kak Lin 25. "

"23."

Linda mengangguk faham.

"Okay dah sampai bilik Tuan. Nur bersihkan lah ye, kemas betul-betul. Satu habuk pun jangan tinggal tau." Pesan Linda.

Nur mengangguk. Pesanan yang sama macam Mrs Helen tadi. Tuan ni ada asthma ke tak boleh terdedah dengan habuk langsung ? Mesti Tuan ni orangnya dah berumur. Nur berteka-teki lagi.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik 'Tuan' tersebut. Seketika Nur tak berkelip mata. Besarnya bilik Tuan. Mungkin lagi besar dari ruang tamu rumahnya.

"Kak Lin keluar dulu ya. Nur buatlah kerja." Pamit Linda.
Dan Nur seperti biasa hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum.

Tanpa berlengah Nur pantas melakukan kerjanya, kepala yang pening dirasakan sudah baik. Lebih baik dia cepat-cepat selesaikan tugasnya sebelum 'Tuan' tiba.









Bersambung. . .

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now