Bab 9

6.6K 320 23
                                    

Nur duduk berteleku diatas sejadah pemberian penjaganya sewaktu dirumah anak yatim dahulu. Sesekali sejadah itu diusapnya. Zikir-zikir ringkas dialunkan perlahan berserta tasbih di tangannya. Matanya memerah, kepalanya pening mungkin sebab terlalu lama menangis. Kejadian yang berlaku ditempat kerja tadi kembali memutar-mutar dalam ingatannya. Matanya terus dipejam rapat, tergeleng-geleng kepalanya. Marah, benci, geram dan malu semua perasaan itu dia rasakan sekarang.

"Aku tak boleh lemah. Kuat Nur. Kuat !"

Nur teresak-esak kembali. Air mata dipipinya dikesat kasar. Kain telekung ditanggalkan lalu dilipat. Kakinya dibawa ke katil, Nur duduk dibirai katil. Perut yang kosong dibiarkan. Tak ada selera nak makan. Bantal peluknya dicapai dan dipeluk erat sambil berbaring mengiring ke arah kanan. Nur merenung dinding. Kosong. Itu yang dia rasakan sekarang.

Hendak mengadu pada siapa dia tak tahu. Arin ? Dia tak mahu menganggu sahabatnya itu. Nur rasa hidupnya kosong tak punya apa-apa. Tersedu-sedan dia menangis kembali. Kepala makin pening.

Bip! Bunyi notification telefon menyentakkan Nur.

Malas-malas Nur mencapai dan menolak skrin telefon itu. Whatsapp dari Abang Mika. Nur membacanya.

Abang Mikael:
"Nur buat apa tu, dah tidur ke ? Abang kat luar ni."

"Kat luar ?" Nur bertanya seolah-olah Mikael ada dihadapannya. Dibalasnya Whatsapp itu.

Nur :
"Baru nak tidur. Kenapa ?" Butang send disentuh.

Bip!

Abang Mikael :
"Laa ye ke ? Abang kat depan rumah Nur ni. Jom temankan abang makan. Nur keluarlah sekarang."

Dia kat luar rumah aku ke ? Laju dibalasnya.

Nur :
"Sorry Nur tak sihat. Nak tidur. Assalamualaikum."

Balas Nur. Buat apa dia keluar bersama Mikael ? Dia tak suka. Lelaki itu menjengkelkan, selalu menyibuk halnya.

Bip! Bunyi lagi notification tanda Whatsapp masuk.

Abang Mikael :
"Tak sihat???...kenapa? Nur demam ke? Cepat keluar abang hantar ke klinik, sekarang jugak!"

Haihh... Nur mengeluh. Kenapa si Mika ni tak faham bahasa.

Nur :
"Tak payah. Awak pergi la balik. Saya nak tidur."

Abang Mikael :
"Jangan degil Nur, buka pintu sekarang!"

Sejurus itu Nur terdengar seperti pintu pagar rumahnya digoncang kasar. Nur bingkas bangun dan keluar dari biliknya. Tiba di ruang tamu, dia mengintai sedikit di tingkap.

"Aduh, dah kenapa dia ni.." keluhnya.

Dengan segera dicapainya selendang yang bergumpal diatas sofa lalu dibelitkan di kepalanya. Nur membuka pintu rumahnya sedikit, kepalanya dijenggul sedikit diruang pintu itu.

"Open this gate, Nur. Cepat la bukak." arah Mikael geram. Wajah pucat Nur dipandang risau.

"Kenapa awak ni ?!" Bengang Nur menyoal kembali.

"Abang nak hantar Nur pergi klinik la, cepat bukak gate ni. Nur nak abang buat bising ke kat sini ? Baik Nur bukak cepat." Ujar Mikael semakin risau.

"Nur okay lah buat apa nak pergi klinik bagai. Dah lah, pergi la balik.." Nur memusingkan badannya mahu masuk kembali dalam rumahnya.

Gedebuk! Nur tersentak. Dipusingkan kembali tubuhnya mengadap Mikael. Alangkah terkejutnya dia melihat Mikael yang sudah duduk diatas lantai sambil tersengih-sengih. Mikael panjat pagar ?!

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now