Bab 46

9.1K 293 16
                                    

Sudah 3 hari Nur tidak bercakap dengan Kyle. Bingung Kyle dibuatnya, sebelum ni bukan dia tak pernah menengking Nur. Pernah je, tapi Nur tak merajuk pula. Berbeza dengan kali ini. Nur langsung tak mahu pandang wajahnya.

Nur turun ke ruang bawah sejurus Kyle berangkat ke pejabat. Perlahan-lahan dia melangkah, perutnya sudah berkeroncong hebat. Dari tadi dia menahan lapar, hendak turun segan pula dengan Kyle. Itu lah merajuk lagi lama-lama. Diri sendiri yang kelaparan.

Belum sempat dia melangkah, bunyi ketukan di pintu rumah bertalu-talu. Kedengaran seperti suara perempuan sahaja. Nur menuju ke pintu utama lalu terus dibuka.

Terbuntang matanya melihat seorang perempuan iras wanita Inggeris. Tinggi seperti model, hampir ternganga Nur dibuatnya. Entah minah celup mana yang sesat datang ke rumahnya pagi-pagi ini.

Wanita itu terus melulu masuk. Langsung tak menegur Nur yang berdiri terpacak di tepi pintu. Bahu Nur dirempuh sedikit.

"Kyle... !" Wanita itu berteriak memanggil nama suaminya. Nur tercengang disitu. Siapa pulak ni ?

"Kyle...! I'm here darling !" Panggil wanita itu lagi.

"Kyle ! Where are you sayang ?!"

"Hey !" Muncul Kyle dari belakang dan menyapa wanita itu.

Nur terkejut kerana Kyle masih ada dirumah, dia berpaling ke belakang melihat Kyle. Suaminya hanya memakai pakaian biasa sahaja. Tak pergi pejabat ke hari ni ?

Wanita berkaki panjang itu terus menerpa dan memeluk Kyle, Kyle juga membalas pelukan wanita itu. Terlopong Nur disitu dengan mulut ternganga. Apa semua ni ?
Kemudian terkebil-kebil matanya memandang adegan yang berlaku di depannya ketika ini.

Hatinya sudah mula dilanda cemburu. Sakit hatinya melihat drama percuma itu. Terlintas dihatinya, Kyle curang ? Nur masih berdiri tegak disitu. Masih mahu melihat apa yang akan terjadi selepas ini.

"Darling I miss you so much ! " Terjerit-jerit wanita itu bercakap.

"I miss you too Baby." Balas Kyle tersenyum lebar. Kepala wanita itu dicium.

"Bila sampai ? Kenapa tak bagitahu I nak datang, boleh I ambil you dekat airport." Ujar Kyle.

"Well... I nak suprise kan you. Terkejut tak ?" Sesekali wanita itu mengerling ke arah Nur. Dia tersenyum sinis melihat riak wajah Nur.

"Of course I terkejut. I'm so happy you're here."

Nur mengepal penumbuk. Geram, sakit hati dengan jawapan Kyle. Lagi geram dengan Kyle yang selamba sahaja mencium kepala wanita itu. Tak tahu malu betul!

"I nak stay rumah you, boleh kan ?"

"Boleh sangat."

"Thanks darling." Wanita itu memeluk Kyle lagi.

"Er darling siapa perempuan ni ?" Tegur wanita tersebut, jarinya menunjuk ke arah Nur. Riak mukanya seakan tak berkenan dengan kehadiran Nur.

"My wife. Kenalkan Nur Airis." Kyle memperkenalkan Nur kepada wanita itu. Tangan Nur ditarik Kyle, kemudian dilepaskan pula. Nur yang baru hendak tersenyum, mati senyumannya.

"Ow I see.. By the way I Clara. But Kyle suka panggil I Baby." Tangannya menghulur ke arah Nur. Nur menyambut huluran tangan wanita itu tetapi sedikit saja disentuh wanita tersebut. Salam jenis apa itu ?

"Baby ?" Nur menyoal dengan kerutan di dahinya.

"Yes, Baby. Baby kesayangan Kyle. Kyle je boleh panggil I Baby." Matanya dikenyit ke arah Kyle. Kyle tersengih suka.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now