Bab 57

9.1K 319 18
                                    

How's your business ? Tanya Mr Richard ramah.

Kyle senyum.

"So far everything is fine. Dah semakin ramai pelancong dari luar yang memilih Lestary's Hotel sebagai penginapan mereka. I'm so happy of the achievements of this hotel."

Mr Richard mengangguk sambil tersenyum. Secawan kopi dicapai lalu disua ke bibirnya. Diteguk perlahan kopi yang sudah suam-suam kuku itu.

"Well.. I'm so proud of you. You bijak dan pandai mengambil setiap peluang. Tak ramai orang muda yang berani macam you." Puji Mr Richard ikhlas. Dulu dia bekerjasama dengan Datuk Kamil sekarang dengan Kyle pula. Dan nampaknya lebih membuahkan hasil. Amat senang bekerjasama dengan kedua-dua beranak itu.

"Thank you Mr Richard."

"Yeah your welcome. You deserve that."

"So tak ada apa-apa lagi kan ? I think I should go now. I kena jumpa client lagi selepas ni." Ujar Mr Richard.

"Yes.. If ada sesuatu yang kita harus bincangkan I akan suruh Linda buatkan appointment untuk you, Mr Richard." Balas Kyle.

Mr Richard mengangguk.

Mereka saling berjabat tangan sebelum Mr Richard melangkah keluar dari pejabatnya.

Kyle menanggalkan blazer di tubuhnya. Ikatan tali leher dilonggarkan lalu dua butang baju yang teratas dibuka. Dibiarkan sedikit bukaan supaya dia selesa. Kyle menyandar belakang kepala pada kerusi kerjanya. Mata dikerdip beberapa kali, tangannya naik memicit pelipis. Pening kepala dengan hal rumahtangganya yang dingin sejak sebulan ni.

Ya. Sudah sebulan dia dan Nur berpisah. Berpisah tempat tidur. Sudah puas dia memujuk Nur, tapi hasilnya tetap tiada. Nur semakin menjauhkan dirinya. Kyle mengeluh berat. Gambar perkahwinannya diatas meja dicapai. Direnung gambar itu.

Dia rindukan Nur.

Segalanya tentang Nur dia rindu. Pelukan Nur, gelak tawa dan rajuk Nur. Dia rindu nak mengusap perut memboyot Nur. Semua yang berkaitan dengan Nur dia rindu. Nur betul-betul terluka kali ini. Sudah sebulan berlalu Nur masih tak pedulikan dia. Bila dia bertanya sesuatu, hanya sepatah yang dijawab itu pun jika nasib menyebelahinya. Jika tidak Nur buat tak tahu sahaja.

Menyesal dia kerana terlalu mengikutkan perasaan, akibatnya Nur menjadi mangsa amarahnya. Tak pernah terlintas dihatinya untuk berkasar dengan Nur tambah lagi isterinya sedang sarat mengandung. Memang menempah bala agaknya Kyle bila buat begitu.

Gambar perkahwinannya diletakkan kembali ke tempat asalnya. Apa lagi yang dia harus buat supaya hati Nur cair ? Sudah diberi bunga tapi dibiarkan layu sahaja. Membazir betul. Sudah dibawa jalan-jalan, Nur ikut tetapi ibarat dia jalan seorang diri sahaja. Bingung Kyle.

"Ya Allah, lembutkan lah hati isteriku.." Doa Kyle sayu.

Nampaknya dia harus buat sesuatu yang lebih berkesan lagi untuk melembutkan hati isterinya.

Butang interkom ditekan.

"Linda, masuk sekarang."

Tak sampai seminit, kedengaran ketukan dipintu.

"Masuk."

Linda masuk sambil memegang Ipad di tangannya.

"Sit down."

Tanpa banyak bicara Linda terus duduk.

"Kenapa Tuan ?" Soal Linda memandangnya.

"Check schedule I untuk minggu ni. Kalau tak ada yang penting I nak cuti seminggu."

"Kenapa Tuan, Puan Nur nak bersalin dah ke ?" Laju Linda bertanya.

Kyle memandang wajah Linda tanpa riak.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now