Bab 54

8.9K 295 19
                                    

"Kak Nur !" Suara kuat Kayla mencecah kesunyian di ruang tamu besar itu.

"Nur.....!" Clara pula menjerit riang bila ternampak Nur yang sedang duduk di sofa bersama Datin Rebecca dan Datuk Kamil. Turut kelihatan Khyril juga ada.

Kedua-dua mereka terus menerpa ke arah Nur. Masing-masing mengambil tempat di kiri dan kanan Nur disofa berangkai itu.

Nur hanya tersenyum melihat gelagat adik-adik iparnya. Khyril pula membuat muka menyampah. Haih.. perempuan.. kalau dah jumpa kaum sesama mereka terjerit-jerit lah apa lagi. Sungguh dia tak berkenan melihat adegan sebegitu.

"Terjerit-jerit macam apa je, jaga sikit perangai tu." Tegur Datin Rebecca. Jelingan tajam diberikan kepada dua orang anak daranya.

Kayla mencebik. Clara pula pura-pura tak mendengar.

"Pergi mana baru balik ni ?" Soal Nur sekadar mahu mengambil hati adik-adik iparnya. Tak baik pula kalau langsung tak bersuara.

"Keluar dengan akak Clara. Shopping. Hehee.." Jawab Kayla tersenyum-senyum. Perkataan 'shopping' diperlahankan. Khuatir Datin Rebecca mendengar, pasti dia akan dibebel lagi.

Nur hanya membulatkan bibirnya berbentuk 'o'.

"Shopping ke dating ?" Soal Khyril sinis.

"Diam lah!" Balas Kayla laju. Clara pula memberi jelingan meluatnya. Khyril memang sengaja nampaknya.

"Dating???"

"Mana ada. Mummy ni.. tak payah percaya cakap Abang Ril tu." Cebik Kayla.

"Mummy, Ril nak keluar kejap."

"Nak pergi mana lagi malam-malam ni ? Setiap malam keluar, cuba la duduk dekat rumah satu hari. Tak boleh ke?

"Ada lah. Sekejap je pun. Sebelum pukul 12:00 Ril balik"

"Asyik melepak je." Bidas Kayla sengaja. Dengan harapan Khyril akan dimarahi Datin Rebecca. Lidahnya dijelir ke arah Khyril.

"Baik aku melepak je dari mengadap pontianak yang suka menjerit dalam rumah ni.. sakit telinga aku."

Kayla menjulingkan matanya keatas. Tak terkesan dengan perlian abang kembarnya.

"Balik awal. Jangan nak pergi tempat tak senonoh pulak. Kalau mummy dapat tahu, siap lah Ril." Pesan Datin Rebecca berserta ugutannya. Datuk Kamil hanya mendiamkan dirinya. Matanya fokus melihat siaran berita di kaca televisyen.

"Tahu lah." Balas Khyril dan terus bangun dari duduknya. Sebiji bantal kecil di ambil lalu dicampak ke arah muka Kayla. Terjerit gadis itu. Khyril pantas mencicit lari. Nur yang turut terkejut hanya ketawa kecil sahaja. Kuat mengusik juga Khyril sama macam abangnya. Hmm, rindu Kyle.

"Mummy !!!!"

"Ish budak-budak ni bising lah."

"Abang Ril buat Kayla." Adu Kayla manja.

"Diam. Daddy nak tengok berita pun tak tenang tu. Memekak je.." Ujar Datin Rebecca. Malas hendak melayan manja anak bongsunya.

Datuk Kamil hanya menoleh ke arah Kayla dengan riak kosong. Dia pun malas nak kasi muka kepada anak daranya itu. Entah apa-apa manjanya. Dah besar pun perangai mssih lagi macam budak sekolah rendah. Pantang diusik terus mengadu.

Kayla memasamkan wajahnya. Nampaknya tiada siapa pun pedulikan dia. Mukanya terus disembam pada bahu Nur.

"Ril gurau je tu." Ujar Nur lembut.

"You ni manja lah Kayla." Clara sengaja berkata begitu.

"Tak ah. Kau lah manja lebih." Balas Kayla tak mahu kalah.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now