Bab 36

7.4K 284 12
                                    

"Jaga diri baik-baik, ada apa-apa call je mummy." Pesan Datin Rebecca sebak.

Nur mengucup lembut tangan wanita itu, lalu tubuh itu dipeluk erat. Datin Rebecca membalas pelukan itu, sedih pula terpaksa berpisah dengan menantunya. Kyle tersenyum melihat situasi itu. Mummynya berkeras tidak mengizinkan mereka berpindah keluar dari rumah agam itu. Tapi dia bijak memujuk wanita itu, tambahan pula daddy menyokong keputusannya.

Kayla juga turut sedih. Masam saja wajahnya bila mendapat tahu abangnya akan berpindah. Tak dapat lah dia bermanja dengan kakak iparnya lagi. Lagi sadis Khyril pasti membulinya lebih teruk lagi seperti sebelum ini. Jika ada Nur, lelaki itu jarang sekali membuat dia sakit hati.

"Time to go.." Ujar Kyle tiba-tiba. Bahu Nur dirangkul.

"Alaa kejap lah abang.." Kayla bersuara sedih, tangan Nur masih dipegangnya.

"Euwww..drama betul." Khyril sudah mula bersuara menyindir.

"Biarlah.." Kayla membalas dengan jelingan tajam. Khyril buat muka mengejek dihadapan adiknya. Mengada-ngada sangat.

"Dah, dah. Nanti lambat pula abang kamu sampai sana." Datuk Kamil menyampuk, sekaligus menghentikan adegan ejek-mngejek anak kembarnya itu.

Nur tersenyum hambar, berat juga hatinya mahu meninggalkan rumah ini. Datin Rebecca terlalu baik melayaninya. Sudah dianggap wanita itu seperti ibu kandungnya sendiri. Seluruh ahli keluarga Kyle menerimanya dengan hati terbuka. Terharu dia.

"Take care mummy, daddy.."

Kyle menarik lembut tangan isterinya lalu terus menuju ke keretanya. Pintu kereta dibuka dan Nur meloloskan dirinya ke dalam perut kereta tersebut. Nur melambai tangannya kepada keluarga mertuanya, dan kereta yang dinaiki mereka berdua perlahan-lahan bergerak keluar dari perkarangan rumah agam itu.

Sepanjang perjalanan Nur lebih selesa mendiamkan diri sahaja, Kyle di sebelah fokus memandu. Nur membuang pandangan ke luar cermin kereta. Merenung bagaimana nasibnya selepas ini bersama lelaki yang dia tak cinta. Atau lebih tepat lagi suami pilihan abangnya.

"Kita singgah rumah mama papa kau dulu." Kyle bersuara tiba-tiba.

Nur yang asyik merenung ke luar tersentak sedikit. Kepala diangguk sahaja. Agak malu juga dia mahu berhadapan dengan bapa angkatnya itu gara-gara dia membuat hal semasa hari akad nikah. Dengan Mikael pun dia masih belum bercakap. Hatinya diserbu perasaan sebak. Rasa bersalah kerana meninggikan suara ketika bercakap dengan abangnya. Air matanya mengalir tanpa sedar.

"Are you crying...?" Soal Kyle. Kereta yang dipandu terus diberi signal. Kyle memberhentikan keretanya dibahu jalan. Bahu Nur disentuh lembut.

"What's wrong ?" Soalnya hairan. Nur mengelap air matanya. Air liur ditelan.

"Tak ada apa."

"Tak ada apa tapi menangis ? Kau ni biar betul ?" Suara Kyle meninggi.

Nur sedikit terasa dengan pertanyaan itu, air matanya kembali mengalir laju. Tercengang Kyle.

"Hey.. don't cry. Aku tanya je."

"Tell me what happen ?" Tubuh Nur terus ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Tidak menolak perbuatan suaminya, Nur tersedu-sedan menangis di dada lelaki itu. Kyle mengusap lembut belakang Nur bagi meredakan tangisannya. Tapi makin kuat pula isterinya menangis.

"Syhhh... don't cry."

"Sa-saya nak jum-pa abang Mikael." Ujar Nur tersedu-sedan. Terangkat kening Kyle mendengarnya. Nak jumpa abang sampai menangis-nangis ? Cengeng betul isterinya ini. Kyle mengoyak senyum.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now