Bab 48

8.6K 268 17
                                    

Nur menjeling Clara yang memandangnya. Perempuan itu memang tak tahu malu langsung. Selamba sahaja mencium pipi Kyle di hadapannya sebelum Kyle berangkat ke pejabat pagi tadi.

Kyle pun langsung tak menciumnya seperti selalu. Dibiarkan dia berdiri seperti patung di situ. Bengang Nur.

Tak ada sekelumit perasaan malukah perempuan itu ? Apa sebenarnya hubungan antara suaminya dan Clara ? Bukan tak pernah ditanya, pernah. Tapi jawapan Kyle amat menyakitkan hatinya. Kyle memang sengaja atau memang mahu menyakitkan hatinya ? Sungguh Nur tak faham. Kusut fikirannya.

Clara tersengih melihat Nur yang menjeling tajam ke arahnya. Dia bernyanyi kecil, menghilangkan rasa sunyi. Sesekali dikerling Nur dengan ekor matanya. Isteri abangnya duduk tegak seperti patung cendana sahaja disofa itu. Tv yang menayangkan rancangan masakan ditonton khusyuk oleh Nur.

"Huh, bosan!" Omel Clara perlahan. Nur langsung tak menoleh ke arahnya. Sedangkan dia mengomel begitu kerana mahu menarik perhatian Nur.

Clara pantas mencapai remote control lalu siaran tv ditukarkan. Jarinya menekan-nekan butang remote itu, mencari-cari rancangan kesukaannya. Filem Inggeris memang menjadi pilihannya.

Clara mengomel perlahan bila filem yang dilakonkan pelakon kesukaannya ditayangkan.

Nur menjulingkan matanya ke atas. Ditoleh Clara yang berada tidak jauh darinya.

"Tukar balik rancangan tadi." Arah Nur dengan muka masam.

"Sorry, but I tak minat lah rancangan macam tu. Mak Cik - Mak Cik je suka tengok rancangan macam tu." Balas Clara tanpa rasa bersalah. Bibirnya tersungging senyuman sinis.

Nur berdecit. Sedar dirinya diperli. Sudah banyak hari dia bersabar dengan perempuan tersebut yang asyik membahan dirinya sahaja.

"Saya cakap tukar, tukar je lah." Arah Nur lagi. Suaranya meninggi sedikit. Tangannya naik memeluk tubuh. Menyampah.

"Kan I dah cakap I tak suka tengok rancangan entah apa-apa tu." Clara membidas kasar. Sengaja.

Nur menoleh ke arah Clara. Matanya mencerlung tajam ke arah wanita itu. Clara yang perasan dirinya ditenung segera menoleh ke arah Nur. Mata mereka saling beradu. Turun naik dada Nur menahan geram, Clara pula beriak selamba. Tak takut akan renungan itu.

Nur pantas mencapai remote control di hadapan Clara. Rancangan masakan ditukar kembali, tapi sayang sudah habis. Nur mendengus geram. Clara tersengih suka.

"Why not you just tengok je filem yang I minat ni.." Ujar Clara sambil menukar kembali siaran yang menayangkan filem Inggeris yang ditonton tadi.

Nur tayang muka ketat.

"Saya tak minat filem mengarut ni." Rengus Nur. Memang dia tak minat pun, entah apa-apa pakaian yang dipakai pelakon wanita itu. Hanya menutup asetnya sahaja.

"Auw.. cantiknya body dia. Meletop!" Puji Carla bila melihat pelakon wanita itu menyarungkan dress ketat yang mengikut bentuk badannya.

"She's damn hot!" Jerit Clara kuat. Teruja melihat pelakon kegemarannya itu.

Nur menjeling. Sakit telinga mendengar suara Clara yang gemar bercakap terjerit-jerit.

Dia terus bangun. Lebih baik masuk ke bilik sahaja dari mengadap perempuan tarzan ini menjerit-jerit.

"Hey, you nak pergi mana ? You tak ingat ke Kyle suruh you temankan I kat rumah ni.." Ujar Clara. Kaki panjangnya sengaja disilangkan. Terserlah betis licinnya itu memandangkan dia hanya memakai dress separas lutut sahaja.

Nur berhenti melangkah. Badannya dipusing mengadap Clara.

"So ?"

"So you just stay here and sebelum tu boleh tak you turun bawah buatkan I fresh orange?" Ujar Clara dengan wajah mengadanya. Matanya dikerlipkan beberapa kali. Rambutnya dipintal-pintal dengan jari runcingnya.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now