Bab 59

7.6K 258 10
                                    

Mata dicelik perlahan. Berkerut muka Nur, sesaat dipejam kembali matanya kerana terasa pening dan kepalanya berdenyut kuat. Sakit kepala.

Kelopak mata dibuka kembali, meliar matanya memandang sekeliling. Dia berada didalam sebuah bilik kosong yang hanya ditemani cahaya lilin yang dinyalakan beberapa batang itu. Nur bergerak sedikit. Berkerut wajahnya kerana terasa pedih. Tangannya diikat ketat. Mulutnya juga ditutup dan diikat dengan kain kasar. Mata Nur sudah mula berkaca.

Dia dimana ? Kenapa dia ada disini ? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Sebak hatinya tiba-tiba bila mengenangkan semua itu. Rasa takut juga sudah hadir. Apa yang berlaku sebenarnya ? Seingatnya dia ke tandas dan ada seseorang yang menekup kuat mulutnya dan dia terus tidak mengingati apa yang berlaku selepas itu. Mungkin dia pengsan. Nur meneka sendiri.

Dalam keadaan terbaring di lantai, Nur cuba membuka ikatan pada tangannya tapi hampa. Terlalu kuat dia diikat, pergelangan tangannya sudah mula melecet. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Emmmphhh....! Emmmphh!" Nur menjerit disebalik kain yang menutupi mulutnya. Air mata yang ditahan terus mengalir laju.

Nur meronta-ronta. Teresak-esak dia menangis, dia takut. Badan sudah mula berasa lenguh dan kebas mungkin terlalu lama dia berbaring begitu. Sesekali terasa tendangan di perutnya.

"Ya Allah, aku kat mana ? Selamat aku Ya Allah..."

"Abang..tolong Nur..." Rintih Nur di dalam hatinya.

Bunyi pintu dibuka membuatkan hatinya bertambah takut dan jantung mula mengepam laju. Semakin kuat dia menangis. Susuk tubuh seseorang mula menerjah pandangannya. Terketar-ketar tubuh Nur. Sampai terhinjut-hinjut bahunya menangis ketakutan. Mata dipejam rapat.

"Kau dah sedar ?" Suara seorang lelaki menyapanya.

Nur diam tak menjawab. Terasa lelaki itu menyentuh dagunya lalu rahangnya dicengkam kuat.

"Buka mata kau !" Jerkah lelaki itu kuat. Secara drastik Nur mencelik luas matanya.

Air mata yang mengalir di pipinya diseka lelaki itu. Nur menggeleng takut. Kedengaran lelaki itu ketawa sinis.

"Akhirnya dapat jugak aku tangkap kau. Puas aku berusaha." Ujar lelaki itu lagi. Bibirnya melakar senyuman jahat.

"Emmphhh!" Nur menjerit takut. Kepalanya menggeleng laju bila lelaki itu menyentuh wajahnya pula.

Lelaki itu tergelak kecil melihat reaksi Nur. Dia melutut di sebelah Nur. Pipi Nur dielus lembut. Wajah ketakutan itu dipandang tak beriak. Seketika lelaki itu bangun dan menuju ke sudut dinding, suis lampu ditekan, terus terang-benderang bilik itu. Nur memejam erat kelopak matanya. Pedih matanya bila cahaya menerjah masuk.

"Buka mata kau perempuan tak guna !" Jerkah lelaki itu lagi.

Nur memejam rapat matanya dek kerana terlalu takut. Tanpa sedar kepalanya tergeleng-geleng dengan tubuh yang menggeletar.

Lelaki itu mula berang bila arahannya tidak dituruti.

Pang!

Pipi Nur ditampar kuat. Terteleng kepala Nur ke tepi. Darah mula mengalir keluar di bibirnya.

Makin kuat Nur menangis. Perit rasanya bila ditampar kuat sebegitu. Sakit. Kali pertama dia merasa tamparan seorang lelaki.

"Diam bodoh! Diam!" Tengking lelaki itu, kemudian dia tertawa sinis semula.

"Sakit ke sayang ?" Soalnya menyindir. Pipi Nur yang ditampar dielus-elus.

Dia tergelak kecil bila melihat Nur cuba menjerit dan memejam rapat matanya bila dia menyentuh wajah mulus itu. Belakang jari telunjuknya mengelus perlahan wajah Nur. Senyum sinis terukir lebar.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now