Bab 52

11.1K 294 34
                                    

Sayang, hati-hati please. Jangan jalan cepat sangat boleh tak ? Jatuh kang.. jalan lah slow-slow sikit. Tak lari mana pun dapur sayang tu."
Kedengaran suara Kyle menegur Nur yang kelihatan tergesa-gesa ke dapur.

Langkah Nur terhenti serta-merta. Pagi-pagi lagi Kyle sudah membebel. Nur berpaling ke belakang, Kyle yang sedang turun dari tangga di tenung dengan muka masam. Dia hanya memberi jelingan geram kepada Kyle. Lif tidak boleh digunakan kerana ada beberapa orang pekerja yang diupah Kyle sedang menyelenggara lif tersebut.

"Jeling-jeling nasib baik comel." Sakat Kyle serta tertawa kecil.

Muncung mulut Nur disakat sebegitu.

Nur kembali melangkah menuju ke dapur, Kyle mengikutinya dari belakang. Teguran suaminya malas nak diendahkan. Perut dia lapar dan harus diisi terlebih dahulu.

Tiba di meja makan Nur terus melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang beralaskan kusyen empuk itu. Pinggan kaca yang kosong terus dicapai. Nasi goreng kampung yang dimasaknya tadi terus disendukkan ke dalam pinggannya. Usai membaca Bismillah, Nur menyuapkan nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.

Tergeleng-geleng Kyle melihatnya. Dia turut melabuhkan punggung di sebelah Nur. Dilihat Nur langsung tak pedulikan kehadiran dia.

"Puan ini mee goreng yang Puan nak." Ujar Bik Yanti sambil membawa semangkuk besar mee goreng itu lalu diletakkan di atas meja makan tersebut.

"Thanks Bik." Ucap Nur. Mangkuk kaca yang berisi mee goreng tersebut ditarik dekat dengannya.

Berkerut dahi Kyle melihatnya. Dah makan nasi goreng, nak makan mee goreng pula ?

"Sayang boleh ke habiskan semua ni ? Banyaknya mee goreng." Komen Kyle. Dia dari tadi tidak menjamah sebarang makanan, hanya asyik melihat Nur yang tak henti-henti menyuap nasi goreng itu.

"Saya lapar." Jawab Nur dengan mulutnya yang penuh dengan makanan.

"Jangan bercakap masa tengah makan boleh tak ?"

"Awak yang tanya, saya jawablah." Nur menjawab tanpa memandang wajah Kyle yang tajam merenungnya.

"Kenapa tanya masa saya tengah makan ?" Soal Nur kembali. Langsung tak perasan akan Kyle yang merenungnya.

Kyle berdecit. Nasiblah isteri.

"Awak tak makan ?" Soal Nur lagi. Dia menoleh ke arah Kyle. Dilihat pinggan lelaki itu masih kosong.

"Macam mana abang nak makan, sayang tu kalau jumpa makanan terus lupakan abang."

"Makan je lah. Ni haa banyak makanan." Balas Nur selamba. Mee goreng pula disendukkan ke dalam pinggannya.

Kyle semakin mengerutkan dahinya melihat kelakuan Nur. Langsung tak pedulikan dia.

"Sayang sendukkan abang nasi goreng tu." Pinta Kyle.

"Kenapa tak ambil sendiri ? Saya lapar lah." Balas Nur selamba.

Kyle tersentap. Biar betul ini isterinya ?

Nur yang perasan akan Kyle yang mendiamkan diri, terus menoleh kearah suaminya. Lelaki itu sedang merenungnya tajam. Terhenti Nur yang sedang mengunyah.

"Er..awak nak makan apa ? Saya ambilkan." Soal Nur takut-takut.

"Call me abang, I'm your husband." Balas Kyle dingin.

Nur terkedu sebentar. Dia hanya menundukkan kepalanya ke bawah. Jari-jemarinya diramas sesama sendiri. Mula gelisah.

"Can you call me abang ?" Kyle menyoal lagi. Tangan Nur yang berada di atas peha diraih.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now