Bab 64

11K 313 14
                                    

Nur duduk menyandar di kepala katil. Sesekali dia menoleh ke sisi melihat bayi kembarnya yang sedang tidur di dalam baby cot di sebelah katilnya. Alhamdulillah, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah pagi tadi. Lega rasanya.

Atas desakan Kyle supaya dia dibawa pulang ke rumah mereka sahaja terpaksa Datin Rebecca mengalah. Ikutkan Datin Rebecca, dia hendak Nur berpantang di rumahnya sahaja. Lebih mudah katanya. Tetapi Kyle tetap berkeras dengan pendiriannya, terpaksa juga Datin Rebecca mengalah. Oleh sebab itu, Datin Rebecca mengambil keputusan untuk menetap dahulu di rumah ini kerana mahu menjaga Nur yang masih di dalam pantang.

"Dah tidur dah ke cucu-cucu mummy ?" Soal Datin Rebecca di muka pintu. Dia menapak masuk.

"Dah mummy. Tadi nangis je dua-dua."

"Lapar lah tu, tak pun perut kembung. Baby macam tu lah, kalau nangis mesti lapar tak pun perut kembung atau tak selesa ." Jelas Datin Rebecca memandang Nur.

Nur mengiakan kata-kata wanita itu. Susah juga kalau Datin Rebecca tak ada. Dia mana lah tahu nak jaga baby ni.

"Nasib baik mummy ada, boleh jugak tolong Nur. Harapkan Nur memang tak pandai lah nak jaga baby ni. Thanks mummy." Ujar Nur tersenyum. Tangan wanita itu diraih dan diusap penuh kasih sayang.

"Apa pulak nak berterima kasih bagai, mummy yang sepatutnya ucap terima kasih kat Nur sebab dah bagi mummy cucu. Dua orang pulak tu, mummy happy sangat." Balas Datin Rebecca jujur.

Nur senyum mendengar kata-kata Datin Rebecca. Sungguh baik wanita ini, sentiasa melayannya seperti anak sendiri.

Kyle yang baru naik ke tingkat atas terus meluru ke biliknya. Dia baru saja pulang dari berjumpa client. Terpaksa tinggalkan sebentar isteri dan anak-anaknya.

Masuk ke dalam bilik, tak dihiraukan Datin Rebecca yang memandangnya tajam terus direbahkan badannya secara kasar di sebelah Nur. Bergerak sedikit Nur bila Kyle merebahkan badan sasanya begitu.

Nur memegang perutnya. Terasa ngilu sedikit. Datin Rebecca sudah mencerlung tajam memandang anak lelakinya. Tak fikir langsung Nur baru saja dibedah.

"Huhh penatnya hari ni. Panas betul cuaca kat luar." Ujarnya sambil menghela nafas berat.

"Abang dah makan ke ?" Soal Nur.

"Dah." Jawab Kyle sepatah. Badannya dikalih mengadap Nur. Terlihat Datin Rebecca yang merenungnya. Tapi dia buat tak tahu sahaja.

"Kyle ni kasar lah." Ujar Datin Rebecca tiba-tiba.

"Bila masa Kyle kasar ? Takde pun." Balasnya dengan terangkat sekali keningnya.

"Tu tadi tu apa, kasar betul rebah badan macam tu. Sakit Nur, tahu tak ? Dah la Nur baru lepas operate."

Nur tersenyum. Tak sangka Datin Rebecca perasan juga. Ngilu rasa perutnya.

Kyle pula terus bangun dan menyentuh perut Nur.

"Sakit ke sayang ? Sorry abang tak sengaja.." Ujar Kyle bersalah.

Nur tersenyum sahaja.

"Sikit je lah." Balas Nur perlahan.

Datin Rebecca sudah membuat muka menyampah. Lembut sangat menantu dia.

"Sikit pun sakit jugak tau, Kyle apa tahu." Ujar Datin Rebecca pula.

"Tak sengaja lah.."

"Orang bersalin operate ni batuk ke, gelak ke semua sakit tau.. sakit dekat tempat operate tu. Ngilu je rasa."

"Ye ke ?" Soal Kyle seakan tak percaya. Patutlah Nur bila nak gelak je macam tahan-tahan je. Sakit rupanya.

"Ye lah. Kamu ni Kyle benda macam ni pun tak ambil tahu ke ?"

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now