Bab 5

6.8K 322 10
                                    

Nur termangu-mangu bila kakinya sudah melangkah masuk kedalam bangunan hotel itu. Besar gila. Boleh buat padang bola lobi hotel ni. Komennya di dalam hati sambil mata masih memandang keadaan sekeliling lobi tersebut.

Dengan lafaz Bismillah, langkahnya terus diatur menuju ke kaunter lobi. Tiba sahaja di hadapan kaunter, desk girl tersebut lantas berdiri dan bertanya kepadanya.

" Yes? Anything I can help you miss?"
Gadis itu sudah senyum memandang Nur yang agak malu-malu itu. Nur membalas senyuman gadis itu.

"Saya nak jumpa Mrs Helen Yap, ada interview untuk housekeeping." Jawab Nur lembut, mata Nur memandang nametag desk girl tersebut, Diana.

Nur sudah mula gelisah sendiri kerana terlalu berdebar detak jantungnya ketika ini. Boleh atau tidak dia berkerja di sini, besar sangat hotel itu. Diramas-ramas tangannya, tak tahu kenapa hati dia rasa berdebar lain macam sahaja.

" Oh..housekeeping ye? Sebentar ye."
Desk girl itu membalasnya sopan. Telefon diangkat dan satu butang di tekannya. Dia bercakap-cakap sesuatu, Nur tidak berapa dengar kerana keadaan lobi yang agak bising dengan pelancong yang baru tiba.

"Cik, duduk dulu ye. Mrs Helen ada meeting kat atas, sebentar lagi Mrs Helen turun jumpa cik..."

"Nur. Nama saya Nur." Pintas Nur.

"Haa..okay Cik Nur. Pease have a seat."Desk girl bernama Diana itu menunjuk satu sudut menunggu dihujung kaunter.

Nur mengangguk, kakinya melangkah ke arah sofa yang ditunjukkan Diana. Segera dia melabuhkan punggungnya disofa yang disediakan.

Matanya liar memandang sekeliling lobi. Cantik-cantik belaka para pekerja dihotel ini, Nur telan air liur. Macam mana kalau aku tak dapat kerja kat sini ? Lihat saja para pekerja yang lalu-lalang dihadapannya ketika ini, semuanya mengenakan mekap diwajah. Housekeeping pun kena mekap jugak ke ? Nur geleng kepala. Tak mungkinlah. Mungkin yang cantik-cantik itu bertugas di department lain. Nur cuba menyedapkan hatinya sendiri.




Tiba-tiba dia ternampak kelibat seorang lelaki memasuki perkarangan lobi hotel tersebut. Di belakangnya juga ada beberapa orang lelaki berbadan tegap dan berpakaian serba hitam mengikuti langkah pemuda tersebut. Tak berkelip mata Nur memandang kearah pemuda yang kacak berpakaian sut hitam itu. Macam pernah tengok je. Kat mana ye ?

Dua orang desk girl di kaunter sudah pun bangun menunduk hormat ke arah pemuda tersebut. Terkebil-kebil mata Nur melihat perlakuan mereka. Kenapa diorang tunduk eh ? Tu tetamu VVIP hotel ni ke...? Nur berteka-teki seorang diri.

Kelibat pemuda tersebut semakin jauh meninggalkan Nur. Nur jongket bahu, tanda tak mahu ambil tahu siapa lelaki itu sebenarnya. Hatinya yakin berkata bahawa lelaki itu tetamu di hotel ini.

"You Nur ke?"

seseorang menegur Nur.
Nur angkat kepalanya memandang tubuh yang berdiri di hadapannya. Mata wanita itu merenungnya.

"Ya..ada apa ya? "

"Ikut saya jumpa Mrs Helen kat aras 3 sekarang."

"Okay."

Nur bingkas bangun mengikuti langkah wanita yang memakai blouse putih dan skirt merah yang agak ketat itu. Nur berpaling dan satu senyuman dilemparkan kepada Diana tanda terima kasih. Diana mengangguk kepalanya sambil membalas senyuman Nur. Rata-rata lelaki yang mungkin pekerja dihotel itu menegur wanita yang berjalan dihadapan Nur,tapi lansung tak diendahkan malah dia menghadiahkan jelingan pula.

Tiba didalam lif pantas butang bernombor 3 ditekan wanita itu. Nur masih diam berdiri di sebelahnya, tak berani bertanya apa-apa soalan. Rasa gementar pula nak berjumpa Mrs Helen.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now