Bab 28

6.3K 287 10
                                    

"Tidurlah. Dah sampai nanti aku kejut kau."Ujar Kyle. Daripada tadi lagi dia lihat Nur asyik menguap saja.

"Saya tak mengantuk." Balas Nur, menipu. Hakikatnya matanya terasa amat berat sekali. Nak tidur ? Dia tak percayakan lelaki itu. Dia tidak mahu lelaki itu melakukan apa-apa terhadapnya.

"Sleep." Arah Kyle sepatah. Dikerling sekilas Nur. Memang nampak penat benar wajah gadis itu.

"Tak apa, saya tak mengantuk pun." bohong Nur lagi. Dikelip-kelipkan matanya supaya tidak terpejam.

Kyle mengukir senyuman sinisnya.

"Betul kau tak mengantuk ?"

"Betul lah."

"Good. Teman aku makan." Keretanya terus membelok ke arah restoran berdekatan. Nur pula sudah terbuntang matanya. Hilang mengantuknya, perasaan marahnya pula muncul.

"Tuan ni dah kenapa ? Saya penat, mengantuk. Saya nak balik lah!" Nur meninggikan suaranya. Turun naik dadanya menahan geram.

"Tadi kau cakap tak mengantuk."

Nur mencebik bibirnya. Itu lah berbohong lagi. Kan dah terkena.

"Aku lapar. Teman aku makan atau aku tinggal kau tepi jalan ni." Ugut Kyle bersahaja.

Nur berdecit. Gila! Lelaki ini memang tidak pernah serik membulinya. Nur rasa mahu menangis sekarang juga.

"Turunlah." Arah Kyle, setelah keretanya diparkir di restoran masakan barat itu. Dilihat Nur masih memeluk tubuhnya. Kyle keluar dari keretanya menuju ke pintu dibahagian penumpang, lalu dibuka.

"Keluar cepat, aku lapar ni."

Nur diam tak berkutik. Lelaki ini melampau. Dia tak akan memberi peluang lagi untuk lelaki mengjengkelkan ini membulinya.

"Eh kau ni tak dengar ke ? Baik kau keluar sekarang. Serentak dengan itu tubuhnya dibongkok sedikit mahu membuka tali pinggang keledar yang masih berbelit ditubuh gadis itu.

"Apa ni, jangan sentuh saya lah!" Tinggi suara Nur dek kerana geram yang teramat sangat.

"Kau ni dah kenapa.. tak ingin aku sentuh kau. Tak selera langsung aku." Balas Kyle dengan nada sakarstik.

"Kau turun sekarang."

"Tak nak. Saya tak lapar."

Kyle berdecit.

"Okay. Kau boleh balik sendiri. Get out from my car!" Kyle juga meninggikan suaranya. Geram dia dengan sikap degil Nur. Sengaja dia berkata begitu mahu menguji gadis keras kepala itu.

Tanpa berlengah Nur menanggalkan seatbelt yang belum sempat dibuka Kyle tadi. Setelah itu terus dia keluar daripada kereta lelaki itu. Menonong dia berjalan menuju ke perhentian bas yang berdekatan. Matanya memandang ke jalan raya, harap-harap ada teksi yang melewati kawasan itu.

Kyle yang melihat pantas mengejar langkah gadis itu. Tak sangka Nur betul-betul keluar daripada keretanya.

"Stop, Nur!"

"Kau jangan jadi macam budak-budak boleh tak, kau ikut aku sekarang!" Terus direntap tangan Nur dan ditarik menuju kedalam restoran itu. Beberapa pasang mata yang melihat mereka berdua tidak dipedulikan.

"Lepaslah !"

"Diam !"

"Tuan ni dah gila ke apa ?! Lepaslah!" Nur merentap kembali tangannya.

"Diamlah. Ikut aku. Cepat !"

Tiba-tiba seorang wanita separuh usia yang berada berdekatan situ menegur mereka.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now