Bab 33

6.7K 306 6
                                    

2 minggu kemudian..

"Nur tak nak kahwin. Tolong la abang jangan paksa Nur lagi. Nur tak ready."

"Ya Allah, Nur. Tolong la jangan buat macam ni, semua orang dah sampai tu. Kejap lagi akad nikah dah nak mula. Jangan la buat masalah dik. Malu kita nanti." Lembut suara Mikael memujuk adiknya. Dari tadi Nur berulang kali menyatakan hasratnya. Ingatkan Nur sudah mahu menerima semua ini tapi ini pula yang dia dengar dihari akad nikah adiknya.

Nur yang asyik mundar-mandir di dalam biliknya dengan raut wajah yang gelisah ditarik duduk ke sofa. Pening Mikael melihat gelagat adiknya.

Puan Sri Dahlia dan Tan Sri Reza sudah melopong. Terkejut dengan apa yang dituturkan Nur.

"Nur kenapa ni ? Kenapa tiba-tiba tak nak kahwin ni? Cuba sayang bagitahu mama. Nur bergurau kan ni?" Soal Puan Sri Dahlia. Tan Sri Reza pula sudah menyeka peluh didahinya.

Nur menggeleng. Dia tak bergurau.

"Nur tak nak.." Wajah Nur yang sudah dimekap kelihatan comot sedikit dengan air matanya yang sudah merembes keluar.

Puan Sri Dahlia terkebil-kebil menatap wajah gadis itu. Tak kan lah.

"Nur jangan buat papa malu, Nur. Mikael kenapa dengan adik kamu ni ?"

"Kenapa tiba-tiba buat hal ni... Ya Allah budak ni.. Dah kenapa kamu ni ?! Malu aku kalau tak jadi." Tambah Tan Sri Reza lagi suaranya sudah meninggi. Terhinjut bahu Nur ditegur begitu. Mikael pula cemas, bimbang apa-apa terjadi.

"Abang. Jangan la tengking macam tu. Kesian Nur." Tegur Puan Sri Dahlia lembut, khuatir Nur terasa hati dengan suaminya.

"Kejap lagi semua turun bawah, majlis dah nak mula. Awak pun turun sekarang." Ujar Tan Sri Reza dingin. Isterinya juga diarahkan turun sekali dengannya.

"Mika, pujuk adik kamu."


20 minit berlalu...





Nur teresak-esak menangis. Mekap di wajahnya juga sudah tiada rupa lagi. Comot habis wajahnya. Tisu juga bergumpal sana sini. Mikael masih setia memujuk adiknya. Kyle juga sudah mengetahui akan hal itu. Lelaki itu mahu berjumpa Nur tapi ditegah Mikael.

Sementara itu di ruang tamu yang menempatkan mini pelamin untuk majlis akad nikah, tetamu yang hadir mula berbisik-bisik. Kyle mula terasa wajahnya sudah panas. Mummy dan daddy juga sudah pamer riak cemas. Walaupun majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat saja tapi dalam keadaan begini terasa seperti ramai pula. Tambahan lagi semua mata mula memandang keluarga Kyle.

"Kejap lagi pengantin perempuan turun." Ujar Puan Sri Dahlia muncul di ruangan itu. Wajahnya dimaniskan, tetamu pun mula senyap bila dia berkata begitu. Tiada lagi yang berbisik-bisik.









*************









"Nur."

Nur menoleh bila terdengar suara itu menyebut namanya. Suara yang amat dirinduinya.

"Arin!" Tegur Nur dan terus meluru ke arah sahabat baiknya itu. Dipeluk erat tubuh Arin.

"Bila kau sampai ? Kau cakap tak boleh balik ?" Dalam sisa esakan yang masih ada Nur bertanya.

"Sekarang ni kau mekap balik, lepas tu kau turun bawah." Lain yang ditanya lain yang dijawab Arin. Dia baru saja sampai di KLIA dan terus menuju ke sini. Dapat pula pesanan dari abangnya mengenai hal ini, lagi kalutlah dia dibuatnya.

"Aku tak nak..." Serak suara Nur.

"Nur kau jangan selfish boleh tak ? Tak, sekarang ni kau fikir maruah abang kau dan keluarga angkat kau tu. Kau nak ke diorang malu sebab kau buat hal macam ni. Dah, aku tak kira kau kena jugak turun bawah."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now