Bab 49

8.5K 273 19
                                    

Sudah hampir dua minggu wanita itu tinggal di rumah tersebut. Dan hampir dua minggu juga hubungan Nur dan Kyle seperti berjauhan. Walaupun sebelum ini hubungan mereka agak baik kerana dia telah meluahkan perasaan sebenarnya, tetapi lama-kelamaan Kyle seperti tidak mempedulikan dia sahaja.

Dia tak sihat pun Kyle buat tak tahu saja. Kyle seperti sudah berubah. Sudahlah hari-hari suaminya itu asyik pualng lewat sahaja. Kalau pulang awal pun pasti dia bersembang dengan wanita itu hingga larut malam. Cemburu ? Ya, memang dia cemburu. Hatinya sakit tapi tiada siapa yang sudi ubatkan. Dia menangis tetapi tiada siapa yang mahu mengelap air matanya.

Nur rasa Kyle hanya mahu mempermainkan perasaannya sahaja. Menyesal dia meluahkan segalanya. Ada ketika dia berasa mahu menangis tetapi air matanya langsung tidak keluar, mungkin sudah kering-kontang kolam air matanya.

Hendak keluar pun dia dilarang oleh Kyle. Kyle memang kejam! Nur ibarat burung yang terkurung didalam sangkar emas. Hidupnya didalam rumah itu tak ubah seperti orang gaji kedua buat Kyle. Segala makan dan pakai Kyle dia wajib sediakan. Kalau tak mendapat la habuan diperli lelaki itu. Langsung tak ada perasaan agaknya suaminya itu.

Hendak mengadu pada siapa ? Dia tak ada sesiapa. Arin ? Hmm.. dia tak mahu menganggu Arin. Abangnya pula seolah-olah sudah melupakan dia sahaja. Nur termenung memikirkan nasib yang menimpanya. Entah apa pula yang akan berlaku selepas ini dia tak tahu.

"Hai." Tegur Clara bersama senyuman.

Nur yang asyik mengunyah kerepek pisang terhenti seketika kunyahannya. Dia menoleh ke arah Clara yang mengambil tempat tidak jauh darinya. Clara yang tersenyum manis tidak diendahkan. Meluat melihat wajah itu.

"You ni asyik makan je lepas tu muntah. Kenapa eh ?" Soal Clara dengan muka ingin tahu.

Nur menyambung kembali kunyahannya. Malas nak menjawab soalan Clara. Kyle pun tak bertanya, perempuan ini pula yang mengada-ngada nak tahu. Memang tak lah dia nak jawab. Lagi pun memang dia sendiri tak tahu apa sebab dia jadi begitu kebelakangan ini.

"I tanya you ni..kenapa tak jawab eh ?" Soal Clara lagi. Wajah Nur yang beriak kosong ditenung geram.

"Jangan diam boleh tak ?!" Clara sudah meninggikan suaranya.

Nur berhenti mengunyah. Mangkuk yang berisi kerepek pisang diletak ke atas meja. Wajah Clara yang merenungnya dipandang.

"Nak tahu sebab apa saya macam tu ?"

"Nak lah!" Jawab Clara kuat.

"Sebab tengok muka awak lah saya jadi macam tu. Sikit-sikit nak muntah." Ujar Nur selamba. Dia terus bangun dan menuju ke lif. Meninggalkan Clara yang terkesima dengan jawapannya.

Clara mendengus geram. Terkena lagi dia dengan Nur.









**************










Nur yang mahu masuk ke ruang tamu di tingkat bawah terdengar suara Kyle dan Clara berbual. Serius sahaja bunyinya. Entah kenapa dia seperti mahu pasang telinga saja mendengar perbualan mereka. Perlahan-lahan dia menapak dan berdiri di sebalik dinding.

"You kena bagitahu Nur hal sebenar pasal tu."

"Macam mana aku nak bagitahu ? Tell me how ? Aku tersepit kat tengah-tengah. Kau faham tak Clara ? Aku tersepit."

"I faham tapi I rasa dia patut tahu.."

Nur mengerut dahi. Tentang apa ya yang dibualkan mereka ? Perkara apa yang dia patut tahu ? Adakah status sebenar hubungan suaminya dan Clara ? Tak apa lah, dia dah tahu apa maksud mereka. Mereka memang ada hubungan istimewa. Tapi kenapa Kyle membahasakan dirinya 'aku' ? Sebelum ni jika dihadapan dia, Kyle tak pernah membahasakan dirinya begitu ketika bercakap dengan Clara. Aneh. Malas hendak berfikir lagi, Nur terus menapak pergi.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now