Bab 11

6.5K 356 25
                                    

"Hey Nur kau pergi kemas meja sana. Bersepah je aku tengok meja sana tu haa. Kau tak buat kerja ke apa ? Cepat lah!"

"Lap betul-betul lah."

"Lembab lah kau ni, cepat sikit buat kerja tu! Tak payah nak control ayu la. Tak ada siapa pun kat sini nak pandang muka kau tu."

"Terhegeh-hegeh!"

Helen yang dari tadi mendengar Suzana asyik mengarah Nur memandang jelik kearah Suzana. Berlagak macam boss pula si Suzana ni. Bingit suara Suzana walaupun suasana di dalam dewan itu agak hingar bingar dengan suara tetamu dan pengacara majlis.

"Suzana you pergi belakang kejap tengok dah selesai ke belum diorang hiaskan makanan untuk pengantin."

Tersentak Suzana bila Helen tiba-tiba menegurnya.

"Baik Mrs Helen. Saya pergi sekarang." Suzana tayang senyuman manisnya yang dibuat-buat. Tapi bila dia lalu sahaja di hadapan Nur jelingan tajam diberikan kepada gadis itu yang memandangnya.

"Nur, are you okay ? I dengar apa yang suzana katakan pada you tadi. Kenapa you diam je ? At least jawab lah sikit. Haih.."

"Saya okay je..biasa lah Cik Suzana tu." Balas Nur lembut. Dapat dilihat wajah tegang Helen yang merenungnya

"Ish baik sangat lah you ni. Hmm apa-apa je lah."

Nur tersengih.

"Takpe lah I pergi dulu. Tapi betul ni you okay je kerja satu team dengan Suzana hari ni ?"

"Saya okey. Helen tak perlu risau okey ?" Balas Nur yakin. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada Helen.

"Hmm baik lah. Dah you cakap macam tu. Teruskan kerja you. Do the best okay !" Kata Helen memberikan semangat buat Nur.

Nur tayang senyum manisnya. Kepalanya diangguk-angguk. Tugasannya yang tergendala diteruskan. Hari ini majlis perkahwinan anak Datin Marlia berlangsung. Semuanya haruslah dilakukan dengan teliti seperti yang dirancang.

Helen memerhati Nur. Baik sangat Nur ni tak pandai melawan. Kalau dia jadi Nur sudah lama Suzana tu diganyangnya! Bukan dia tak tahu bagaimana Suzana melayan pekerja baru. Pekerja lama pun ada menyuarakan rasa tak puas hati mereka terhadap Suzana. Kau sabar dulu Suzana, nanti kau!



************








Majlis perkahwinan anak perempuan Datin Marlia berjalan lancar. Meriah majlisnya dengan tetamu yang hadir tak putus-putus. Boleh dikatakan semua yang hadir adalah golongan koperat sahaja.

Tubuh Nur mula terasa penat. Ditumbuk-tumbuk bahunya yang terasa sengal. Lenguh kakinya dari tadi berdiri saja. Baru dia hendak duduk kedengaran suara Suzana memanggilnya.

"Nur, kau pergi dapur tengok makanan masih ada atau dah habis. Sekarang ye." Arah Suzana sombong.

"Tapi tu bukan bahagian kerja saya Cik Suzana. Lagipun saya tak pernah masuk kitchen hotel ni." Balas Nur perlahan.

"Eh kau ni kan aku suruh tu pergi je la. Dah kau pergi sekarang, jangan banyak cakap. Buat je la apa yang aku suruh. Ingat ye aku ni pekerja senior kau kat sini."

Nur berdecit perlahan. Pelik, kenapa pula dia yang harus pergi ke dapur. Tak pernah-pernah dia masuk ke dalam dapur hotel itu.

"Em. Ye lah." Nur akur.

"Jom aku teman kau, kau kan tak pernah masuk lagi kitchen hotel ni." Balas Suzana penuh muslihat. Bibirnya melakar senyum jahat.

"Err..okay." balas Nur. Hairan, Cik Suzana nak teman dia pula. Tak apa lah. Ikutkan saja.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now