Bab 15

6.8K 328 16
                                    

Sudah tiga hari Nur menginap dihospital itu. Perasaan bosan mula bertandang. Wayar yang berselirat ditangan kanannya diperhati. Badannya lemah, suhu badan dia juga tiba-tiba saja naik. Disebabkan itu doktor memutuskan Nur harus dimasukkan air. Tekanan darahnya juga sangat rendah. Pucat lesi wajah Nur.

Nur berbaring mengiring kekiri. Matanya sukar dilelapkan. Apa khabar sahabatnya dihotel. Tak datang lawat aku pun. Desis hati Nur. Nur mengagahkan diri cuba bangun, terus dicapai telefon bimbitnya diatas meja sebelah katil.
Dipandang nama Airin di skrin telefon itu.

"Nak call Airin ke tak eh ?"

"Kalau call bukan dia boleh datang sini pun." Ujarnya lagi.

Nur mengeluh lemah. Tiga hari dia tinggal dihospital hanya lelaki itu saja datang melawatnya. Kadang-kala lelaki itu tertidur disofa hingga larut malam. Terkadang Nur rasa simpati melihat wajah penat itu tetapi rasa sakit hatinya lebih mendalam daripada rasa simpatinya.
Ah, lantak lah!

Nur membuka aplikasi Whatsapp di telefonnya. Whatsapp dari 'Abang Mikael', belum dibaca lagi.
Perlahan jarinya menyentuh skrin telefon.

Abang Mikael :
12:05pm
"Hai Nur, dah makan ke ?"

5:00pm
"Nur belum balik kerja ke ? Hati-hati balik nanti."

6:00pm
"Nur kenapa tak reply whatsapp abang ? Busy sangat ke ?"

6:15pm
"Jangan buat abang risau Nur...malam ni abang datang ambil Nur kat rumah ye, kita keluar dinner."

Nur mengeluh, nafasnya ditarik perlahan-lahan. Kenapa Mikael ambil berat sangat fasal dirinya. Nur bukan siapa-siapa bagi lelaki itu. Mikael Tan Sri Reza. Namanya saja agak dikenali. Bekas model suatu ketika dulu, sebelum dia berhenti modeling dan menguruskan syarikat perabot milik keluarganya.

Nur pening memikirkan setiap tindak tanduk lelaki itu yang terlalu baik melayani dirinya. Tapi Nur tak mudah percayakan mana-mana lelaki. Dia takut tragedi lama kembali berulang. Dia tak akan dekat dengan mana-mana lelaki. Itu janji pada dirinya sendiri.

Tapi Nur pernah juga terfikir siapa sebenarnya Mikael ? Kenapa Nur rasa sesuatu bila berada dekat dengan lelaki itu. Wajah Mikael juga sama dengan seseorang yang Nur kenal semasa dia masih kanak-kanak. Nur buntu. Tiada jawapan untuk soalannya.

Ikutkan hati ingin saja dia menyoal lelaki itu. Dia mahu tahu asal-usul lelaki tersebut. Tetapi entah kenapa dia langsung tiada keberanian. Fikiran Nur benar-benar kusut bila berfikir tentang Mikael.

Skrin telefon yang sudah gelap itu Nur pandang dengan pandangan kosong. Matanya dipejam berharap dia akan tertidur.

"Buat apa tu ?"

Nur membuka matanya secara drastik. Suara lelaki miang itu! Nur pura-pura tidur. Badannya dikeraskan. Nur tahu pasti lelaki itu sedang memerhatinya daripada belakang.

"I tanya jawab lah. You bukan bisu pun."

Nur meneruskan lakonannya. Matanya langsung tak dicelik.

"Jawab soalan I atau I kiss you sekarang juga!"

Nur melopong. Tubuhnya bangun secara drastik. Cepat-cepat diselimutkan seluruh badannya yang duduk menyandar dikepala katil itu. Matanya tajam memandang lelaki itu yang tertawa kecil melihat perlakuannya. Lawak ke ?

"You tak pandai berlakon la, so stop do that. Nampak macam bodoh je." Ujar Kyle sinis. Dari tadi lagi dia tercegat dipintu dan melihat Nur yang ralit mengadap telefonnya.

Nur diam tak bersuara, dijeling sekilas lelaki itu. Lalu dilarikan matanya memandang kearah lain. Meluat.

"Look me."

Nur buat bodoh. Arahan Kyle bagaikan angin saja.

" I said look at me!" Kyle meninggikan suaranya. Panas hatinya dengan Nur. Gadis itu sangat degil.

Terhinjut sedikit bahu Nur. Dengan segera dipandang wajah Tuannya. Tangannya mengenggam erat selimut.

Kyle senyum. Langkahnya diatur menghampiri Nur. Sesaat punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Nur mengesok sedikit. Lelaki ini bukan boleh dijangka tindakannya.

"You takut dengan I ke ?" Soal Kyle, suaranya separuh berbisik. Tangannya cepat saja naik menyentuh kepala Nur yang berlapik dengan selendang itu.

Nur terkedu. Jantungnya mula berdebar-debar laju. Dia takut dengan tindakan lelaki itu. Dengan kasar ditepis tangan Kyle yang sedang mengusap kepalanya. Nur lantas memeluk dirinya, matanya mula berair.

Kyle agak terkejut dengan tindakan Nur. Lantas disentuh kedua-dua belah bahu gadis itu.

"Nur pandang I, I tak kan apa-apa kan you lah."

Terketar-ketar Nur menggelengkan kepala. Wajahnya terus disembam kelututnya.

Kyle hairan melihat Nur sedemikian. Tubuh Nur terketar-ketar seperti ketakutan yang amat sangat.

"Please Nur pandang I.."

Nur menggeleng laju, peristiwa dahulu mula muncul dimindanya. Dengan kudrat yang ada Nur menolak kuat tubuh lelaki itu.

"Pergi!" Jerit Nur lantang. Wajahnya basah dengan air mata.

Kyle tergamam. Nur pula makin hilang kawalan. Dicampaknya bantal ke arah Kyle. Tak cukup dengan itu gelas kaca yang berada diatas meja dicapai lalu dibaling sekuat hati kearah Kyle. Mujur saja Kyle cepat mengelak.

Pranggg! Pecah berderai gelas kaca itu.

Nur mula teresak-esak dan esakannya semakin kuat. Habis dicampak kearah Kyle apa yang ada berdekatan dengannya. Wayar yang berselirat ditangan kanannya turut ditarik hingga tercabut. Darah mula menitis keluar dan membasahi cadar putih itu.

Terjegil mata Kyle atas apa yang dia baru saja saksikan. Kenapa Nur jadi begitu ?

Kyle pantas memeluk tubuh Nur. Sungguh dia tak sangka Nur akan bertindak sebegitu. Darah yang keluar daripada tangan Nur dipandang sekilas.
Nur mula meronta-ronta.

"Lepas!"

"Lepaskan aku!"

"Kau lelaki jahanam!" Hambur Nur nyaring.

Kyle tergamam untuk kali kedua. Lelaki jahanam ?

"Nur pandang I, I janji tak kan buat you macam tu lagi. Please pandang I. Dengar apa yang I cakap ni."

Nur tak peduli. Tangannya menolak-nolak lengan Kyle. Tangisannya makin kuat. Kyle kaget. Butang kecemasan terus ditekan berkali-kali.







Kyle pandang Nur yang sudah tenang. Wajah polos itu tidur dengan sisa air matanya masih dipipi. Kali pertama Nur mengamuk. Kyle sangat terkejut sebenarnya. Kuat rontaan Nur tadi, sengal juga lengannya akibat terkena pukulan dari Nur tadi. Mujur saja nurse cepat datang. Apa lagi disuntiknya Nur dengan ubat penenang. Kyle tahu Nur seolah-olah tak dapat mengawal tindakannya tadi.

Kyle masih memikirkan kenapa Nur bertindak sedemikian. Terutama sekali dengan kata-katanya tadi. Lelaki jahanam ? Dahi Kyle berkerut, seperti ada sesuatu yang berlaku pada Nur. Tapi apa ? Nampaknya dia harus siasat dengan lebih mendalam lagi latar belakang Nur.

Dan mengikut kata Doktor Aria tadi, Nur mungkin pernah mengalami trauma atau fobia. Kyle bingung, trauma apa yang pernah dilalui Nur sebelum ini. Kyle menghela nafasnya.

Aku cintakan dia ke ? Kyle menggeleng kecil. Dia mengaku dia belum jatuh cinta kepada gadis itu tapi kenapa dia sentiasa mahu gadis itu berada didepan matanya ? Gadis yang baru saja dikenalinya. Kyle letakkan tangan kanannya didada sebelah kiri.

"Gadis ini lain daripada yang lain. Makin aku dekat makin dia menjauh. Dan aku suka begitu."

"Aku akan selalu dekat dengan kau Nur."

Kyle ukir senyum gembira sebelum melangkah keluar daripada bilik Nur.












Saya tengah cari hero n heroin baru untuk novel kedua 😊 boleh tak korang suggest hero yang muka ada mix macam arab2 sikit. Hihii.. heroin tak kesah muka apa pon.

Btw cmne chapter ni ? Ok ke K.O ? 😅

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now