Bab 20

7.3K 265 4
                                    

"Nur makan la sikit, dah tiga hari kau tak makan apa-apa. Asyik minum air je."

Nur geleng.

"Ini ada kuih kegemaran kau, kau suka makan donut kan ? Ni aku belikan tadi. Makanlah, sedap ni." Pujuk Arin lagi.

Nur diam tidak menggeleng.
Arin mengeluh. Wajah lesu Nur bercampur dengan lebam kebiruan dipipi gadis itu direnung.

"Makanlah Nur. Jamah sikit je."

"Tak nak."

"Bila kau nak sembuh kalau macam ni ? Tiga hari Nur kau tak makan, tenaga kau tu makin kurang bukannya makin bertambah."

Ujar Arin yang berusaha memancing Nur. Langkah kaki di atur menghampiri Nur, lalu punggungnya dilabuhkan bersebelahan Nur yang duduk dibirai katil itu.

"Kau tak boleh macam ni.. kau nak sihat tak ?"

"Aku tak ada selera, aku nak tidur."

Jawab Nur perlahan, tubuhnya terus dibaringkan membelakangi Arin. Diselubungkan seluruh tubuhnya dengan selimut.

Dengkuran halus mengetuk pendengaran Arin.

"Aik dah tidur ?" Arin menyoal sambil menjenguk wajah Nur disebalik selimut. Dah tidur betul nampaknya.

Arin mencapai telefon pintarnya diatas meja, dia menaip sesuatu di skrin telefon itu.

Arin :
"Nur dah tidur, along masuklah."

Terus dihantar mesej itu kepada Zafril. Zafril dan Mikael hanya boleh melihat Nur hanya ketika gadis itu sudah melelapkan matanya sahaja. Jika tidak habis lah Nur meracau ketakutan. Ya, Nur sudah teramat fobia dengan lelaki. Dengan Zafril pun dia tak mahu lelaki itu mendekatinya.

Zafril membaca pesanan ringkas yang dihantar adiknya.

"Mika jom masuk, Nur dah tidur." Ajak Zafril kepada Mikael yang berada di hadapannya. Mikael mengangguk. Kedua pemuda itu terus melangkah menuju ke wad yang menempatkan Nur.

Setelah masuk ke dalam bilik yang di diami Nur, Mikael lantas duduk dikerusi yang tersedia di sebelah katil Nur. Arin dan Zafril pula terus meninggalkan Mikael bersama Nur. Mahu memberi privasi kepada Mikael.

Perlahan-lahan Mikael mengusap pipi Nur, satu ciuman dilabuhkan di ubun-ubun adiknya. Serta-merta air matanya mengalir laju dan menitis keatas wajah Nur. Sedih dan rindu.

Nur tersedar.

Terbeliak matanya memandang figura lelaki yang betul-betul berada didepan matanya. Serta-merta mulutnya menjerit ketakutan. Nur mula meracau.

"Pergi! Kau jahat!"

"Pergi!"

"Nur. Ni abang."

Nur menggeleng ketakutan.

Mikael panik. Kedua belah telapak tangannya menyentuh pipi Nur lembut namun laju Nur menepis tangan Mikael. Ditolak-tolak dada lelaki itu.

Nur mula meraung. Terketar-ketar tubuh kecil itu. Mikael cepat memeluk tubuh kecil itu. Rontaan Nur tidak dipedulikan.

"Nur, ni abang Nur. Nur jangan takut."

Nur tidak mempedulikan apa yang diperkatakan lelaki itu. Yang dia nampak sekarang hanyalah wajah Mazlan. Lelaki durjana yang mahu merogolnya.

"Lepas! Lepaskan aku!" Nur bersuara dalam tangisan. Kecut perut Nur melihat wajah itu. Air matanya semakin galak keluar daripada tubir mata.

"Nur Istighfar Nur..ingat Allah."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now