Bab 10

6.7K 334 17
                                    

Nur duduk di bangku panjang yang disediakan didalam bilik rehat untuk pekerja. Tangan turun memicit betisnya yang terasa sengal-sengal. Lenguh...
Seharian dia sibuk menjalankan tugasnya sebagai housekeeping di Lestary's Hotel, banyak benar yang harus dilakukan.

Tambahan lagi esok dewan dihotel mereka akan diadakan majlis bagi sebuah perkahwinan golongan koperat. Memang banyak benda yang harus dilakukan dengan sempurna. Ramai juga rakan sekerjanya yang mengeluh penat, terasa sengal habis satu badan.

Pintu bilik rehat ditolak dari luar, terjengul kepala Mira. Lantas dikuakkan seluas-luasnya pintu itu.

"Eh ada kau Nur, ingatkan kat dewan lagi." Mira menegurnya.

"Baru naik je ni, penat betul."

"Ha'ah kan. Penat giler hari ini. Macam ni lah kita orang kalau ada majlis besar kat hotel ni. Penat sangat, nak duduk pun tak sempat weh." Cerita Mira.

Nur berhenti dari memicit betisnya. Ditoleh kearah Mira yang sedang menyandar dibahu sofa itu, terpejam matanya menahan letih.

"Mana Shila ?"

"Kat bawah lagi, kejap lagi naik lah tu." Mira menjawab dengan mata yang masih terpejam rapat.

Tiba-tiba pintu ditolak kasar daripada luar. Shila rupanya.

"Arghhh...penatnya..." Keluh Shila. Punggungnya dilabuhkan disebelah Nur. Lalu kepalanya terus terlentok dibahu Nur.

"Penat sangat kau ni." Tegur Mira. Matanya dicelik sedikit.

"Gila tak penat, nak pitam aku." Balas Shila dengan wajah yang memang jelas terpancar keletihan.

"Aku pun penat jugak. Dah nak tercabut kaki aku ni haa.. ni boleh duduk lega rasa." Mira juga turut mengadu hal yang sama.

Nur senyum kelat. Dia juga penat, rasa nak tidur je. Tapi belum habis waktu kerja lagi. Esok hari yang penting bagi mereka. Entah-entah lagi penat daripada hari ini, fikirnya.

"Wedding of the year nampaknya majlis esok..mewah giler." Mira bercerita penuh semangat.

"Iyer??" Shila yang melentokkan kepalanya dibahu Nur bingkas mencelikkan matanya lalu duduk tegak mengadap Mira.

Mula dah nak bergosip dua ketul manusia ni.

"Tapi cerewet giler anak mak datin tu, diarahnya aku buat kerja macam-macam tadi. Sakit hati aku. Tak nampak ke uniform yang aku pakai ni uniform housekeeping bukannya pekerja butik yang diorang bayar tu.. mana la aku reti pasang pelamin bagai. Apa dia ingat housekeeping ni pandai pasang pelamin ke ? Runtuh kang pelamin itu esok naya je.." Rungut Mira, tak puas hati.

"Ye ke ? Patut la aku nampak kau macam lipas kudung je..terkejar sana-sini. Kemain eh mak datin tu mengarah kau. Nasib baik aku belah buat kerja lain." Shila lepas gelak.

"Ye lah..last-last aku cabut je dari situ. Settle masalah. Hahaa.."

"Uish kau curi tulang ek.."

"Tak la aku pergi stor tolong diorang angkat kerusi." Jawab Mira tersengih.

"Ooo...tapi kan memang gempak lah wedding diorang esok."

"Ha'ah babe, jelous aku. Tadi kan diorang datang tengok dewan tau. Perghhh...handsome gila anak Datin Marlia yang lelaki tu. Macam model babe." Semangat betul Mira bercerita. Mungkin sudah hilang penatnya.

"Iye...?"

"Ye lah."

Suasana riuh seketika dengan suara dan gelak tawa dua orang gadis itu manakala Nur diam sahaja malas menyampuk perbualan dua orang manusia itu. Sekarang ni dia nak bantal je. Mengantuk!

"Babe handsome gila lah Tuan Kyle tadi, pakai santai-santai pun handsome sangat-sangat."

Terangkat kening Nur mendengar nama lelaki itu. Dasar lelaki miang! Sakit telinganya mendengar pujian tinggi melangit itu.

"Cair aku tengok. Muka Inggeris dia tu auwww.....handsome babe. Sape tengok mesti cairlah. Confirm! " Balas Mira bersungguh-sungguh. Nur buat muka menyampah. Sikit-sikit nak puji Tuan Kyle handsome. Tak tahu ke diorang Tuan Kyle tu jantan miang. Pervert! Bentak hati Nur.

"He's damn hot!" Celah Shila terkekeh ketawa.

"Tuan takde girlfriend ke eh?" Soal Shila tiba-tiba.

"Entah la. Aku dengar dia bukan jenis layan sebarangan perempuan tau, walaupun ramai je perempuan tergedik-gedik cuba nak mengorat dia. Dia tak kan layan."

"Mana kau tahu Mira ? Aku rasa dia ada girlfriend lah, mustahil muka kacak pakej semua lengkap macam tu single lagi. Tak caye aku." Balas Shila sambil berkerut halus dahinya.

"Aku tahu lah, ramai je pekerja atasan kat sini cakap macam tu. Helen pun cakap benda yang sama."

Mira hanya men'oh'kan saja bila mendengar jawapan Shila. Dipandangnya Nur yang dari tadi diam saja. Tak ada perasaan ke Nur ni ?

"Beku giler muka Tuan. Susahnya nak tengok Tuan senyum. Hmm..." ujar Mira perlahan.

"Melting babe aku tengok tuan senyum hari tu, such a killer smile. Auww..." Shila menghentak kakinya geram. Geram tengok tuan beku senyum. Dua belah tapak tangannya ditekup ke pipi.

"Nur kau tak cair ke tengok Tuan Kyle ? Kau kan dah dua kali naik atas kemas ofis Tuan ?"

"Biasa je." Nur membalas malas.

"Hesy! Kau ni takde perasaan ke apa ? Tuan punya lah handsome boleh kau cakap biasa je ?" Soal Mira tak puas hati.

"Tak handsome langsung. Handsome lagi Pak Samad pak guard yang jaga parking tu." Balas Nur mengejek. Terbayang wajah Pak Samad yang berperut boroi. Pengawal keselamatan itu sentiasa menegurnya sewaktu hendak pulang kerja.

Shila dan Mira lepas gelak melihat muka Nur yang mengejek itu.

"Ini kalau tuan dengar mati kau Nur. Sedap-sedap je kau cakap Pak Samad boroi tu lagi handsome."

"Betul lah tak handsome, tinggi macam hantu galah. Eh tak macam zirafah dalam zoo je." Balas Nur lagi. Dia tertawa kecil.

Apa lagi gelak besar lah Shila dan Nur. Riuh bunyi ketawa mereka berdua dalam bilik rehat tu. Sementara itu, diluar bilik ada seseorang yang memasang telinga.

"Tunggu nasib kau Nur!" Gumamnya perlahan.


**************


Kyle duduk tersandar disofa didalam bilik kerja di penthousenya. Teringat perbualan para pekerjanya petang tadi. Niatnya melalui kawasan itu hanya kerana ingin menemui Helen dan beberapa orang berjawatan penting sahaja di Department Housekeeping itu. Tapi, tak sangka ketika melalui kawasan yang menempatkan bilik rehat untuk pekerja housekeeping dia terdengar pula suara-suara yang sedang bergelak-tawa.

Ya. Dia dengar perbualan tiga orang pekerjanya itu. Tambah-tambah perkataan yang keluar daripada mulut Nur. Kuat juga membahan gadis itu. Dan yang paling dia bengang dia la yang dibahan Nur. Panas telinganya mendengar.

"Kau cakap aku zirafah dalam zoo ya, jaga la kau. Tahu la aku nak buat apa nanti." Gumam Kyle geram.

Bagi Kyle, Nur memang gadis yang berani. Sudahlah gadis itu menamparnya hari itu. Hari ini pula gadis itu membahannya dihadapan pekerja lain. Terasa egonya dicabar.
Dia pasti akan melakukan sesuatu untuk gadis itu.











Bersambung. . .
Agaknya apa yang Kyle nak buat ya ? 🤔🤔

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now